Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Sunday, 21 June 2015

Kisah Benar Lelaki Misteri Belanja RM100 Setiap Jumaat Untuk Anak Tahfiz Buat Abg Ini Terkedu


Nota Editor: Kisah ini pada awalnya dipaparkan di Profil FB Abang Long, penulis buku Aku, Dia dan Rezeki. Beliau telah mendapat tahu satu rahsia daripada seorang peniaga yang baik untuk dikongsikan kepada para peniaga. Dengan izin beliau, The Vocket menukilkan semula kisah inspirasi beliau di sini. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada kisah ini.


#Aku kalah!

#Aku tewas!

#Setiap kali solat Jumaat.

#Kebiasaannya, suhu agak panas. Maka, sa-ya lebih suka meletakkan motor di bawah sebuah pohon rendang, hanya beberapa langkah dari masjid.

#Kali ini, sewaktu sa-ya sampai, sa-ya bertembung dengan seorang penunggang motor lagi. Menuju ke lokasi yang paling selesa untuk parkir.

Wednesday, 17 June 2015

MISTERI HIGHLAND TOWER (Malaysia)

MISTERI HIGHLAND TOWER (Malaysia)






Team Penyingkap Fakta 666 telah berjaya merakam gambar satu gambar yang ekslusif untuk dikongsi bersama AIM. Gambar tersebut dirakam menggunakan camera Canon Power Shot G12.





Gambar berikut dirakamkan di antara jam 2.32 dan 2.34 pagi, lazimnya kehadiran orbs dianggap sebagai isyarat jelas kewujudan entiti paranormal lain.

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok


nabinuh1





Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahanFiraun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.


10000bc-mammoth-pyramids

Tuesday, 26 May 2015

Misteri Penemuan 6 Rangka Dalam Kereta tenggelam Selama 40 tahun

Enam jasad manusia terbaring di dasar tasik di Oklahoma selama lebih dari 40 tahun. Tak ada menyedarinya sehinggalah seorang pegawai peronda menemui dua kereta tua berkarat yang mengandungi jasad mereka.

Kini misteri ini menanti untuk diselesaikan: bagaimana 3 remaja dan 3 orang lain menghilang lebih dari dekad lalu?

Penemuan itu sama sekali tak terduga. Pada awalnya, pegawai peronda lebuhraya menguji peralatan sonar mereka di Tasik Foss, berhampiran Elk City, Oklahoma, Jumaat lalu. Alat mereka 'mengesan' benda misteri di dasar tasik, yang ditemui sebagai kereta Camaro keluaran 1969 dan Chevrolet pengeluaran 1950-an. Dalam keadaan berkarat.

Yang lebih mengejutkan, di dalam Camaro terdapat 3 jasad yang diduga remaja setempat yang hilang selepas perjalanan menaiki kereta pada 1970. Di dalam Chevrolet lain juga mengandungi 3 jasad - yang diduga sebagai seorang lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang di akhir 1950-an atau 1960-an.

Polis mengatakan, Camaro yang dijumpai sesuai dengan keterangan kenderaan yang dikaitkan dengan kehilangan 3 remaja yang hilang pada 10 November 1970. pegawai juga mengesahkan identiti sekurang-kurangnya satu korban, meski detail lengkap belum diungkap.

Laporan terkini dari stesen televisyen tempatan, KFOR, di petik dari Daily Mail, polis akan mengumumkan kepastian identiti mangsa setelah terlebih dahulu memberitahukannya pada keluarganya.

Hilang Tanpa Jejak

Misteri UFO Memburu Pesawat Udara

Pada 4 Jun 2013, sebuah pesawat Boeing 757 milik China Airlines sedang dalam penerbangan dari Chengdu ke Guangzhou bila tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang kuat di bahagian kepala pesawat.


Ufo hunting planes

Sebaik sahaja kedengaran bunyi tersebut, pesawat mula terbang dengan tidak stabil. Untuk keselamatan penumpang serta kakitangan, pesawat terbabit berpatah balik ke Chengdu.

Selepas ia mendarat, bahagian hadapan pesawat didapati telah remuk. Para penyiasat menolak kemungkinan ia disebabkan terlanggar burung. Ini kerana, jika terlanggar burung, biasanya akan ada kesan darah, bulu serta cebisan badan burung. Mereka percaya pesawat ini telah berlanggar dengan sebuah objek yang sedang terbang!


Boeing 757 by China Airlines

Bahagian depan pesawat Boeing 757 China Airlines yang remuk.

Yang biasanya terdapat di udara hanyalah kapal terbang, helikopter, burung, belon dan UFO!

Semua pesawat komersial dan tentera, terbang pada arah dan ketinggian yang telah ditetapkan. Jadi, tidak akan berlaku sebarang perlanggaran. 

Jika altimeter atau meter yang menunjukkan ketinggian pesawat sedang terbang rosak, pusat kawalan trafik udara akan memaklumkan pada juruterbang kerana mereka dapat mengesannya pada radar kawalan udara bila ketinggian pesawat berubah.

Sementara semua pesawat udara mematuhi peraturan penerbangan, UFO pula tidak terikat dengan undang-undang ini, maka risiko akan berlaku perlanggaran adalah tinggi. Akan tetapi jika UFO dibawah kawalan suatu sistem yang canggih, ia dapat mengelak tragedi ini.

Monday, 25 May 2015

Misteri Kubur Menukar Mayat Menjadi Mumia!

Jika orang-orang purba Mesir terpaksa menghabiskan masa beratus-ratus tahun lamanya untuk mencipta cara-cara dan memperbaiki teknik membuat mumia, sebuah kubur di San Bernardo, Colombia menjadi tumpuan apabila mayat-mayat yang dikuburkan disitu bertukar menjadi mumia dalam keranda mereka.


San Bernardo, Colombia Mummy [2]

Fenomena ini mula dikesan 15 tahun lalu oleh seorang penggali kubur, Eduardo Cifuentas. 

Menurut Eduardo, mayat-mayat yang telah di'mumia'kan itu mungkin telah berada disitu sejak tahun 1957 namun tiada siapa yang menyedari keadaan itu.

Katanya lagi, masa yang berlalu menukarkan warna pakaian dan kulit mumia kepada menjadi warna kecoklatan selain turut berkedut.

Sunday, 24 May 2015

Terkejut RM1000 Terselit Di Wiper Kereta Selepas Bantu Seorang Wanita Misteri di RnR Temerloh

RM1000 Terselit Di Wiper Kereta Selepas Bantu Wanita Misteri






Menjadi viral dilaman sosial semalam kisah seorang pelajar IPTA bernama Rashidah yang berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian pelik semasa berada di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) sewaktu dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.



Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala dan lapar.



Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel.

Friday, 22 May 2015

KISAH MISTERI DI RNR TEMERLOH





Rashidah Rashidi, memuat naik beberapa gambar seorang wanita mengendong anaknya yang dianggarkan berusia bawah setahun datang merayu mahu meminjam wang atas alasan beg duitnya hilang dan kebetulan pula minyak keretanya habis.



Ceritanya, Rashidah berhenti di RnR Temerloh untuk berehat dan makan.



Sedang beliau sedang menikmati makanannya, tiba-tiba datang seorang wanita dengan bayinya berbaju putih duduk di hadapannya.



"Kakak tu duduk depan aku. Mata bengkak menangis. Dia merayu nak minta pinjam duit sebab purse dia hilang dan minyak kereta pula habis.



"Akal kata, 'jangan bagi weh, banyak kes orang menipu. Lagipun duit kau dah banyak guna hari ni. Travel sana sini, baiki tayar, lampu, brek, servis kereta. Baki dalam dompet pun ada RM100 something,'

Thursday, 21 May 2015

Misteri Enchated River, Sungai Tanpa Dasar!

Terletak di mindanao di Filipina, sebuah sungai yang jenih dan indah, sering menjadi pusat riadah orang ramai yang di panggil "enchated river" kerana misteri sungai ini aliran airnya tanpa sumber (tanpa hulu sungai) dan dikatakan juga sungai ini tanpa dasar.




Enchated River [6]

Misteri Pembinaan Taman Coral Castle Yang Menakjubkan

Tidaklah begitu menghairankan jika kita mendengar lelaki membina sebuah rumah berseorangan. Tetapi bagaimana pula dengan cerita Ed Leedskalnin ini?




Coral-castle-mystery

Dia memilih untuk menggunakan bongkah batu yang bersaiz besar dan ada diantaranya seberat 30 tan untuk membina sebuah taman.

Seorang diri tanpa dibantu sesiapa dan tanpa sebarang jentera berat mahupun mesin berteknologi canggih. Selama bedekad menjadi misteri, bagaimana dia membinanya?

Coral Castle di Homestead, Florida adalah di antara struktur paling menakjubkan pernah dibina. Dengan teori pembinaannya yang menakjubkan, ia seringkali disamakan dengan monumen sejarah lain seperti Stonehenge, Kuil purba Greek dan juga piramid di Mesir.

Ada juga yang menganggap ia suatu keajaiban. Ia diukir, dikemaskan, disusun dan dibina oleh seorang lelaki, Edward Leedskalnin, seorang pendatang dari Latvian.

Tuesday, 19 May 2015

Misteri Kewujudan Nefertiti Permaisuri Agung Firaun

Nefertiti (kecantikan telah muncul) adalah Permaisuri Agung, isteri Firaun Amenhotep IV (kemudian bergelar Akhenaten) dan merupakan ibu mertua dan mungkin ibu tiri Firaun Tutankhamun.


Nefertiti

Baginda juga berkemungkinan memerintah kerajaan dalam waktu singkat dengan nama Neferneferuaten-Nefertiti (bermaksud, Aten memancarkan sinarnya kerana kecantikan telah muncul) setelah suami baginda mangkat dan sebelum bertakhtanya Tutankhamun.

Secara kasar, namanya diterjemahkan menjadi "wanita yang cantik (atau sempurna) telah datang, tiba atau muncul". Sebahagian namanya juga bermaksud manik-manik emas yang terjulur panjang, disebut nefer, yang sering dipakainya.

Misteri Penemuan Dalam Lautan Yang Lebih Hebat Dari Filem Sains Fiksyen


Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun. Tetapi kini ahli arkeologi telah membongkar misteri Heracleion, mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang dipelihara dengan baik.

Dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba, kota (bandar) ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun. Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.

Monday, 18 May 2015

SOTONG GERGASI YANG TERDAMPAR DIPANTAI MENJADI MISTERI


Seekor sotong gergasi dijumpai terdampar di persisiran sebuah pantai di South Island, New Zealand, mengejutkan orang ramai dan juga para saintis di Kaikoura Marine Centre and Aquarium yang telah mengutipnya untuk tujuan kajian.

Badan sotong tersebut; yang juga dikenali sebagai mantel; berukuran sepangjang enam kaki, dan sesungutnya yang paling panjang berukuran hampir 16.5 kaki menjadikan ukuran keseluruhan haiwan tersebut hampir 23 kaki.




Thursday, 14 May 2015

Misteri Mumia Berusia 700 tahun Memakai Cincin Batu Akik.








Beberapa pekerja yang tengah mengerjakan proyek perluasan jalan di Kota Taizu, China tanpa sengaja menemukan suatu peti kuno dibawah permukaan tanah yang mereka gali. Peti dari kayu yang di luarnya dilapis batu itu diisi mumi seseorang wanita yang diprediksikan berumur kian lebih 700 tahun. 



Seperti yang diambil dari brilio. net, Bila dipandang dari baju sutranya, arkeolog memperkirakan mumi wanita itu yaitu seseorang bangsawan di zaman Dinasti Ming yang berkuasa di China seputar th. 1368-1644 masehi. Muka serta badannya masih tetap berupa utuh, alisnya masih tetap ada, serta di jari tengah tangan kanannya memakai cincin akik berwarna hijau. 



Didalam peti kuno itu juga diketemukan keramik, tulisan kuno, serta sebagian relief yang lain yang bakal disimpan di museum spesial menaruh beberapa barang peninggalan Dinasti Ming. Berikut ini foto-foto penemuan mumi itu. 







Sunday, 10 May 2015

5 FILEM YANG MEMPUNYAI SUMPAHAN MISTERI!! ANDA BERANI TONTON?




5 FILEM YANG MEMPUNYAI SUMPAHAN MISTERI!! ANDA BERANI TONTON? | Anda suka menonton filem seram? Mungkin ramai yang tidak tahu, di khabarkan banyak filem seram mempunyai kisah misteri tersendiri.



Semakin seram filem tersebut, semakin banyak kisah – kisah misteri di sebalik pembikinan filem tersebut, sama ada sebelum filem dihasilkan ataupun selepas pengambaran filem selesai.



Dipetik daripada Vemale.com, terdapat beberapa filem yang masih lagi menjadi perbincangan hingga sekarang, kerana misteri yang tidak diketahui.



Tidak semua filem tersebut adalah filem seram, namun kisah di sebaliknya sangat menyeramkan .



Pelbagai insiden tragis berlaku, bahkan tragedi kematian yang berlaku juga meninggalkan tanda tanya.



Mungkin ada yang mengetahui dan ada yang tidak mengetahui kisah misteri ini. Jom lihat filem apakah yang kami maksudkan!


Saturday, 9 May 2015

Misteri Ratusan Tasik Di Gurun Padang Pasir Di China

Gurun Badain Jaran  yang terletak di antara China dan Mongolia yang meliputi kawasan seluas 49,000 meter persegi. Menjadikannya padang pasir ketiga terbesar di China. Walaupun tidak ramai orang yang biasa dengan padang pasir ini, namun ia dikenali kerana mempunyai bukit pasir pegun paling tinggi di dunia. Beberapa bukit pasir ini telah diukur mencapai ketinggian lebih 500 meter. Badain Jaran mempunyai iklim yang sangat gersang dengan hujan tahunan antara 50-60mm. 

Walaupun keadaannya yang kering, salah satu ciri yang paling luar biasa gurun Badain Jaran ialah kewujudan hampir 140 tasik tetap yang terletak di antara bukit-bukit pasir. Tasik ini yang membuatkan padang pasir namanya menjadi "tasik misteri" di Mongolia.

Tasik misteri dipercayai terbentuk oleh mata air bawah tanah yang mengalir dalam bentuk simpanan kerikil dan muncul antara bukit-bukit. Sumber air ini kemungkinan dari air hujan dan cairan salji di pergunungan sekitar ratusan padang pasir yang beberapa kilometer jauhnya.

Walaupun mata air adalah air tawar, kebanyakan tasik adalah masin, yang dijelaskan oleh kadar yang tinggi penyejatan. Beberapa tasik bertukar warna kerana kehadiran populasi besar alga, air garam  dan mineral. Penyejatan juga telah membawa beberapa tasik hypersaline untuk membentuk kerak garam sekitar pinggir tasik.

Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, beberapa tasik ini telah mengering atau hilang, akibat daripada kekurangan air bawah tanah yang disebabkan oleh proses perbandaran, pengairan, pelencongan air, dan peningkatan penduduk.





Thursday, 7 May 2015

Misteri Penemuan Dalam Lautan Yang Lebih Hebat Dari Filem Sains Fiksyen..Anda Pasti Terkejut.!!!








Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun. Tetapi kini ahli arkeologi telah membongkar misteri Heracleion, mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang dipelihara dengan baik.





Dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba, kota (bandar) ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun. Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.





Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.


Monday, 4 May 2015

Seram! Misteri Nenek Kebayan Di Gunung Ledang

Sebut sahaja Gunung Ledang, sudah pasti tergambar betapa cantiknya kawasan di situ yang kaya dengan spesis tumbuhan. Kawasan ini juga dikaitkan dengan lagenda Puteri Gunung Ledang. Seorang lelaki telah terserempak dengan seorang Nenek Kebayan pada waktu senja ketika mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Sejak daripada itu, dirinya sering meracau tidak tentu hala. Mengapa ini terjadi?

gunung

Kisahnya lebih kurang pada tahun 1993 atau 1994 saya kurang pasti, ada seorang pemuda ni pelajar universiti di johor ada membuat aktiviti luar bersama siswa-siswa universiti tersebut untuk menjelajah gunung ledang dan berkhemah di sana untuk bermalam.

Tiba pada masa yang dijanjikan untuk jungle trekking seperti biasalah mereka berangkat ke sana dan masing-masing ada partner untuk melakukan sebarang aktiviti di gunung ledang. Setiba si pemuda ni di sana mestilah dia rasa gembira, teruja melihat keindahan gunung ledang yang semula jadi cantik berbanding gunung-gunung lain di malaysia. Gunung ledang juga antara gunung yang menjadi no. 1 yang kaya dengan lagenda yang tersendiri sejak dari dahulu kala.

Sunday, 3 May 2015

Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya




Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak.



Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.



Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah trilion manusia sejak zaman Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.



Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasulallah SAW bersabda: