Showing posts with label Kubur. Show all posts
Showing posts with label Kubur. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

10 Golongan Mayat Yang TIdak Akan Reput di Dalam KUBUR




Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun 'UMUR AKHIRAT' dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.



Bertanya sahabat kepada Rasulullah SAW : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. "Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.



Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa Sepuluh Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:




    Kisah Kubur Bercahaya Walaupun Arwah Tidak Tahu Membaca Al - Quran !!!


    Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata...

    Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar...

    Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu...

    Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu...

    Wednesday, 27 May 2015

    Lebih Banyak Kubur Ditemui, Jumlah Mayat Belum Pasti







    DALAM laporan terkini, pihak berkuasa berjaya menemui lebih banyak kubur dan kem pemerdagangan manusia di sebuah kawasan pedalaman di sempadan Malaysia-Thailand.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur dan 28 kem tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.

    Tuesday, 26 May 2015

    'Sky Burial', Kubur Mayat Paling Pelik Di Dunia!

    Inilah cara menanam mayat paling pelik didunia yang dinamakan 'Sky Burial' dimana mayat tersebut dibiarkan begitu sahaja di atas tanah untuk dimakan burung hering. Pelik bukan?



    Menurut kepercayaan orang Tibet, mayat yang sudah meninggal dunia diletakkan di puncak bukit kononnya untuk berehat dan membiarkan roh mereka tinggal di sana.


    Bukan itu sahaja, mereka memotong mayat sebagai makanan burung hering dan tiada apa yang ditinggalkan dan mereka tidak menanam sumber bumi yang tidak berharga dan sudah mati kerana tanah yang terhad dan keras.

    Monday, 25 May 2015

    Misteri Kubur Menukar Mayat Menjadi Mumia!

    Jika orang-orang purba Mesir terpaksa menghabiskan masa beratus-ratus tahun lamanya untuk mencipta cara-cara dan memperbaiki teknik membuat mumia, sebuah kubur di San Bernardo, Colombia menjadi tumpuan apabila mayat-mayat yang dikuburkan disitu bertukar menjadi mumia dalam keranda mereka.


    San Bernardo, Colombia Mummy [2]

    Fenomena ini mula dikesan 15 tahun lalu oleh seorang penggali kubur, Eduardo Cifuentas. 

    Menurut Eduardo, mayat-mayat yang telah di'mumia'kan itu mungkin telah berada disitu sejak tahun 1957 namun tiada siapa yang menyedari keadaan itu.

    Katanya lagi, masa yang berlalu menukarkan warna pakaian dan kulit mumia kepada menjadi warna kecoklatan selain turut berkedut.

    Friday, 8 May 2015

    Di Usir Dari Kubur Sendiri Kerana Keluarga Tidak Mampu Bayar Sewa

    Berbekalkan hanya dengan tukul besi dan topeng untuk menutup mulut dan hidung, pembersih memulakan tugas bagi memecahkan kubur dan mengeluarkan apa jua masih bersembunyi di dalamnya. 

    Tengkorak manusia dengan rambut tebal masih berpaut pada tengkoraknya ditarik keluar dari makam  yang di tempatkan. Mayat si mati yang keluarganya tidak lagi mampu untuk membayar sewa bagi kubur swasta dan sebaik sahaja pajakan pada kubur tamat, pembersih akan datang dan mengeluarkannya untuk pelanggan baru yang membayar. 

    Mana-mana mayat yang tidak dituntut akan disumbat ke dalam beg plastik, dilabel dan dihantar ke kubur besar yang akan tanam kembali. 

    Kebanyakan mayat yang digali sebahagian besarnya mereput, tetapi mayat-mayat yang telah dikebumikan di bahagian atas makam bertingkat, di mana keadaannya yang panas dan kering, mayat itu akan menjadi mumia. Beg mayat yang di himpunkan seperti timbunan sampah dan diangkut dengan trak forklift dengan pakaian yang mereka masih lengkap seperti masa dikebumikan. 

    Sebagai pasukan pembersih kubur yang bekerja di Bandar Raya Guatemala, cara mereka hampir tidak kelihatan berbeza dengan buruh di tapak bangunan atau pekerja di pusat kitar semula.