Showing posts with label TEMERLOH. Show all posts
Showing posts with label TEMERLOH. Show all posts

Sunday, 24 May 2015

Terkejut RM1000 Terselit Di Wiper Kereta Selepas Bantu Seorang Wanita Misteri di RnR Temerloh

RM1000 Terselit Di Wiper Kereta Selepas Bantu Wanita Misteri






Menjadi viral dilaman sosial semalam kisah seorang pelajar IPTA bernama Rashidah yang berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian pelik semasa berada di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) sewaktu dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.



Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala dan lapar.



Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel.

Friday, 22 May 2015

KISAH MISTERI DI RNR TEMERLOH





Rashidah Rashidi, memuat naik beberapa gambar seorang wanita mengendong anaknya yang dianggarkan berusia bawah setahun datang merayu mahu meminjam wang atas alasan beg duitnya hilang dan kebetulan pula minyak keretanya habis.



Ceritanya, Rashidah berhenti di RnR Temerloh untuk berehat dan makan.



Sedang beliau sedang menikmati makanannya, tiba-tiba datang seorang wanita dengan bayinya berbaju putih duduk di hadapannya.



"Kakak tu duduk depan aku. Mata bengkak menangis. Dia merayu nak minta pinjam duit sebab purse dia hilang dan minyak kereta pula habis.



"Akal kata, 'jangan bagi weh, banyak kes orang menipu. Lagipun duit kau dah banyak guna hari ni. Travel sana sini, baiki tayar, lampu, brek, servis kereta. Baki dalam dompet pun ada RM100 something,'