Showing posts with label Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat. Show all posts

Sunday, 21 June 2015

Kisah Benar Lelaki Misteri Belanja RM100 Setiap Jumaat Untuk Anak Tahfiz Buat Abg Ini Terkedu


Nota Editor: Kisah ini pada awalnya dipaparkan di Profil FB Abang Long, penulis buku Aku, Dia dan Rezeki. Beliau telah mendapat tahu satu rahsia daripada seorang peniaga yang baik untuk dikongsikan kepada para peniaga. Dengan izin beliau, The Vocket menukilkan semula kisah inspirasi beliau di sini. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada kisah ini.


#Aku kalah!

#Aku tewas!

#Setiap kali solat Jumaat.

#Kebiasaannya, suhu agak panas. Maka, sa-ya lebih suka meletakkan motor di bawah sebuah pohon rendang, hanya beberapa langkah dari masjid.

#Kali ini, sewaktu sa-ya sampai, sa-ya bertembung dengan seorang penunggang motor lagi. Menuju ke lokasi yang paling selesa untuk parkir.

Friday, 22 May 2015

Kenapa ISLAM mengesyorkan Suami Isteri Berjimak Pada Malam Jumaat






Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat | 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Bagi pasangan suami-isteri, terutama pihak suami, malam Jumaat itu “keramat”. Sebabnya tentu saja, kerana ada anjuran [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] untuk berjima’ di malam ini. Dalam sunnah, ada kewajiban. Dalam kewajiban ada sunnah. Sungguh indah Islam! Lebih dari itu, dalam kewajiban dan sunnah tersebut, ada kenikmatan syahwat dunia yang halal. Halal, tentu berarti berpahala.



Suami wajib menjimak isterinya sekurang-kurangnya satu kali dalam sebulan,” kata Ibnu Hazm, “kalau tidak, berarti ia durhaka terhadap Allah.”


Saturday, 18 April 2015

Hukum Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Khutbah Jumaat

telefon-bimbit-ketika-khutb

Dalam era perkembangan sains dan teknologi zaman ini, berbagai-bagai peralatan baru dan canggih muncul bagaikan cendawan. Salah satu daripada peralatan tersebut, yang dimiliki oleh kebanyakan orang pada masa kini ialah telefon bimbit.



Hukum Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Khutbah Jumaat

KHUTBAH Jumaat berperanan untuk mengingatkan masyarakat Islam terutama kaum lelaki kepada Allah dan ajaran Islam yang disampaikan khatib setiap minggu. 

Bagaimanapun, keadaan masyarakat yang makin sibuk dengan tarikan duniawi dan langit terbuka (globalisasi) menyebabkan mereka alpa untuk menghayati isi khutbah itu sendiri. 

Ditambah pula apabila Jumaat adalah hari bekerja sudah tentu banyak urusan perlu dilaksanakan. Selain itu, sikap umat Islam sendiri yang mengambil ringan kewajipan solat Jumaat dan kandungan khutbah disampaikan. 

Menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah bertentangan dengan adab mendengar khutbah. 

Rasulullah menyuruh mereka yang hadir mendengar khutbah supaya diam dan khusyuk. Sabda Baginda “Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu pada hari Jumaat ‘diam’ padahal imam pada ketika itu tengah berkhutbah, maka sesungguhnya engkau benar-benar berkata sia-sia.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Perbuatan itu tidak sepatut­nya berlaku kerana mengakibatkan pelaksanaan kewajipan Jumaat tidak sempurna. Ganjaran keampunan Allah daripada Jumaat ke Jumaat seterusnya mungkin terlepas. 

Oleh itu menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah makruh.