Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Kisah Seram Mayat Berasap !!

Kisah Seram Mayat Berasap. Peristiwa ini bermula ketika di sekolah rendah ketika berumur 10 tahun yang mana mengalami pengalaman dengan mayat berasap





Cerita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun.



Peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang telah dilaknati Allah S.W.T.

Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik, aku pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi diriku. Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.

Wednesday, 17 June 2015

Kisah Seram - Disihir Oleh Pelanggan




Saya ingin menceritakan tentang kejadian yang tak pernah berlaku ketika menjalankan tugas saya. Saya adalah seorang jurujual di Singapura, kerja saya bertemu dengan pelanggan. 





Tak perlulah saya menceritakan lebih lanjut tentang pekerjaan saya kerana anda akan tahu apabila anda membaca kisah saya ini. Saya dan isteri bersama seorang pelanggan di rumahnya di kawasan Toa Payoh. Selepas selan berbual kosong, tiba-tiba pelanggan kami itu yang kami gelarkan "kakak", terus senyap DAN MENUNDUKKAN KEPALANYA KE BAWAH. 


Tuesday, 19 May 2015

(8 GAMBAR) Pembedahan Plastik YangPaling Seram Untuk Tengok??!! No 4 Paling Tak Sanggup Nak Lihat!!




Masa muda mungkin mereka ini kelihatan cantik.....tapi dah tua..kesan dari pembedahan plastik tu, menyebabkan muka mereka......huhuhu..Ngeri ooooo!! jom tengok....










Wednesday, 13 May 2015

HATI-HATI Bila Jumpa MAKCIK Ni Di KL SENTRAL Waktu Malam… Anda Bakal SERAM !!!

HATI-HATI Bila Jumpa MAKCIK Ni Di KL SENTRAL Waktu Malam… Anda Bakal SERAM !!! | Kejadian seumpama ini bukan pertama kali kita dengar malah tidak pernah habis sejak dahulu. Manusia memang ada pelbagai sifat terutamanya yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang ramai untuk kepentingan diri sendiri. Dan KL Sentral bukanlah tempat yang asing lagi menjadi lubuk kes-kes sebegini memandangkan ianya tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. 



ohmedia-makcik-penipu-kl-sentral


Berikut adalah aduan/perkongsian yang kami terima;


Salam admin Oh Media boleh tolong sharekan cerita ni? Terima kasih banyak2. Saya minta tolong biar kes ni tak berulang. Kes tipu duit di KL Sentral.

Berlaku malam 5 april isnin lepas. Kami berlima perempuan baru sampai di kl sentral lebih kurang pukul 10 mlm. Sampai je, saya nak keluarkan duit dan yg lain pergi beli tiket ktm sebab nak balik kolej. Lepas siap, saya terus ke kaunter tiket untuk dapatkan kawan saya. Otw, ada sorang makcik datang tegur saya. Dia tanya dari mana. Lepastu, dia cakap nak minta tolong dari saya. Nak pinjam duit. Nampak dia macam susah hati. Dia cakap dia sanggup bagi hp dan jam tangan sebagai cagaran. Kiranya kalau tak bayar balik, saya boleh ambil barang dia. Dia nak pinjam duit sebab kad atm kena telan. Dah tak ada duit nak tidur hotel. Dia dari Johor. Asal Penang. Nama Fazilah. Lecturer muet kat UTM. Dia nak g PPUM esoknya.

Monday, 4 May 2015

Seram! Misteri Nenek Kebayan Di Gunung Ledang

Sebut sahaja Gunung Ledang, sudah pasti tergambar betapa cantiknya kawasan di situ yang kaya dengan spesis tumbuhan. Kawasan ini juga dikaitkan dengan lagenda Puteri Gunung Ledang. Seorang lelaki telah terserempak dengan seorang Nenek Kebayan pada waktu senja ketika mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Sejak daripada itu, dirinya sering meracau tidak tentu hala. Mengapa ini terjadi?

gunung

Kisahnya lebih kurang pada tahun 1993 atau 1994 saya kurang pasti, ada seorang pemuda ni pelajar universiti di johor ada membuat aktiviti luar bersama siswa-siswa universiti tersebut untuk menjelajah gunung ledang dan berkhemah di sana untuk bermalam.

Tiba pada masa yang dijanjikan untuk jungle trekking seperti biasalah mereka berangkat ke sana dan masing-masing ada partner untuk melakukan sebarang aktiviti di gunung ledang. Setiba si pemuda ni di sana mestilah dia rasa gembira, teruja melihat keindahan gunung ledang yang semula jadi cantik berbanding gunung-gunung lain di malaysia. Gunung ledang juga antara gunung yang menjadi no. 1 yang kaya dengan lagenda yang tersendiri sejak dari dahulu kala.

Sunday, 3 May 2015

Kisah Seram Hantu Tidak Berkepala Di Pandan

 Nama saya Dina, saya tinggal di Pandan Gardens, Singapura. Kisah ini berlaku kira2 lapan tahun yang lepas. Saya ni seorang yang ceria, sekiranya kawan2 saya cerita tentang hantu atau cerita yang serius, mesti saya akan mentertawakan.

hantu-jeruk-purut2

Bermulanya cerita ini dari kawan saya yang bernama Maslinda. Dia selalu ceritakan yang tempat kawasan rumahnya itu keras. Ianya terletak di kawasan Clementi. Bila saya dengar, saya mentertawakan dia. Saya kata, “Mestilah keras kerana kawasan yang kamu jalan semuanya batu…” Lalu kawan2 saya yang lain pun sekaki ketawa.

Pada malam itu saya terjaga sekitar waktu satu pagi kerana saya hendak buang air kecil. Selalunya kebiasaan saya, bila waktu malam saya hendak ke tandas, saya suka jenguk2 ke luar tingkap. Sebelum saya ke tandas, saya terlihat benda hitam di bawah blok sebelah. Benda hitam itu betul2 menghadap ke arah tingkap saya. Ia sedang duduk di bangku bulat di bawah blok . Tapi saya tak rasa takut pun kerana bawah blok itu terang. Saya pun masuk ke tandas.

Saturday, 2 May 2015

Seram! Misteri Wanita Dalam Tandas Rumah

Melepaskan ‘hajat’ pada lewat malam antara yang agak menyeramkan terutamanya orang-orang pada zaman dahulu. Ini kerana kebiasaannya, tandas yang dibina terletak berjauhan dari rumah mereka. Kini tandas sudah lengkap dibina dalam rumah. Namun begitu, ada juga yang masih takut untuk pergi ke tandas pada lewat malam terutamanya kanak-kanak. Ada sebuah kisah di mana seorang lelaki ini mahu pergi ke tandas, akan tetapi sejurus daun pintu dibuka, ia terlihat seorang wanita berambut panjang duduk di atas jamban tersebut. Siapakah wanita itu?







 Nama saya Budi. Kisah ini berlaku kira-kira 23 tahun yang lalu  ketika itu umur saya baru 14 tahun. Saya sering ke rumah jiran yang tinggal di atas. Mereka merupakan keluarga Melayu, suami, isteri dan kedua-dua anak lelaki mereka yang sebaya dengan saya. Saya selalu ke rumah beliau lagi-lagi kalau ada perlawanan bolasepak di televisyen.

Seram! Nenek Mimpi Arwah Minta Bersihkan Darah Bawah Tikar

Jika kita mendengar kisah roh pulang ke rumah, hakikat sebenarnya ia adalah satu perkara yang bertentangan dengan Islam. Apabila matinya anak adam, maka terputuslah segala hubungan si mati dengan dunia ini. Ini kerana roh tersebut sudah berpindah ke alam yang lain. Maka, sebagai manusia yang lemah, kita perlu tahu bahawa segala rahsia di alam ini hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Di bawah ini terdapat satu kisah di mana seorang nenek telah bermimpikan arwah yang mana memohon supaya membersihkan darahnya di bawah tikar. Persoalannya, darah apakah itu?


tikar
Sekadar gambar hiasan

Wednesday, 29 April 2015

Seram! Misteri Sumpahan Pelesit Turun Temurun

Mungkin ada di antara kita pernah mendengar tentang pelesit. Pelesit merupakan makhluk halus yang dibela oleh seseorang tujuan untuk menganggu musuhnya. Biarpun pelesit ini tidak sepopular makhluk yang lain, ia tetap bahaya kerana dianggap saka yang mempunyai tuan. Kisah di bawah ini tentang seorang wanita yang dirasuk sehingga hampir-hampir dirinya bercerai dengan suaminya. Semoga menjadi iktibar buat kita semua.


pelesit

Sehingga pukul 10 malam, Simah isteri Meon masih mengerang-ngerang sakit kepala. Pada mulanya saya menyangkakan dia pening kepala biasa saja, mungkin disebabkan hawa panas. Tetapi akhirnya Meon memberitahu Simah akan diserang sakit kepala setiap kali saya datang ke situ. Bagaimanapun sakit kepalanya itu akan beransur hilang bila saya meninggalkan rumahnya. Sebenarnya Simah memang selalu diserang sakit kepala, cuma sakitnya bertambah berat kalau saya datang menemui Meon. Setelah lima tahun berkahwin dengan Meon rumahtangga mereka tidak begitu tenteram. Simah sentiasa merasa tidak tenteram dengan sikap Meon.

Tetapi mengapa dia merasa tidak senang dengan Meon, dia sendiri tidak tahu. Mujurlah Meon dapat bersabar dengan perangai Simah. Kalaulah tidak bersabar memang sudah lama rumahtangga mereka runtuh. Meon dapat memikirkan tentulah ada masalah lain menyebabkan Simah berperangai benci saja melihat Meon. Bila hatinya senang Simah tetap menunjukkan kasih sayangnya terhadap Meon. Sebab itulah Meon dapat memahami bahawa Simah memang ada gangguan lain menyebabkan dia berperangai sentiasa benci saja melihat dia apabila tiba masa hatinya tidak tenang. Memang Meon berhajat untuk membawa isterinya menemui Ulung Bahar. Jadi, kedatangan saya ke rumah Meon pun, memang ada kaitannya dengan cadangan Meon untuk membawa Simah berubat kepada Ulung Bahar.

“Dah lama ke Simah sakit macam ni?” tanya saya bila Simah semakin kuat mengerang-ngerang sebaik saja saya masuk ke biliknya. “Sejak saya kahwin memang inilah sakit idapannya” ujar Meon lemah. “Sabar sungguh awak, Meon…” kata saya. Meon terdiam. Terkejut juga dia bila saya kata demikian. Pada anggapannya saya mengatakan sabar disebabkan dia boleh bertahan demikian lama dengan Simah. Saya dapat menangkap akan perasaan Meon bila saya memberitahu demikian tadi. Oleh itu cepat-cepat saya menyambung, “Maksudnya, kau tak bawa Simah berubat. Lama sangat kau bersabar membiarkan Simah macam ni…” jelas saya supaya Meon tidak terkeliru dengan kata-kata saya itu. “Inilah saya nak bawa jumpa Ulung Bahar nanti” keluh Meon memerhati isterinya mengerang-ngerang sakit kepala.

Simah isteri Meon ini berasal dari Air Tawar, Perak. Sejak berkahwin dengan Meon lima tahun dulu jarang mereka balik ke kampung Meon, di Temerloh. Lagi pun memang Meon tidak menyangka Simah mengidap penyakit demikian, sebab itulah dia tidak cepat-cepat membawa bertemu Ulung Bahar. Baru kebelakangan inilah Meon menyedari Simah sebenarnya sakit. Kadangkala bila sakit kepalanya menyerang dia akan memaki hamun Meon. Mula -mula dulu terkejut juga Meon sampai hampir-hampir dia menceraikan Simah. Apabila Simah pulih semula, dia sendiri tidak tahu apa yang telah dicakapkannya kepada Meon. Kebetulan saya berhajat mahu bertemu dengan Ulung Bahar, maka Meon bercadang membawa Simah berubat sekali dengan Ulung Bahar.

“Cubalah ustaz tengokkan dulu…” kata Meon semakin rusuh melihat isterinya mengerang-ngerang sakit kepala. “Sakit kepala lain ni Meon” jelas saya merasakan bulu roma saya meremang seram sejuk. “Kalau dia melawan tak terkawal dek kita. Cubalah kau telefon adik kau di Datuk Keramat suruh dia datang. Kalau ramai nanti panjang juga ikhtiar kita…” saya menyuruhnya menelefon adiknya Jamlus di Datuk Keramat. Saya tahu Meon mempunyai adik di Kuala Lumpur tinggal di Datuk Keramat. Sudah dua tiga kali kami bertemu di rumah Meon itu. Kalau ada saudara mara Meon tidak segan jugalah saya mahu mencuba mengetahui punca penyakitnya. Cepat-cepat Meon menelefon Jamlus adiknya. Di samping itu dia juga memanggil jirannya.Dalam keadaan demikian masing-masing kelam kabut juga melihat keadaan isteri Meon sambil menuduhnya mati pucuk kerana sudah lima tahun berkahwin masih belum mendapat anak.

Bagi Meon maki hamun demikian sudah perkara biasa kepadanya. Dia tidak tersinggung kalau Simah bercakap demikian. Tetapi bagi jiran-jiran yang baru datang menjengah terkejut juga dia mendengar kata-kata Simah itu. Tidak lama kemudian kira-kira jam 11.30 Jamlus datang bersama isterinya. Terkejut juga dia apabila Meon menelefon fasal Simah sakit. Tentulah sakit Simah berat menyebabkan abangnya menelefon dia suruh datang segera. “Kita bawa hospital aje…” kata Jamlus sebaik saja melihat kakak iparnya mengerang-ngerang kesakitan. “Boleh jadi migraine. Elok cepat kita bawa ke hospital” gesanya tidak sabar lagi melihat Simah menggelepar di atas katil. “Sabar dulu…” sahut Meon menahan kerusuhan hatinya. Jiran-jiran yang lain juga mendesak supaya Simah dibawa ke hospital memandangkan keadaannya menggelepar seperti ayam kena sembelih. Saya masih berfikir apakah cara yang harus dilakukan dengan keadaan yang demikian. Keadaan demikian begini bukanlah baru kali pertama saya tempuhi, sebab itu saya tidak tergopoh-gopoh sangat melihat keadaan Simah itu.

“Kak Simah ni kena migraine agaknya. Jangan sabar-sabar lagi, bawa aje ke hospital” desak Jamlus lagi. Tetapi Meon yakin Simah bukan dihinggapi sakit migraine. Kalaulah Simah kena sakit migraine masakan dia akan memaki hamunnya. Menuduh dirinya yang bukan-bukan. Sehingga Simah tergamak mengatakan dia mati pucuk kerana tidak mendapat seorang anak pun setelah lima tahun berkahwin. Mujurlah dia dapat menahan sabar apabila dituduh demikian. Memang dia sedar Simah sakit, tetapi tidak dapat mempastikan sakit sebenarnya. Setelah ada ura-ura saya mahu menemui Ulung Bahar, barulah dia bercadang mahu mencuba membawa Simah berubat pada Ulung Bahar.

“Ada dukun di sini yang boleh kita cuba?” saya bertanya pada Meon. Meon menggeleng kepala tidak tahu. Memang dia tidak tahu siapakah dukun di kawasan perumahan itu. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas harian, kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tidak kenal. Inikan pula mahu tahu mengenai siapa menjadi dukun di situ. “Kita cari di Sungai Pusu…” seorang jiran memberitahu. “Boleh juga kita panggil dukun tu” kata saya berpaling pada jiran yang memberitahu itu. “Saya tak tau rumahnya” sahut dia serba salah. “Tetapi saya dengar dia duduk di Sungai Pusu. Kalau kena penyakit macam ni, selalunya orang panggil dia” jelas jiran itu lagi. “Kalau tak tau rumah macam mana nak cari malam-malam ni…” keluh Jamlus pula. Kata-kata Jamlus itu benar juga. Sekiranya hari siang boleh juga bertanya pada siapa-siapa yang melintas di situ. Tetapi bila hari malam masakan mahu mengetuk rumah orang mencari dukun tersebut.

“Ah, Sungai Pusu tu bukannya besar sangat” seorang lagi jiran mencelah. “Mari kita ke sana, kita carilah sampai dapat…” ujarnya mengajak Jamlus mencari dukun berkenaan di Sungai Pusu. Setelah Jamlus dan jiran itu pergi, keadaan Simah masih juga tidak berubah. Dia menggelepar ke kiri ke kanan sambil mengerang sakit kepala. Jiran-jiran yang datang menziarah tadi tidak keruan dengan keadaan tersebut. “Sebelum dukun tu sampai, ustazlah cuba-cuba dulu…” Meon menepuk bahu saya. Saya tahu Meon memang ikhlas meminta saya mendoakan supaya isterinya sembuh. Dalam masa setahun dia mengenali saya, memang dia sudah mengagak mestilah ada sebab mengapa saya berhajat sangat mahu menemui Ulung Bahar. Selalu juga dia bila terasa sakit gigi mengusik-ngusik suruh saya ubatkan. Tetapi tidak pernah saya penuhi permintaannya. Kalau dia mendesak juga saya suruh dia ke klinik gigi.

Bagaimanapun Meon tidak pernah berkecil hati kalau saya bersikap demikian. Pernah juga dia meminta saya doakan  supaya tidak basah terkena hujan, saya beritahu dia doa supaya tidak basah terkena hujan pakailah payung. Semua ini adalah usik mengusik saja. Dia hanya mahu berolok-olok dengan saya, seperti juga dia pernah berolok-olok dengan Ulung Bahar. Tetapi kali ini saya sedar Meon bukanlah berolok-olok. Dia meminta dengan ikhlas. Saya menjadi serba salah dengan permintaan Meon, di samping keadaan Simah yang semakin membimbangkan. Dalam ingatan saya sudah tergambar mungkin ada benda lain yang mengganggu menyebabkan Simah cepat diserang penyakitnya apabila saya berada di rumah itu.

Hingga pukul 12.00 malam dukun dari Sungai Pusu yang dijemput oleh Jamlus masih belum datang. Jamlus juga tidak nampak muka hidung. Memandangkan keadaan Simah menggelepar-gelepar menahan sakit di kepalanya, saya pun meminta izin dari Meon untuk memegang kepala Simah. Kira-kira dua minit saya memegang kepalanya, tiba-tiba Simah bingkas bangun lalu meludah saya. “Kau yang tukang kacau, laknat!” bentak Simah macam mahu menerkam ke arah saya. “Buat apa kau datang selalu ke sini, kau nak nikah dengan aku ke?” dia ketawa mengilai. “Kau harus sabar Meon…” bisik saya perlahan. “Yang bercakap ni bukan Simah lagi, yang lain bercakap ni” kata saya menerangkan pada Meon. “Saya tahu ustaz” jelas Meon merapati saya. “Buatlah macam mana pun, memang saya tahu, fasal saya selalu ikut Ulung Bahar” ujarnya. Simah terus berdiri dengan tangannya mahu mencengkam leher saya. Cepat-cepat Meon memegang pinggangnya membawa rebah semula ke katil.

“Meon, kau jangan jadi bodoh!” Simah meronta-ronta mahu melepaskan diri dari Meon. “Inilah jantannya yang menggoda aku. Dia nak nikah dengan aku, tapi aku tak mau. Aku sayangkan kau Meon” dia merintih-rintih bagaikan merayu. “Siapa hendakkan kau, aku pun tak mau” bentak Meon. “Kau tak mahu pada aku?” mata Simah terjengil memerhati Meon. “Aku tak mau..!” sahut Meon keras. “Sekarang ceraikan aku…” Simah juga bersuara keras. “Berambuslah kau” kata Meon. “Lepaskan aku…!” Simah meronta-ronta sekuat tenaga. “Lepaskan aku, biar aku berambus” dia membentak-bentak sambil menumbuk dada Meon. “Kalau kau nak berambus, berambuslah” jerkah Meon semakin kuat memaut pinggang Simah. “Tapi, tinggalkan Simah tau!” katanya memahami apa sebenarnya berlaku di sebalik keadaan Simah demikian. “Kau gila, aku ni bukankah Simah” dia tertawa mengejek. “Aku tau kau setan!” bentak Meon.

Dari cara Meon bercakap itu memang saya tahu dia juga menyedari akan penyakit isterinya. Tetapi selama ini dia sengaja merahsiakan dari pengetahuan saya. Dia bimbang kalau saya mengetahuinya, nanti akan menyusahkan saya pula. Memang Meon tahu akan gangguan syaitan tersebut. Tetapi apakah jenis gangguannya tidaklah diketahui. “Sekejap lagi dukun Sungai Pusu datang, kau rasa nanti!” Meon cuba mengugut. “Ah, bapak dukun Sungai Pusu aku tak takut” balas Simah termengah-mengah mahu melepaskan diri dari Meon. Beberapa orang jiran wanita juga turut sama membantu memegangkan kakinya. “Dukun Sungai Pusu tu takut pada aku, takkan dia berani datang…!” dia tertawa macam menyindir Meon. “Diam…!” herdik saya merenung muka Simah. Ketika ini saya tidak nampak Simah lagi meronta-ronta di atas katil. Saya berada jauh dari rumah Meon di Gombak di sebuah bukit dekat Air Tawar di Perak. “Diam, kata aku. Sekarang kau datang ke sini, supaya aku bakar kau dengan Ayatul Kursi…!” saya terus membaca Ayatul Kursi sebanyak 17 kali.

Selesai saja saya membaca Ayatul Kursi wajah Simah bertukar menjadi seorang perempuan tua kurus dengan rambut menggerbang putih. Perempuan tua itu mengilai ketawa mengejek-ngejek saya. Dia merenung saya bagaikan mahu menerkam, tetapi tidak dapat mara. “Jangan nak sembunyi lagi!” suara saya semakin keras. “Ah, merepeklah kau. Jangan cuba nak goda aku…” perempuan tua itu terkekeh-kekeh ketawa. “Aku ni bini Meon, buat apa kau goda. Mentang-mentang Meon mati pucuk, kau fikir aku mudah tergoda dengan kau” dia cuba menyakitkan hati Meon yang mendengarnya. “Kau fikir Meon bodoh” sahut saya sambil memerhatikan gerak gerinya yang mencari tipu helah. “Kau dah tua, Meon tengok pun tak ada nafsu” saya pula menyakitkan hatinya. Dia menjadi marah bila saya katakan dirinya sudah tua. Dia tetap mengaku dirinya Simah, walaupun saya sudah melihat akan rupa asalnya. “Jangan kau nak berdusta!” saya membaca Ayat Yassin dan menghembuskan ke arahnya. Angin kencang bertiup menyebabkan dia melayang-layang tidak jejak ke bumi. “Aku tau kau perempuan tua simpan pelesit, tubuh kau kurus, rambut menggerbang putih macam pontianak, siapa pun tengok tak naik nafsu” kata saya lagi.

Dia bertambah marah bila saya sudah mengetahui dirinya yang sebenar. Pada sangkaannya saya hanya melihat Simah terbaring meronta-ronta menggelepar di atas katil. Barulah disedarinya saya sudah melihat dirinya yang sebenar dari kawasan hutan terbiar di sebuah bukit di kampung Simah. Bila diketahuinya dirinya sudah dapat dikesan, dia terpaksa menentang habis-habisan. Perempuan tua itu mengeluarkan botol kecil dari ikatan pinggangnya, lalu mengeluarkan seekor belalang. “Anak aku ini akan mengajar kau…!” gerutunya lalu melepaskan belalang tersebut. Seekor belalang sebesar pohon kelapa menerpa ke arah saya. Cepat-cepat saya melompat ke atas belalang tersebut. Saya menyebut Allahu Akhbar tiga kali menyebabkan belalang itu kembali menjadi kecil dan jatuh ke dalam genggaman saya. Perlahan-lahan saya memulas kepala belalang itu dengan membacakan Ayatul Kursi 33 kali. Ketika ini perempuan tua itu terjerit-jerit memegang tengkuknya menahan kesakitan. Dia terkial-kial merebahkan badan ke bumi mahu melawan balik. Apabila saya pulaskan kepala belalang itu sampai putus, tubuh perempuan itu bertukar menjadi belalang lalu terbang berligar-ligar di kepala saya mahu menyerang.

Bagaimanapun dia tidak dapat menghampiri saya. Kemudian saya membaca lanarjumannakum dari Surah Yassin menyebabkan dia terpelanting ke tanah. Berpuluh-puluh panah api datang menerjah ke tubuhnya. Dia menggeliat menahan panahan api itu, tetapi masih bertahan tidak mahu mengalah. Apabila tidak tahan dengan panahan api, belalang berkenaan berkepul-kepul menjadi asap hitam lalu membentuk satu lembaga manusia. Lama kelamaan dia menjelma di depan saya. Dia lelaki tua bertubuh kurus memakai pakaian serba hitam. Mukanya cengkung berkedut-kedut macam kulit gajah. “Aku sayang pada Simah ni…” ujar lelaki bertubuh kurus itu. “Aku nak nikah dengan dia, kenapa awak tak bagi?” suaranya lemah bagaikan meminta belas kesihan. “Simah mahukah pada awak?” tanya saya. “Ada masa dia mau, ada masa tak mau…” beritahunya perlahan berketar-ketar. “Apa fasal dia tak mau?” saya mengujinya. “Dia kata saya mati pucuk…” ujarnya serba salah. “Simah dah nikah dengan Meon” jerkah saya memberi amaran. “Kenapa awak ganggu dia lagi?” tanya saya keras sambil mengejeknya. “Saya cintakan dia” jelasnya menangis tersedu-sedu. “Buruk sangat rupa awak orang tua menangis…” sindir saya.

Dalam masa saya berkata-kata dengan lelaki tua itu, tiba-tiba perempuan tua bertubuh kurus itu menjelma semula. Dia terlalu marah kerana lelaki itu cuba berbaik-baik dengan saya. “Dia inilah yang selalu kacau kita…!” kata perempuan tua menjelirkan lidah kepada saya. Saya mendiamkan diri. Saya mahu lihat sejauh mana tindakan seterusnya dari mereka berdua. Tetapi mereka berdua tidak menyerang saya. Cuma perempuan tua itu saja menyindir untuk menyakitkan hati, sementara lelaki tua itu seolah-olah dalam ketakutan. “Dia nak pisahkan kita!” ujar perempuan tua itu lagi. “Kalau dia datang dekat, aku rasa tubuh aku terbakar. Sebab itu kita mesti jauhkan dia dari berkawan dengan Meon. Aku tak tau apa ilmu yang dia pakai” perempuan tua itu menangis teresak-esak sambil menggeliat-geliat seperti menanggung bahang kepanasan. Lelaki itu tetap mendiamkan diri. Dia mengusap-ngusap rambut yang menggerbang putih. Sekali sekala saya nampak muka perempuan tua itu berubah menjadi Simah. Tetapi apabila saya hembuskan ayat Hazihi jahannamullati kuntum tu ‘adun, wajah tersebut tidak jadi bertukar.

Dari situ dapatlah saya fahamkan bahawa memanglah sukar mahu mengubati Simah, kerana gangguan yang datang itu bukanlah datangnya dari luar. Gangguan ini datang dari keluarganya turun temurun yang pernah menyimpan pelesit. Apabila pelesit itu sudah tidak bertuan, maka dia mencari keturunan tuannya sebagai sumpahan untuk mencari naungan. Simah yang tidak tahu apa-apa tidaklah mahu menerima kedatangan pelesit yang berasal dari datuk nenek moyangnya dulu. Inilah yang selalu mengganggu dia kerana dirinya sudah terpisah jauh dari pelesit tersebut, sedangkan pelesit berkenaan cuba mendekatkan dirinya. Sebab itulah pelesit berkenaan menjadi seperti orang yang diganggu oleh api bila berdekatan dengan orang-orang yang mengamalkan membaca Suratul Kursi setiap hari. Mungkin Simah sendiri tidak tahu tentang asal usul datuk nenek moyangnya dulu ada memelihara pelesit.

“Jauhkan dia dari sini” rayu perempuan tua itu kepada lelaki tua yang berdiri di sampingnya. Lelaki tua itu menghentakkan kakinya ke tanah tiga kali. Kemudian beribu-ribu belalang menerpa ke arah saya. Sebaik saja belalang-belalang itu mahu menerpa saya hembuskan Fatihah, menyebabkan semuanya gugur ke bumi seperti dibakar api. Terasa saya seakan-akan lemas akibat bau hangit belalang terbakar. Merah padam muka lelaki tersebut melihat semua belalangnya habis terbakar. Semua belalang yang jatuh itu tengkuknya terpatah dan keluarlah seulas nasi dan sehelai rambut dari tengkuk terpatah itu. “Aku datang mencari anak cucu aku…” lelaki tua itu bersuara keras. “Tak patut awak putuskan hubungan kasih sayang kami” katanya kesal dengan sikap saya menghalang tindakan dia. “Simah tak perlukan awak lagi” sahut saya membentak. “Dia perlukan Meon, biar Meon yang jaga dia. Awak tak perlu jaga dia” ujar saya memarahinya.

Ketika saya menyahut kata-katanya dia menyimbahkan air ke atas bangkai-bangkai belalang tadi. Sekaligus bangkai-bangkai terbakar itu menjadi kepulan asap hitam yang berjurai-jurai seperti rambut. Juraian rambut menyerkup ke kepala saya menyebabkan pandangan saya gelap tidak kelihatan apa-apa lagi. Namun saya tetap bertenang menghadapi tekanan-tekanan seperti ini. Semua yang saya hadapi itu adalah tipu daya syaitan belaka. Beberapa ketika saya terperangkap dalam juraian rambut itu, hingga  hampir-hampir meliliti seluruh tubuh saya. Lalu saya bacakan Surah Waddhuha sepuluh kali. Tiba-tiba juraian rambut itu melayang ditiup angin. Lelaki tua itu semakin marah kerana rambut yang menyerungkup ke kepala saya tadi diterbangkan angin. Itulah pertama kali serangannya sampai ke tubuh saya. Memang kesilapan telah saya lakukan membiarkan dia menyerang sambil melayani dia bercakap.

Tok Aji pernah mengingatkan saya supaya tidak melayani syaitan apabila berhadapan dengannya. Kalau menentang syaitan mestilah digempur sampai mereka kalah. Sekiranya kita melayaninya, sudah tentulah kita termasuk ke dalam perangkap tipu dayanya untuk melalaikan kita. Setelah teringatkan Tok Aji, saya pun menguatkan zikir saya. Saya membaca beberapa ayat yang diajarkan oleh Tok Aji. Ketika ini seluruh kawasan itu bergoncang kuat seperti gempa disambut oleh petir serta kilat. Orang tua lelaki dan perempuan itu berlari-lari mahu menyelamatkan diri. Batu-batu dari atas bukit juga gugur melayang menerjah ke arahnya. Mereka berdua menjadi panik dengan gempa yang datang secara tiba-tiba. Saya tetap berdiri di tengah-tengah gempa itu memerhatikan mereka berdua berlari ke hujung ke pangkal mencari tempat selamat. Tetapi ke mana saja mereka berlindung petir dan kilat menyambar. Mereka terpelanting apabila disambar kilat dan petir bertalu-talu. Termengah-mengah mereka mencari tempat perlindungan. Akhirnya mereka lesap di dalam kepulan asap di tengah-tengah dentuman petir serta kilat menyambar. Setelah mereka berdua hilang saya memberhentikan bacaan. Lama saya menunggu di situ, namun dia tidak muncul-muncul lagi.

Saya rasa buat sementara itu dia tidak akan datang lagi mengganggu. Bagaimanapun mereka tetap akan berusaha untuk meneruskan cita-citanya untuk bernaung kepada Simah. Hal inilah yang mahu saya beritahu pada Meon, supaya dia sendiri mesti mempunyai persediaan menghadapi kemungkinan tersebut. Setelah yakin mereka tidak akan mengganggu lagi, saya meninggalkan kawasan hutan di pinggir bukit itu, dan kembali berdiri di dalam diri. Apabila saya membuka mata, saya dapati Simah sudah pulih semula. Tetapi keadaannya masih letih lagi. Rupanya ketika saya menghadapi suasana sengit tadi, Jamlus dan rakan yang pergi menjemput dukun ke Sungai Pusu sudah balik. Mereka berdua hampa kerana dukun berkenaan sudah pun dijemput oleh orang di Damansara. Sehingga hampir pukul 2.00 pagi mereka menunggu, dukun itu tidak juga balik. Akhirnya terpaksalah mereka mengambil keputusan balik semula ke rumah Meon.

Jamlus bertanyakan kepada saya siapakah yang melakukan gangguan itu. Saya hanya tersenyum dengan soalan demikian. Selalunya begitulah pertanyaan yang diterima apabila menghadapi masalah demikian. Sepatutnya mereka bersyukur kerana dapat menjauhkan diri dari gangguan syaitan. Siapa yang membuat gangguan itu tidak harus difikirkan lagi. Apabila saya tanyakan kepada Simah, sama ada terdapat di kalangan keluarganya di masa lalu yang menjadi dukun atau bomoh, Simah memberitahu ayah kepada moyangnya dulu memang dukun terkenal. Tetapi selepas peringkat moyangnya, dia tidak lagi mahu menjadi dukun hinggalah sampai kepada beberapa keturunan seterusnya. “Saya sedar apa yang berlaku ke atas diri saya” ujar Simah dalam keletihan. “Tetapi saya tak dapat nak mengawal diri, macam ada kuasa lain yang mengawal saya..” jelasnya bila mengingatkan peristiwa sebentar tadi.

Memang saya akui cerita Simah itu. Memang mereka yang menerima gangguan ini sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi mereka tidak dapat mengawal dirinya sama ada bercakap atau bertindak. Kejadian demikian memang aneh, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Apabila saya menerangkan kepada Simah mengenai belalang pelesit, dia teringat aruah neneknya pernah memberitahu tentang keluarganya dari keturunan dulu memang memelihara pelesit. Semasa Tok Bani meninggal dunia dia tidak sempat menurunkan pelesit peliharaannya itu kepada anak cucunya. Maka pelesitnya itu sentiasalah mencari anak cucu Tok Bani untuk tempat bernaung. Apabila pelesit itu tidak dapat bernaung maka anak cucu Tok Bani pun menjadi mangsa. Adik nenek Simah itu pernah menjadi lumpuh dengan tidak bersebab. Penyakit lumpuhnya itulah yang membawa maut kepadanya. Selepas dia meninggal dunia akibat lumpuh, seorang lagi keluarganya mati muntah-muntah darah seperti termakan racun. Hingga sampailah kepada bapa saudara Simah bernama Jana, dengan tidak semena-mena diserang penyakit lemah tenaga batin hingga menyebabkan dia menjadi tidak siuman. Ketika mengubat Jana inilah Dukun Busu mendapat tahu tentang Tok Bani menyimpan pelesit. Dukun Busu mencari punca-punca Jana hilang tenaga batin hingga menjadikan dia tidak siuman. Dia mendapati pelesit Tok Bani yang sudah tidak bertuan itu mencari perlindungan kepada Jana. Disebabkan Jana tidak tahu bagaimana mahu memeliharanya, maka pelesit itu telah memakan tuan sendiri.

Seram! Pembuat Batu Nisan Diganggu Lembaga Hodoh

Tidak ramai yang menceburi bidang pembuatan batu nisan ini. Walaupun ada segelintir masyarakat menganggap kerjaya seperti ini mengundang rasa seram, sebenarnya ia terletak kepada niat masing-masing. Mungkin tidak dinafikan, ada yang pernah diganggu dan sebagainya. Kami akan berkongsi dengan anda tentang satu kisah seorang pembuat batu nisan yang diganggu oleh lembaga hodoh yang tiba-tiba muncul di biliknya. Mengapakah lembaga itu tiba-tiba muncul?


batu nisan

Saya hendak berkongsi pengalaman pakcik saya yang terkena gangguan gara-gara batu nisan lama. Pakcik saya seorang pembuat batu nisan di daerah dot dot dot, saya tak nak beritahu tempatnya, pada satu hari Jumaat sekitar pukul lapan malam. Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah pakcik saya.Seorang lelaki lingkungan 30-an tahun datang bersama isterinya dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pakcik saya bertanya, “Apa hal datang malam-malam begini?” Lelaki itu meminta pertolongan daripada pakcik saya. Katanya, “Abang boleh tolong saya baiki nisan ini?

Pakcik pun membelek dua batu nisan yang dibungkus dengan suratkhabar. Pakcik terkejut, usang sangat bentuk dan rupanya sehinggakan tulisan Jawi pada batu nisan itu sukar dibaca. Pakcik pun bertanya kepada lelaki itu, “Siapa punya nisan ini?” Dengan pantas lelaki itu menjawab, nisan itu milik ibunya yang bernama dot dot dot binte dot dot dot.

Pakcik mengatakan bahawa batu nisan itu terlalu usang. Daripada membaikinya lebih baik menempah yang baru saja. “Saya tak nak nisan baru bang, saya nak nisan ini jugak…” kata lelaki itu. Kerana kasihan dengan lelaki tersebut, pakcik ingin membaikinya, dan lelaki itu dan isterinya ingin pulang segera ke Ipoh, Perak atas urusan kerja, dan dia meninggalkan nombor telefonnya.

Apabila lelaki tersebut pulang, pakcik mengambil batu nisan yang dimiliki oleh ibu lelaki tadi dan mengesatnya dengan kain kotor. Sesudah mengesat segala kotoran dan lumut yang ada, tulisan Jawi itu sudah boleh dibaca. Memang nama pemiliknya itu dot dot dot binte dot dot dot. Meninggal pada tarikh 12 Mei 1990.

Sedang pakcik membelek rekahan-rekahan yang ada pada batu nisan tersebut, beliau dipaut rasa sedih melihat batu nisan yang sumbang-sumbing. Setahu beliau tidak pernah dia menerima permintaan sebegini sejak menjadi pembuat batu nisan sejak sepuluh tahun lalu. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Terus Pak Cik tinggalkan batu nisan itu di luar rumah dan terus masuk tidur.

Sedang pakcik saya ingin memejamkan mata, tiba-tiba ada bau harum dan menusuk hidung. Kata pakcik baunya seperti bau bunga cempaka… Tidak lama kemudian… KKKKRRRRRAAAASSSSSSSS!!! DUMMMMM!!! Bunyi kaki diseret dan selepas itu kedengaran bunyi berdentum. Pakcik saya mahu bangun, ingin melihat sama ada pencuri.

Sedang pakcik ingin bangun, tiba-tiba kedua-dua belah bahu pakcik saya seperti ditimpa benda berat. Badan pakcik tak boleh bangun. Pakcik seperti terpaku di atas katil. Dia membuka mata perlahan-lahan dan nampak cahaya terang-benderang. Di hadapan pakcik ada bayang-byang hitam yang amat besar. Bila pakcik celikkan mata lagi, ternampak seorang wanita yang tinggi lampai hingga ke siling dan di tangan kiri wanita itu memegang batu nisan. Wanita berbaju hitam koyak rabak itu merenung tepat ke muka pakcik.

Dia memberitahu saya yang wanita itu berambut panjang dan menutup hampir separuh mukanya. Pakcik tenung ke muka wanita itu dan tidak jelas kerana mukanya ditutup oleh rambutnya, dan ketika itulah bau busuk menyelubungi biliknya, bau busuknya teramat sangat dan dia berkata yang dia tidak pernah bau busuk sebusuk bau itu.

Lembaga wanita itu semakin hampir dengan pakcik dan mengangkat tangannya yang memegang batu nisan seperti ingin menghempap kepala pakcik. Hampir sejengkal lagi lembaga itu menghampirinya, pakcik berbisik di dalam hati, “Habislah kepala aku akan hancur berkecai…” dan dia memejamkan mata, dan Alhamdulillah, lembaga wanita tersebut hilang.

Selepas itu, pantas pakcik teringatkan tentang batu nisan yang dibawa oleh pasangan suami isteri tadi. Adakah “dot dot dot binte dot dot dot” wanita yang menjelma di dalam biliknya dan mungkin ‘dia’ marah pakcik kerana cuba membaikinya?

Setelah azan Subuh berkumandang, pakcik menelefon pasangan suami isteri yang datang untuk membaiki nisan buruk itu tadi. Pakcik meminta lelaki tersebut datang untuk mengambil semula nisan itu. Lelaki itu berkata, “Eh kenapa bang?” Pakcik tak sanggup untuk memberitahu lelaki tersebut tentang apa yang dialaminya, “Maaf saya tidak boleh baiki nisan ini…” Lelaki itu menjawab, “Lah… Abang sajalah yang boleh tolong saya, saya hantar batu nisan ni kepada ramai pembuat nisan tetapi semua menghantar balik.” Pakcik menolak juga permintaan lelaki itu…

Pakcik memberitahu saya, mungkin gangguan itulah juga yang menyebabkan orang lain enggan membaiki batu nisan tersebut.

Seram! Misteri Lebuhraya Berpenunggu Di KM20.6

Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan. Itu biasa dan ia merupakan salah satu kesimpulan yang dilaporkan. Namun begitu, ada kalanya ia disebabkan oleh faktor gangguan makhluk halus seperti mana yang didengari sebelum ini. Ada yang mendakwa ternampak benda-benda pelik sewaktu menyusuri jalan ini.

km

\Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalanganbagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu ‘inginkan’ mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

“Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

“Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

“Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya

Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu. Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seram! Pantai Kaupoa Di Hawaii Yang Paling Berhantu (4 Foto)

 Mungkin ada di antara kita beranggapan bahawa Hawaii mempunyai kawasan pantai yang sangat cantik. Namun sebenarnya, terdapat sebuah lokasi pantai yang dipercayai berhantu dan mempunyai suasana yang agak seram. Pantai ini dikenali sebagai Kaupoa dan betul-betul terletak di Hawaii. Mengikut maklumat yang diterima, kawasan pantai ini dahulunyamenjadi tumpuan pelancong dan penduduk di situ. Namun ia berubah menjadi sepi apabila sesuatu kejadian telah berlaku. Jom layan gambar di bawah ini.

pantai4

Kaupoa – Hawaii biasanya terkenal dengan pantainya yang selalu mempesona mata. Tapi siapa sangka, kepulauan di AS juga punya pantai sepi, tak berpenghuni, dan… berhantu.

Adalah Kaupoa di Pulau Molokai, nama pantai cantik namun berhantu di Hawaii. Tidak seperti pantai lain di Hawaii, pantai ini sepi pengunjung. Penduduk pun tak ada yang bermain di sana, hanya ombak, pasir dan semilir angin yang mengisi Kaupoa.

pantai1

Pada awalnya, Pantai Kaupoa sangat ramai pengunjung. Banyak pengunjung yang menghabiskan waktu hiburan dengan berjemur di bawah sinar matahari.

Namun keceriaan di pantai ini berakhir apabila seorang pengunjung berteriak. Sebuah ayunan yang tak dinaiki bergoyang sendiri. Bukan sekali, tetapi ayunan ini bergoyang berkali-kali dan kencang layaknya ayunan yang diduduki pengunjung.

Suasana pantai pun cukup menyeramkan. Banyak bangunan tua mengisi pantai. Deretan batang pohon kelaapa tanpa daun di bagian atas menambah kesan horor pantai.

pantai2

pantai3
Usut boleh usut, ternyata penduduk setempat percaya kalau ayunan tersebut digerakkan oleh hantu orang yang dulu menempati pantai.

Mereka adalah sekelompok orang yang disebut pemberontak yang dianggap melawan hukum adat di Hawaii. Dulunya, antara tahun 1300 dan 1500 ada 100 orang menduduki pantai ini.

Mereka mencari hidup di desa ini lewat memancing ikan. Beberapa foto yang berhasil didapat menunjukkan ada kuil dan bekas ladang di sana. Hingga pada akhirnya, kelompok ini meninggal dan membuat pemakaman.

Pada tahun 1800, Pantai Kaupoa pun kosong. Baru kemudian pada tahun 1990-an, penginapan dibangun di sini untuk mengundang banyak pengunjung. Namun, dengan alasan yang sama, yakni angker, tak ada pengunjung yang betah berlama-lama di sana.

Seram! Rakan Sebilik Berubah Selepas Didatangi Kain Putih

Memilih untuk tinggal di kolej  kediaman universiti adakalanya memberi seribu penjimatan terutama kepada pelajar universiti. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyewa kediaman di luar kampus.



kain-putih

Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming. Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar.

Tiba-tiba aku tersentak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi aku tersentak apabila terdengar lolongan diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya.

Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa seram sejuk. Lolongan diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap. Aku tersentak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling.

Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan. Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai.

Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar.

Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang sama.

Sunday, 26 April 2015

Seram Dirasuk Makhluk Halus Mendaki Gunung Stong


Pengalaman Seram Mendaki Gunung Stong-Kisah Seram ini berlaku kira-the kira setahun yang LALU semasa aku mengikuti ekspidisi Rakan Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di Hutan Jelawang di Negeri Kelantan. Kami sampai ketapak, perkhemahan Gunung Stong Jam 8:00 Malam Setelah selesai mendirikan khemah masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi dibilik air yang disediakan, dan ada yang mandi disungai yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhati gerak-geri kami.

Aku tidak berani turun ke sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Selepas makan malam, masing-masing membuat aktiviti bebas. Aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi Gunung Stong yang lain. Kami bercerita sehingga lewat malam. Ketika hendak memasuki khemah untuk berehat, aku terkejut kerana aku ternampak kelibat sesuatu didalam khemah.


Rakan satu khemah aku sudah lama hanyut dibuai mimpi. Sepanjang malam, aku tidak nyenyak tidur kerana terdengar bunyi-bunyi haiwan hutan yang kadangkala mengerikan.
Kira-kira jam 6:00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap-siap mendaki Gunung Stong. Masing-masing agak keletihan, maklumlah semalam kami menaiki bas untuk kekawasan ini selama lebih lapan jam (dari Johor Bahru). Selepas sarapan, masing-masing bersiap untuk mendaki.
Setibanya dikaki Gunung Stong, salah seorang peserta tiba-tiba menarik diri kerana kakinya bengkak. Tidak tahu apakah puncanya. Yang lainnya meneruskan perjalanan. Kami merentasi berbagai halangan seperti anak sungai, air terjun dan hutan belukar. Masing-masing kelihatan letih tetapi penuh semangat untuk meneruskan perjalanan.


The Kami sampai dipertengahan Gunung Stong lewat petang dan bersiap untuk bermalam of disitu selepas untuk tidakTurun dari Puncak Gunung nanti Waktu itu ada diantara kami yang sudah tidak berdaya, melangkah the dan mengambilkeputusan meneruskan perjalanan ke Puncak to Gunung Stong Mereka Hanya menunggu kami di khemah
Aku Bersama peserta yang lain meneruskan perjalanan kami. Cahaya matahari semakin kelam dan suasana semakin sejuk. Akhirnya kami tiba dipuncak hampir waktu Maghrib. Kami sempat bergambar. Waktu itu aku merasa tersangat letih dan lapar. Nasib baik aku ada membawa sedikit bekalan. Kami berkongsi makanan.
Pengalaman Seram Mendaki Gunung Stong Pengalaman Seram Mendaki Gunung Stong
Sesat

The Dalam perjalanan Turun aku the Adalah diantara yang terakhir of Hari semakin gelap Apabila sampai disuatu, Kawasan the kami terdengar the Suara the siamang bersahut-sahutan seolah-OLAH the ingin memberitahu sesuatu Ada diantara peserta wanita the yang kecut perut kerana bunyi, ITU the Betul rasanya-Betul diatas of kepala kami . Dengan hanya berpandukan lampu suluh dan panduan dari peserta yang berpengalaman mendaki Gunung Stong, kami menuruni gunung sambil berpengangan tangan. Ada diantara kami yang sudah terlalu lemah dan jatuh pengsan.
Ini menyebabkan perjalanan kami terhenti beberapa kali. Aku merasa aneh kerana kami masih belum sampai ke kawasan perkhemahan kami walaupun sudah lebih dua jam kami berjalan. Aku rasa aku telah melalui satu kawasan yang sama dimana terdapat pokok yang besar-besar entah berapa kali. Akhirnya guru pandu kami mengakui yang dia tidak berjumpa jalan asal yang kami lalui semasa mendaki kepuncak Gunung Stong tadi.

Kami menjadi risau, tetapi nasib baik semua berjaya mengawal perasaan. Salah seorang dari kami mencadangkan agar kami meneruskan perjalanan, tetapi masing-masing merasa bimbang kalau-kalau kami semakin jauh tersesat didalam hutan.


Entah macam mana tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda misteri. Masing-masing memakai serban dan jubah putih. Mereka memberi salam. Kami menjawab salam mereka dan menceritakan masalah kami. Menurut mereka, kejadian seperti ini memang selalu berlaku.
Mereka menasihatkan kami agar teruskan perjalanan menuruni Gunung Stong sambil menunjuk kesatu arah. Masing-masing melihat kearah yang ditunjukkan. Belum pun sempat kami mengucapkan terima kasih, kumpulan pemuda tadi hilang entah kemana. Masing-masing terdiam.
Kami meneruskan perjalanan kearah yang ditunjukkan dan tidak lama kemudian kami ternampak cahaya kelam yang datangnya dari kawasan perkhemahan kami.

Sesampai sahaja dikhemah, kami terus dihujani dengan berbagai pertanyaan. Kami tersesat lebih dari satu jam.
Nasib baik ada kumpulan misteri yang berjubah tadi membantu kami.
Pengalaman Seram Mendaki Gunung Stong
Of gambar Hiasan 
Yang menghairankan kami untuk apa mereka menuju to Arah the ke puncak Gunung the of Stong sedangkan di sana the tidak terdapat sebarang to the perkampungan Pun. Entah kenapa walaupun letih the aku merasa Susah untuk tidur. Diluar hujan Turun dengan lebatnya of of Aku merasa risau kerana khemah, Kami didirikan diatas tanah yang tidak berapa rata. Takut nanti kami hanyut dibawa arus atau tanah runtuh.
Keesokkan harinya, kami berkemas untuk turun dari puncak Gunung Stong ketapak perkhemahan kami sebelum ini. Dalam perjalanan turun, masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing. Disamping itu kami terpaksa berhati-hati kerana jalan licin. Ada juga diantara kami yang tersungkur entah berapa kali. Yang menggelikan hati, ada yang terjatuh kedalam lopak air yang agak dalam dan gagal untuk naik semula walaupun ditolong oleh beberapa orang.


Dirasuk Makhluk Halus
Kami the sampai disatu Tempat the the Rehat yang dinamakan Baha Camp Disitu Masing-Masing melepaskan penat Lelah dengan Mandi dan memasak Makanan. of Hari pun sudah tengahari Sedang kami Leka Mandi, TIBA-TIBA ketua the Kumpulan ekspedisi menyuruh kami the cepat bersiap untuk bertolak turun. Kami terpinga-pinga. Letih pun belum hilang rasanya.
Dia kata sesuatu yang buruk telah berlaku dan menyuruh kami cepat meninggalkan kawasan itu. Aku segera naik kedarat dan mengambil barang-barang aku. Aku mendapat tahu yang salah seorang peserta wanita telah dirasuk makhluk halus. Dia tidak suka kami berada dikawasannya dan mengugut untuk merasuk lebih ramai lagi sekiranya kami terus berasa disitu. Walaupun takut, masing-masing masih dapat mengawal perasaan. Kami berkumpul dan berjalan bersama-sama menuruni Gunung Stong.


Yang tinggal hanyalah ketua kumpulan, peserta yang dirasuk makhluk halus Serta beberapa orang tracker the yang bekerja di Baha Camp. the Dalam perjalanan Masing-Masing the Masih tertanya-Tanya apakah, the yang sebenarnya berlaku. the Kami sampai ditapak perkhemahan lewat petang.
Selepas mendirikan khemah dan the Mandi Kami bersiap untuk memasak of Dalam waktu itu kami melihat peserta yang dirasuk tadi turun bersama-sama yang lain. Dia kelihatan normal. Sebelum masuk kekawasan khemah, Abang Baha (Ketua Baha Camp) membaca sesuatu lalu dihembus kepada peserta yang dirasuk makhluk halus tadi. Tiba-tiba dia menjadi lemah dan terus disambut dan dipapah kekawasan khemah. Dia dibaringkan ditengah2 padang dan abang Baha terus membaca jampi serapahnya.


Kami tidak dibenarkan mendekati peserta wanita tadi kerana menurut abang Baha, makhluk halus yang merasuknya masih berada dikawasan itu bersama dengan kawan-kawannya. Walaupun kami tidak nampak makhluk halus dan kawan -kawannya ITU, kami patuh pada arahan Abang Baha. of Gambar Hiasan Selepas Makan Malam the Semua mengerumuni Abang the Baha untuk mengetahui cerita yang sebenarnya of The yang the Menurutnya makhluk halus the kerana memetik sekuntum Bunga Dari Pokok tinggal dikawasan Gunung Stong itu Marah pada peserta, yang dirasuk berkenaan the yang Hanya menghasilkan baunya setiap tujuh tahun.

Katanya lagi jika kami masih berada di Baha Camp, mungkin lebih ramai lagi yang akan dirasuk. Walaupun makhluk halus itu berjaya diusir dari badan peserta berkenaan, abang Baha terpaksa membenarkannya merasuk semula peserta itu untuk menolong mambawa peserta itu turun sehingga kekawasan khemah

Jika tidak mereka menghadapi of masalah the untuk membawanya Turun the dengan keadaan badannya, the yang lemah. the the Dan banyak lagi yang diceritakan Oleh Abang,, Gunung Stong ITU, Baha mengenai Hutan .


Kisah Seram Para Peserta
Malam ITU the kami berkumpul Dalam beberapa Kumpulan Masing-Masing menceritakan to Kisah SERAM petang the Tadi Dan ada juga yang menceritakan pengalaman yang serupa of. the the Aku merasa-seolah-OLAH seperti berada, di Cineplex Bila sudah jemu mendengar the cerita Satu Kumpulan the aku beralih kekumpulan Yang lain

Walaupun the Topik perbualan hampir sama aku Masih tetap mahu mendengarnya of. the Kisah Ada yang tidak the dan mendengar tidur keesokan hari kerana asyik bercerita,,, sehingga,SERAM a Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, the ketua ekspedisi Gunung of Stong memberi peluang the pada setiap peserta untuk meluahkan ISI hati masing-masing berkenaan ekspedisi kami ini termasuklah peserta yang dirasuk semalam. Walaupun dia tidak ingat setiap kejadian, tetapi dia memberitahu kami yang dia beberapa kali terserempak dengan beberapa orang yang bukan peserta ekspedisi semasa menaiki puncak Gunung Stong.


Daripada kejadian yang aku alami, aku sedar betapa kita semua perlu menghormati harta benda orang lain dan jangan bersikap angkuh apabila memasuki sesuatu kawasan yang kita belum kenal sepenuhnya. Kita juga perlu menjaga flora dan fauna. Buat kawan-kawan yang sama-sama menyertai Ekspedisi Gunung Stong, aku ucapkan selamat berjaya. Semoga Kita bertemu di ekspedisi, yang lainnya Perkongsian to Kisah SERAM the Ekspedisi the Mendaki Gunung Stong, Salah seorang peserta of …