Showing posts with label Terkedu. Show all posts
Showing posts with label Terkedu. Show all posts

Sunday, 21 June 2015

Kisah Benar Lelaki Misteri Belanja RM100 Setiap Jumaat Untuk Anak Tahfiz Buat Abg Ini Terkedu


Nota Editor: Kisah ini pada awalnya dipaparkan di Profil FB Abang Long, penulis buku Aku, Dia dan Rezeki. Beliau telah mendapat tahu satu rahsia daripada seorang peniaga yang baik untuk dikongsikan kepada para peniaga. Dengan izin beliau, The Vocket menukilkan semula kisah inspirasi beliau di sini. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada kisah ini.


#Aku kalah!

#Aku tewas!

#Setiap kali solat Jumaat.

#Kebiasaannya, suhu agak panas. Maka, sa-ya lebih suka meletakkan motor di bawah sebuah pohon rendang, hanya beberapa langkah dari masjid.

#Kali ini, sewaktu sa-ya sampai, sa-ya bertembung dengan seorang penunggang motor lagi. Menuju ke lokasi yang paling selesa untuk parkir.

Sunday, 24 May 2015

Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab.


Dr Miller

Lelaki ini terlalu taksub dengan matematik, dan sebab itulah dia lebih berpandukan kepada akal logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca Al-Qur'an untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh ambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian.

Beliau menyangka Al-Qur'an adalah sebuah buku lama yang ditulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercerita tentang padang pasir dan sebagainya.

Apa yang ditemuinya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum. Dia mendapati Al-Qur'an mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini.