Showing posts with label Seorang. Show all posts
Showing posts with label Seorang. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Cerita Sedih Seorang Isteri Semasa Mandikan Jenazah Suaminya

Ia merupakan kisah sedih dan menyayat hati seorang isteri ketika memandikan jenazah suami. Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suaminya, satu perkara yang jarang berlaku. Bagaimanapun ketika itu, bapa mertuanya dan pihak polis forensik tak benarkan.

Wanita berkenaan berkata sambil menangis-nangis…

“Ini janji kami berdua.Jika abang meninggal dulu, kamu (isteri) akan mandikan jenazah abang. Kalau kamu meninggal dulu,abang akan mandikan jenazah kamu.”

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apa yang berlaku. Ustaz jawab tak pe kalau isteri nak mandikan jenazah suaminya. Ustaz tadi dan beberapa orang temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.

Wednesday, 17 June 2015

Isu Adi Putra Diabai Kerajaan, Ini Jawapan Seorang Professor






Tergerak hati saya untuk membuat post ini adalah untuk menjernihkan suasana yang sudahpun keruh dilanda andaian politik sesetengah pihak. Tidak semena-mena sahaja, berita Adi Putra hangat diperkatakan semenjak dua tiga hari yang lalu, dan PERMATA pula menerima tempiasnya. Saya ingin berkongsi tulisan Pengarah PERMATA sendiri, Professor Noriah Mohd Ishak mengenai perkara ini.



**********

Wednesday, 27 May 2015

Betapa Besarnya Pahala Seorang Ibu Yang Melahirkan Anak

Hanya 5 peratus bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


Ibu Mithali

Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

80 peratus wanita mengalami sindrom 'Baby Blues' semasa 2 minggu pertama selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

Kisah Seorang Pengutip Sampah Jadi Model Iklan

Pengutip Sampah Jadi Model Iklan






Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali inilah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan nasib seorang pengutip sampah yang berubah menjadi model iklan kerana kejujurannya.



Ana dos Santos Cruz, 23, terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah 10 jam setiap hari di Barrestos, dekat Sao Paulo di selatan Brazil untuk menyara diri dan anak lelaki berusia 3 tahun.



Namun nasibnya berubah selepas menemui sampul surat yang mengandungi sekeping cek di dalam sebuah plastik hitam.



Cek yang bernilai ?£52,000 (RM198,000) yang ditemuinya itu adalah untuk didermakan kepada Barrestos Cancer Hospital.



Ana kemudiannya bertindak memulangkan semula cek tersebut kepada pengarah hospital berkenaan pada keesokan harinya.




Monday, 25 May 2015

Dua Maut, Seorang Parah Apabila Kren Yang Digunakan Semasa Bekerja Terkena Wayar Elektrik Bervoltan Tinggi


BIDOR: Gara-gara kren yang digunakan untuk kerja memindahkan paip air tersentuh wayar elektirik bervoltan tinggi, dua orang lelaki warga tempatan maut makanakala seorang lelaki warga Bangladesh cedera parah.
Kejadian tersebut berlaku di Kampung Tanah Mas, Bidor, Perak, pada pukul 11.41 pagi semalan di mana kedua mangsa maut di tempat kejadian bersebelahan kenderaan mereka.

Semasa kejadian, kerja-kerja pemindahan paip milik Lembaga Air Perak sedang dijalankan betul-betul di bawah wayar bervoltan tinggi tersebut.

Kisah Seorang Gengster Ingin Berubah Kerana Anak


Seorang doktor yang pakar dalam tatu menganggarkan bahawa kira-kira 50 peratus daripada mereka yang mencach tatu kemudian menyesal membuatnya. 

Bryon Widner adalah seorang rakyat Amerika yang mempunyai tatu di seluruh badannya dari mukanya hingga ke hujung jari kaki. Beliau pernah dikenali sebagai salah satu supremasi kulit putih yang paling ganas di Amerika Syarikat. Bryon Widner mempunyai tatu di seluruh muka dan badan untuk menunjukkan kebencian beliau.

Widner berkahwin dan mempunyai seorang anak tetapi apabila anak itu membesar, bayi itu merasa takut pada tatu mukanya, malah Winder telah ditolak bekerja di mana-mana kedai-kedai , restoran, bank dan banyak tempat. Beliau seolah mempunyai surat benci dicap seluruh Knuckles. Bryon Widner adalah bekas pengasas Gang Vinlanders bagi Skinheads pada usia mudanya. 

Sunday, 24 May 2015

Terkejut RM1000 Terselit Di Wiper Kereta Selepas Bantu Seorang Wanita Misteri di RnR Temerloh

RM1000 Terselit Di Wiper Kereta Selepas Bantu Wanita Misteri






Menjadi viral dilaman sosial semalam kisah seorang pelajar IPTA bernama Rashidah yang berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian pelik semasa berada di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) sewaktu dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.



Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala dan lapar.



Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel.

Friday, 22 May 2015

HANCUR LULUH HATI SEORANG SUAMI APABILA LIHAT SENDIRI PERANGAI SEBENAR ISTERI !

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.





KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Wednesday, 20 May 2015

Kisah hidayah seorang pelacur




Seorang sahabiyah, Khanza R.ha, dari ke empat anaknya, bapaknya, pamanya, telah pergi di jalan Allah SWT. Maka apabila semuanya kembali dari medan pertempuran, telah diberitahu kepadanya bahwa anak-anaknya telah gugur syahid di jalan Allah. Tetapi dia malah bertanya keadaan Rasullullah SAW.

Diberitahu lagi bahwa bapaknya juga telah syahid, dan dia tetap bertanya, “Bagaimana dengan keadaan Rasulullah ?”. Lalu diberitahu lagi pamannya telah syahid, dia tetap bertanya keadaan Rasulullah SAW. Begitu melihat Rasullah SAW dia berkata, “Demi bapak dan ibuku, setiap aku melihat Rasulullah SAW, maka semua kesusahan dan kesedihan menjadi hilang.”Ini adalah contoh semangat dan kecintaan para wanita terhadap agama.

Friday, 15 May 2015

VIDEO KAMERA CCTV MERAKAM AKTIVITI TIDAK BERMORAL SEORANG LELAKI YANG TIDAK DIKENALI




VIDEO KAMERA CCTV MERAKAM AKTIVITI TIDAK BERMORAL SEORANG LELAKI YANG TIDAK DIKENALI | Sebuah Video Yang Diupload dalam youtube mendapat perhatian orang ramai gara-gara gangguan seksual seorang lelaki yang tidak dikenali. 



Seorang wanita tidak menyedari kehadiran lelaki tersebut pada ketika itu sedang menunduk dan lelaki tersebut telah melakukan sesuatu terhadapnya.


Wednesday, 13 May 2015

Luahan Pilu Seorang Guru Mengandung 8 Bulan Dicerai Kerana Tinggal Berjauhan!





Assalamualaikum, disini saya ingin ceritakan kisah pahit yang saya lalui sebagai guru. Saya berkahwin pada akhir Nov 2013 selepas itu saya bertugas pada Feb 2014. Dalam tempoh tersebut saya tidak dapat tinggal berasingan bersama suami, tambah pula masalah ayah mertua yang mengalami sakit ‘stroke’. Impian saya tidak kesampaian. 



Suami bekerja sebagai penjawat awam mengambil keputusan bekerja ulang alik dari kuala lumpur ke ipoh dan dari ipoh ke kuala lumpur setiap hari atas sebab menjaga ayah mertua yang sakit, perjalanan dengan menaiki bas. Dia bangun pada jam awal jam 3 pagi dan pulang pada lewat jam 10 malam. Saya sanggup mengantar dan mengambil suami dari hentian bas kerana ingin luang sedikit masa tersisa dengan suami walau keadaan saya sedang mengandung.


Monday, 11 May 2015

Inilah Jadinya Apabila Seorang Ibu Sukar Membezakan Anak Kembar 4



Di China, terdapat seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun memiliki empat orang anak kembar. Dirinya telah mencetuskan idea unik apabila bertindak mencukur rambut bagi membentuk angka di setiap kepala anaknya.

Jika kita mempunyai anak kembar, sudah pastinya orang yang melihat akan keliru yang mana satu abangnya, yang mana satu pula adiknya. Tambah lagi, yang mana keluar dulu, yang mana keluar kemudian. Melihat masalah ini, seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun mencetuskan sebuah solusi yang dianggapnya paling efektif. Ia mencukur keempat rambut anaknya berbentuk angka, sesuai dengan urutan usia, dari angka 1 sampai 4.

Daripada yang tua sampai termuda, Jiang Yunlong (1), Jiang Yunxiao (2), Jiang Yunhan (3) dan Jiang Yunlin (4)

Keadaan ini tentu saja menjadi buah mulut di internet. Foto kelucuan empat bersaudara ini mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Meski banyak yang mentertawakan kerana di luar kelaziman, namun keempat anak itu tidak peduli. Sama dengan keinginan orang tua mereka, hal terpenting bagi Yunlong, Yunxiao, Yunhan dan Yunlin adalah bersekolah dan mendapat pendidikan yang baik.

Tan Chaoyun, memutuskan memberi nombor di kepala anak-anaknya agar mudah membezakan mereka.


Sunday, 10 May 2015

(5 Gambar) Seorang Gadis Bertukar Sungguh Cantik Selepas Berjaya Turunkan Berat Badan Berikutan Dihina??!!




Seorang gadis telah menjadi bahan jenakan oleh orang sekelilingnya sehingga dia berazam untuk berubah menjadi kurus. Berikutan menjadi cacian pelbagai pihak, gadis ini yang dikenali sebagai Amy Gordon telah membuat perubahan yang mengejutkan orang ramai sehingga ada yang tidak mengenalinya.



Friday, 1 May 2015

Pelik! Mengapa Sekolah Ini Hanya Mempunyai Seorang Murid?

Mungkin ada sesetengah daripada kita menganggap sekolah ini tidak dikira pelik biarpun hanya mempunyai seorang murid. Bagaimanapun ia sangat unik dan menjadi persoalannya mengapa hanya seorang murid sahaja yang bersekolah di situ.
Jika di Malaysia, rasanya ia tidak berlaku di sekolah-sekolah kerajaan mahupun swasta. Jika adapun, ia lebih dari angka yang sepatutnya. Jom lihat gambar di bawah ini.

sekolah2

sekolah1

Hu Yang, 8 tahun, pergi ke sekolah setiap hari, apa yang menyedihkan ialah dia adalah satu-satunya pelajar di sekolah rendah di Provinsi Fujian, China. Pada tahun 2005 sekolah ini mempunyai 80 orang pelajar tetapi mereka meninggalkan sekolah dan mengikut atau membantu ibu bapa mereka dalam mencari pekerjaan akibat kemiskinan hidup. Sekarang, Hu Yang diajar oleh 2 orang guru setiap hari.

Tuesday, 28 April 2015

Seorang Pekerja Biasa Sertai Mesyuarat Barack Obama



Pekerja Biasa Sertai Mesyuarat Barack Obama





Seorang Pekerja Biasa Tersilap Sertai Mesyuarat Barack Obama | SEORANG pekerja di Pengawal Udara Negara, Utah kebingungan apabila berada di dalam bilik mesyuarat bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama serta beberapa pegawai tertinggi negara itu.





Lance Futch, 26, menyangka dia akan mendengar ucapan daripada Obama tentang mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan veteran tetapi dibawa bersama ke dalam mesyuarat itu.





“Saya dimaklumkan bahawa ia merupakan perjumpaan kasual dan tidak rasmi.





“Pada ketika itu apa yang terlintas di fikiran saya ialah Komander pasti akan memarahi saya kerana perkara ini dan saya sepatutnya tahu tentang perkara ini,” kata Futch.





Pereka di syarikat Vivint Solar itu juga percaya pemilihan pakaiannya ketika itu mungkin tidak menarik perhatian Presiden.





“Semasa Presiden Barack Obama memasuki bilik mesyuarat, dia memandang pakaian saya dan fikir saya sepatutnya memakai pakaian seragam atau sekurang kurangnya memakai sut,” tambahnya lagi.





Seorang wakil syarikat menerangkan pihaknya menyangka seorang wakil perlu dihantar sebagai seorang penonton semasa majlis ucapan tetapi sebenarnya pihak presiden meminta seorang wakil untuk menyertai mesyuarat tersebut.





“Kami sepatutnya menghantar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebagai wakil sebaliknya menghantar seorang kawan kerana salah faham yang berlaku,” kata wakil syarikat itu.





Gambar Futch menghadiri mensyuarat itu dengan berpakaian baju polo putih Vivint Solar tersebar luas di laman sosial.





Malang bagi Futch apabila bahagiannya di dalam gambar telah dipotong apabila pihak Tentera Udara mengeluarkan gambar rasmi mesyuarat tersebut lapor Mstar.

Sunday, 26 April 2015

Situasi Sebenar Apabila Menjadi Seorang Ibu

Apabila melangkah ke alam keibuan, sudah semestinya ramai yang akan terbayang-bayang keseronokannya apabila bermain-main bersama si kecil tersayang.



Tapi sedarkah anda apakah situasi sebenar yang bakal dihadapi oleh seorang ibu?








#1 Latihan tidur






#2 Pencapaian terbaru buat anda kerana dapat mempelajari teknik mengambil barang cara baru.






#3 Anda tidak lagi hot seperti dulu






#4 Ruang tidur anda diambil oleh anak anda






#5 Multi task semasa memandu






#6 Pengalaman baru buat anda 






#7 Mengantuk






#8 Tiada lagi malam yang romantik buat anda






#9 Breastfeed di tempat umum adalah pengalaman yang mengerikan






#10 Andalah yang akan menguruskan semua perkara jika ingin keluar makan angin bersama keluarga






#11 Oh bersepahnya rumah!






#12 Anda tidak sempat untuk kemaskan diri anda

p/s: Bukan semua orang akan mengalaminya. Sebenarnya, jika pengurusan sesebuah keluarga itu betul, saya pasti anda semestinya memiliki kehidupan yang sangat indah bersama keluarga tersayang. Anggap saja ini adalah rencah kehidupan yang bakal memberikan anda senyuman apabila teringat masa-masa lampau nanti.

Friday, 17 April 2015

Satu-satunya Bank Yang Hanya Memiliki Seorang Pekerja

Seorang lelaki yang menguruskan sebuah bank koperasi telah memastikan pengurusan kewangan penduduk sebuah kampung berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dengan cara yang tersendiri.





Lelaki itu yang berasal dari Jerman, Peter Breiter, 41, merupakan seorang pengurus bank yang luar biasa kerana dia tidak mengharapkan sebarang bonus yang besar, instrumen kewangan yang canggih dan tawaran kewangan berjuta ringgit.

Dia yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu berasa cukup bahagia dengan hanya menulis setiap transaksi keluar masuk kewangan dengan tangannya sendiri untuk 500 orang penyimpan di Gammesfeld, Jerman.

"Mengapa saya perlu menggunakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik?" Mesin wang itu menelan belanja yang tinggi" kata seorang pelanggan, Friedrich Feldman.

Feldman berkata demikian ketika ditemui di sebuah bilik menunggu bersaiz kecil di bank tersebut. Dia hanya datang ke bank itu seminggu sekali untuk mengeluarkan wang.

Bank koperasi Raiffeisen Gammesfeld yang terletak di selatan Jerman itu merupakan salah sebuah daripada 10 buah bank terkecil. Ia merupakan satu-satunya bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja.