Showing posts with label tanpa. Show all posts
Showing posts with label tanpa. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Ganjilnya Ayam Menetas Tanpa Sehelai Pun Bulu

Pelik apabila seekor ayam yang menetas tanpa sehelai bulu pun di China. Tak tau la nak kata nasib malang atau nasib baik. Nasib malang bagi ayam tersebut la togel bogel, tapi nasib baik bagi manusia senang masak tak perlu dah nak cabut bulu hehee..

Ganjilnya Ayam Menetas Tanpa Sehelai Pun Bulu

Ayam yang digelar Mr Feather (Ha Mao dalam Bahasa Cina) itu lahir tanpa sehelai bulu pun. Dogol sedogolnya..

Pemiliknya, Lao Yin berkata, "Saya mula menyedari ia berbeza selepas hari yang ke 10 selepas ayam ini menetas, yang lain berbulu, manakala yang ini lahir tanpa bulu."

Thursday, 21 May 2015

Misteri Enchated River, Sungai Tanpa Dasar!

Terletak di mindanao di Filipina, sebuah sungai yang jenih dan indah, sering menjadi pusat riadah orang ramai yang di panggil "enchated river" kerana misteri sungai ini aliran airnya tanpa sumber (tanpa hulu sungai) dan dikatakan juga sungai ini tanpa dasar.




Enchated River [6]

Friday, 15 May 2015

SEMASA!! GAMBAR SELFIE TANPA PAKAIAN PEREMPUAN BERUMUR 13 TAHUN TERSEBAR




SEMASA!! GAMBAR SELFIE TANPA PAKAIAN PEREMPUAN BERUMUR 13 TAHUN TERSEBAR | Kisah ini sememangnya telah viral di laman sosial Facebook. Gara-gara terpengaruh dengan media sosial, seorang remaja perempuan berumur 13 tahun telah menghantar gambar b0gel kepada kenalan alam maya yg beliau belum pernah bertentang mata pun. Perbuatannya ini sememangnya telah memalukan nama keluarga mereka.


Tuesday, 12 May 2015

(4 GAMBAR) MEREKA INILAH REMAJA MASA KINI YANG TANPA SEGAN SILUNYA MENJATUHKAN MARUAH DIRI SENDIRI!!





(4 GAMBAR) MEREKA INILAH REMAJA MASA KINI YANG TANPA SEGAN SILUNYA MENJATUHKAN MARUAH DIRI SENDIRI!! | Rasa sedih ada, nak marah pun ada malah lagi banyak bila tengok cara budak-budak sekarang yang makin menipis rasa malu. Jika sebelum ini ada videoremaja baru nak akil baligh dah pandai luahkan sayang melangit pada kekasih,sejak akhir-akhir ini makin ramai pula menggunakan gambar untuk berkongsi perkara serupa...



Yang tak tahan tu, paparkan gambar mencium kekasih lepas itu siap minta didoakan semoga hubungan mereka kekal. Apa kejadahnya campur adukkan doa dengan perkara maksiat dik? Mustahil asas agama pun tak tahu, kan....


Sunday, 10 May 2015

GILA!!! 10 Festival Tanpa Pakaian Paling Popular di Seluruh Dunia


Berbogel..selalunya dalam bilik mandi... sorang-sorang je... Tapi di luar negara, Lain pula ceritanya, bila sampai satu tahap... sudah hilang rasa malu.. Semua sanggup berbogel dalam satu acara festival yang melibatkan ratusan malah ribuan mata memandang...

Jadi Jom selongkar antara 10 Festival terkemuka dunia yang melibatkan orang separuh bogel dan berbogel... Check it out...

Graphic Warning 18SX





10. No Pants Subway Ride





Acara yang bermula hanya dengan gurauan ini telah menjadi satu trend di sekitar bandar-bandar di dunia termasuk Amsterdam, Paris, London, Milan, Lisbon, Warsaw, Helsinki, Toronto, Hong Kong, Beijing, Shanghai, Bangalore, Bandar Raya Mexico, Brisbane dan juga Istanbul. 




9. Spencer Tunick's Installations


http://selongkar10.blogspot.com/2014/02/10-festival-tanpa-pakaian-terkenal-di.html
Spencer Tunick telah mendokumenkan orang telanjang di khalayak ramai sejak tahun 1992 sebelum menubuhkan photoshoot gergasi yang pertama pada tahun 2003melibatkan 500 sukarelawan telanjang dalam Selfridges jabatan kedai di London.



Sejak itu, beliau telah menjadi terkenal dengan gambar bogel di seluruh dunia termasuk 7,000 orang telanjang di Barcelona, ??beratus-ratus wanita di Grand Central Terminal NYC dan beberapa 18,000 lelaki dan sukarelawan wanita di Mexico City Plaza de la Constitución.

Saturday, 9 May 2015

(24 GAMBAR) WAJAH SELEBRITI BOLLYWOOD TANPA MAKEUP YANG PASTI AKAN MENGEJUTKAN ANDA




(24 GAMBAR) WAJAH SELEBRITI BOLLYWOOD TANPA MAKEUP YANG PASTI AKAN MENGEJUTKAN ANDA | Sememangnya selebriti boolywood sungguh mempersonkan terutama bagi mereka yang sungguh meminati filem bollywood. Pelakon dan lakonan juga tidak menghampakan dan wajah yang mempersonakan. Namun bagaimana pula wajah mereka tanpa mekup. Layan.





Thursday, 7 May 2015

GAMBAR TANPA SEURAT BENANG PENYANYI INDON DEWI CINTA TERSEBAR





GAMBAR TANPA SEURAT BENANG PENYANYI INDON DEWI CINTA TERSEBAR | Penyanyi dari negara seberang, Dewi Cinta telah menjadi bahan bualan hangat ketika ini selepas foto seorang wanita bogel yang didakwa mirip penyanyi berkenaan.



Menurut laporan detikHot, terdapat beberapa foto tanpa seurat telah tersebar dan diantaranya foto yang menampakkan seorang wanita ‘berpose’ di hadapan cermin di dalam tandas dan satu lagi foto seorang wanita yang dikatakan mirip Dewi dilihat hanya memakai coli berwarna hitam.



Bukan itu sahaja, malah terdapat juga foto bogel Dewi bersama rakannya di tab mandi.



Wednesday, 6 May 2015

Rahsia Mancungkan Hidung Tanpa Pembedahan Plastik

Pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan bentuk dan saiz hidung, tetapi tidak yakin atau berani melakukan pembedahan, kini muncul cara lebih mudah dan tidak menyakitkan yang mungkin anda harus mempertimbangkan dengan "Nose Secret".


Ciptaan Korea terdiri daripada "sepasang splin melengkung dan selesa yang anda ahanya perlu meletakkannya di tepi bahagian dalam setiap lubang hidung untuk membuatkan hidung anda kelihatan lebih sempit dan lurus, serta-merta. Splin ini mewujudkan tekanan yang lembut, mengangkat bahagian atas hidung dan merapatkan hidung. Ini menghasilkan "penampilan lebih halus pada bahagian hidung" dan " lebih baik daripada ciri-ciri wajah."

Splin tidak dapat dilihat setelah dimasukkan ke dalam lubang hidung, dan ia juga tidak akan belaku perubahan dramatik kepada bentuk dan saiz hidung anda. Nose Secret seolah-olah direka bagi mereka yang ingin, hidung yang lebih tinggi lebih tajam, yang sangat didambakan oleh orang Asia. Ia juga mampu 'meluruskan hidung bengkok', dan 'meningkatkan keindahan hidung etnik (Asia, Afrika Amerika, Hispanik, dan lain-lain) '.


4 GAMBAR AWEK PROMOTER TANPA PAKAIAN KETIKA PROMOSI IPHONE DI PLAZA IT TERKENAL DI IBU NEGARA



4 GAMBAR AWEK PROMOTER TANPA PAKAIAN KETIKA PROMOSI IPHONE DI PLAZA IT TERKENAL DI IBU NEGARA



Monday, 4 May 2015

WANITA-WANITA DI SHOW MOTOR CHINA INI DILUKIS TUBUHNYA TANPA MEMAKAI PAKAIAN




WANITA-WANITA DI SHOW MOTOR CHINA INI DILUKIS TUBUHNYA TANPA MEMAKAI PAKAIAN | Wanita-wanita Di Show Motor China Ini Dilukis Tubuhnya Tanpa Memakai Bra!..jom lihat..Cekidot..



Saturday, 2 May 2015

15 Punca Anak Menangis Tanpa Sebab

Selalunya anak-anak kecil sering menangis tanpa sebab hinggakan kita mati akal dan tertanya-tanya apakah salah kita terhadap mereka.



Anak-anak ini sangat unik kerana mereka mempunyai satu perasaan yang cukup menarik perhatian.



Ini adalah antara sebab-sebabnya mereka menangis. Mungkin selepas ini, ibu bapa boleh cari idea bagaimana untuk mengatasinya. Hehehe. :)






Sunday, 26 April 2015

Kini Lampu Boleh Dinyalakan Tanpa Wayar

Simon Morris sangat obses tentang sains. Sejak dari umur 16 tahun, dia sering mengimpikan untuk memliki papan legar.



Akibat daripada keobsesannya itu, membuatkan beliau untuk melibatkan diri dengan eksperimen-eksperimen yang berkaitan dengan magnet.



Antara eksperimen lain yang turut dicuba, termasuklah teori tanpa wayar Nikloa Tesla, dimana selepas daripada eksperimen ini, lahirnya produk Flyte.



Flyte, merupakan rekaan lampu yang terapung untuk kegunaan rumah dan juga pejabat. Ia agak unik kerana digabungkan dengan 2 teknologi iaitu, apungan magnetik dan juga induksi.



Umum, dunia sains mengetahui bahawa kedua-dua teknologi ini banyak kekangan yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja yang ingin mencubanya. Tetapi, jelas sekali Simon telah berjaya mengatasinya.



Dengan kewujudan Flyte ini, ia secara tidak langsung membuatkan pembelajaran sains itu semakin menarik. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang sering berfantasikan karpet terbang Aladin.

















Sumber: Kickstarter

Tentera Jepun tanpa kepala...

                                    


KALAU anda ke Kuala Kubu Bharu, Selangor, saya cadangkan anda bermalam di sebuah banglo lama yang terdapat di situ. Cubalah rasai pengalaman misteri yang dikatakan sering berlaku di situ.
Mungkin anda akan melihat apa yang akan saya ceritakan kali ini.



Untuk pengetahuan anda, banglo itu letaknya di lereng bukit, berhampiran pekan Kuala Kubu Bharu. Suatu ketika dahulu, ia dijadikan rumah tumpangan untuk pegawai-pegawai kerajaan dan dijaga oleh seorang pengawal keselamatan, Abdul Razak Musa. Razak tinggal bersama keluarganya di rumah pekerja, berhampiran banglo tersebut.



Sepanjang menjalankan tugasnya bermula pertengahan 1970-an, Razak dan keluarganya sering melihat jelmaan serta bunyi-bunyi pelik di sekitar kediaman itu.



Lewat malam, Razak pernah terdengar bunyi tetamu datang. Pintu pagar ditolak dan digoyang, dapat didengarnya dengan jelas. Bagaimanapun, apabila Razak keluar untuk membuka pintu pagar, didapatinya tiada sesiapa di situ.



Selang beberapa malam, isterinya melihat sekumpulan askar Jepun tanpa kepala berkawad masuk ke kawasan banglo sebelum hilang di hadapan pintu rumahnya. Jelmaan tentera Jepun ini turut dilihat oleh anak perempuan Razak.



Pada waktu lain mereka terdengar bunyi sekumpulan tentera berkawad, kelibat-kelibat hitam mundar-mandir dan lampu di dalam banglo terbuka serta tertutup dengan sendiri. Bunyi pintu dibuka dan ditutup juga sering didengar.



Kini Razak tidak lagi bekerja di situ. Banglo tersebut terbiar begitu saja dan dipenuhi semak-samun.



Untuk makluman anda, banglo itu asalnya kediaman jurutera Inggeris. Bagaimanapun, tentera Jepun kemudian merampas banglo tersebut dan menjadikannya sebagai markas. Pelbagai penyeksaan dan peristiwa ngeri berlaku di dalam banglo berkenaan.



Selepas pemergian Jepun, banglo itu diduduki semula. Namun, tiada siapa yang mampu tinggal di situ lebih daripada dua malam kerana tidak sanggup diganggu pelbagai jelmaan menakutkan.





Kisah banglo terbiar ini pernah disiarkan oleh majalah Infiniti, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. pada Ogos 2009.



Seorang kenalan bernama Azri pernah bercerita kepada saya sebuah kisah misteri. Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia masih di sekolah rendah.



Menurut Azri, semasa cuti sekolah, dia tinggal di banglo bapa saudaranya di utara tanah air. Banglo itu merupakan bekas kediaman pegawai Inggeris pada zaman penjajahan dahulu.



Suatu malam, Azri berbaring sendirian di ruang tamu banglo tersebut. Sekitar pukul 12.00 malam, Azri tiba-tiba terdengar bunyi seperti orang memasak di dapur. Bunyi orang menggoreng, membuat air di dalam teko, pinggan mangkuk disusun dan dicuci kedengaran jelas. Anehnya, dapur banglo itu gelap gelita.





BAYANGAN



Tidak lama kemudian, bayangan seseorang berpakaian kemas serta membawa beg bimbit melangkah turun dari bilik di tingkat atas, menuju ke bawah.



Bayangan itu pergi ke pintu depan dan berhenti di situ. Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita dari arah dapur. Mereka berbual sesuatu sebelum lelaki itu keluar menembusi pintu depan yang tertutup rapat. Bunyi enjin kereta kedengaran dan kemudian keluar dari halaman rumah.



Sepanjang peristiwa itu, Azri hanya mematikan diri di atas sofa. Badannya menggigil kerana dia tahu, itu bukan manusia.



Apabila Azri menceritakan apa yang berlaku, bapa saudaranya hanya tersenyum dan berkata, sebenarnya lebih pelik daripada itu pun telah disaksikannya!



Sebagai wartawan, kes-kes sebegini sudah sering saya dengar. Lebih-lebih lagi di rumah yang terbiar kosong selepas kematian pemiliknya. Di rumah yang pemiliknya membunuh diri atau dibunuh, situasinya lebih menggerunkan. Ada orang yang melihat si mati mundar-mandir di dalam rumah, jelmaan si mati tergantung dan suara jeritan.



Para pengkaji paranormal Barat mengkategorikan jelmaan ini sebagai sisa-sisa entiti (Residual entity). Sisa entiti ini bermaksud jelmaan seseorang yang sering dilihat di sesuatu premis, sering kali berwarna hitam, separuh telus, berkabus serta berasap. Bagaimanapun, ada juga yang menyaksikannya jelas menyerupai imej orang yang pernah tinggal di premis tersebut.



Jelmaan ini bergerak seperti manusia yang masih hidup. Ia berjalan menaiki tangga, berdiri di dapur, mundar-mandir di dalam bilik, berlari dan sebagainya.



Melalui kajian mereka, pengkaji paranormal Barat mendapati apa yang disaksikan itu bukannya hantu. Ia sebaliknya ulang tayang kejadian yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.



Lebih jelas lagi, kejadian itu telah dirakam oleh sesuatu di dalam premis berkenaan, kemudian diulang tayang semula pada waktu-waktu tertentu. Sifatnya seperti pita kaset dan pemain cakera padat.



Pelik bunyinya, bukan? Tentu juga anda bertanya, apakah objek yang telah merakam kejadian itu? Jangan terperanjat, sebenarnya pelbagai objek, baik dinding mahupun perabot, adalah objek yang boleh merakam sesuatu kejadian. Paling kuat daya rakamannya adalah air.



Fenomena ini dipanggil Stone tape theory. Ia bermaksud sesuatu itu dirakam oleh suatu objek lain yang tidak bernyawa. Teori yang diperkenalkan pada 1970-an ini menyatakan, benda-benda yang tidak bernyawa mempunyai keupayaan untuk menyerap beberapa jenis tenaga yang berasal daripada benda hidup.



Lebih mudah difahami, kalau suara boleh dirakam, begitu juga dengan visual kehidupan seharian kita. Rakaman itu berlaku ketika tercetusnya keadaan-keadaan tegang seperti tragedi pembunuhan atau insiden cemas yang mengancam nyawa.



Teori ini seterusnya menyatakan, emosi adalah suatu bentuk tenaga. Apabila berlaku insiden mencemaskan, emosi yang dilepaskan oleh seseorang itu adalah begitu kuat, hinggakan barang-barang yang terdapat di sekitar tempat kejadian seperti dinding dan perabot dapat menyerap serta merakam visualnya.



Rakaman itu akan terpendam di dalam objek-objek tersebut dan pada waktu tertentu, ia dipindahkan kepada orang yang berada di sekitarnya.



Pelik? Begini... setiap manusia mempunyai medan psikik yang tersendiri. Lain orang, lain tahap medan psikik mereka. Sebab itu kita sering mendengar, ada orang boleh merasai serta melihat entiti dan dapat ‘melihat’ apa yang bakal berlaku, sedangkan orang lain tidak.



Apabila berada di sesuatu tempat yang telah merakam suatu insiden, medan psikik seseorang itu secara tidak disedari telah ‘menangkap’ rakaman tersebut. Ia umpama keupayaan kita menemui gelombang siaran televisyen.



Rakaman insiden itu kemudian tertayang di hadapan mata si penerima seperti menonton sebuah wayang.



Oleh kerana itu, ada insiden yang rakamannya tidak dapat dilihat kerana cepat hilang. Sedangkan, ada insiden yang rakamannya mampu bertahan bertahun-tahun lamanya.