Showing posts with label Wiper. Show all posts
Showing posts with label Wiper. Show all posts

Sunday, 24 May 2015

Terkejut RM1000 Terselit Di Wiper Kereta Selepas Bantu Seorang Wanita Misteri di RnR Temerloh

RM1000 Terselit Di Wiper Kereta Selepas Bantu Wanita Misteri






Menjadi viral dilaman sosial semalam kisah seorang pelajar IPTA bernama Rashidah yang berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian pelik semasa berada di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) sewaktu dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.



Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala dan lapar.



Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel.