Enam jasad manusia terbaring di dasar tasik di Oklahoma selama lebih dari 40 tahun. Tak ada menyedarinya sehinggalah seorang pegawai peronda menemui dua kereta tua berkarat yang mengandungi jasad mereka.
Kini misteri ini menanti untuk diselesaikan: bagaimana 3 remaja dan 3 orang lain menghilang lebih dari dekad lalu?
Penemuan itu sama sekali tak terduga. Pada awalnya, pegawai peronda lebuhraya menguji peralatan sonar mereka di Tasik Foss, berhampiran Elk City, Oklahoma, Jumaat lalu. Alat mereka 'mengesan' benda misteri di dasar tasik, yang ditemui sebagai kereta Camaro keluaran 1969 dan Chevrolet pengeluaran 1950-an. Dalam keadaan berkarat.
Yang lebih mengejutkan, di dalam Camaro terdapat 3 jasad yang diduga remaja setempat yang hilang selepas perjalanan menaiki kereta pada 1970. Di dalam Chevrolet lain juga mengandungi 3 jasad - yang diduga sebagai seorang lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang di akhir 1950-an atau 1960-an.
Polis mengatakan, Camaro yang dijumpai sesuai dengan keterangan kenderaan yang dikaitkan dengan kehilangan 3 remaja yang hilang pada 10 November 1970. pegawai juga mengesahkan identiti sekurang-kurangnya satu korban, meski detail lengkap belum diungkap.
Laporan terkini dari stesen televisyen tempatan, KFOR, di petik dari Daily Mail, polis akan mengumumkan kepastian identiti mangsa setelah terlebih dahulu memberitahukannya pada keluarganya.
Hilang Tanpa Jejak

