Showing posts with label Pesawat. Show all posts
Showing posts with label Pesawat. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

Misteri UFO Memburu Pesawat Udara

Pada 4 Jun 2013, sebuah pesawat Boeing 757 milik China Airlines sedang dalam penerbangan dari Chengdu ke Guangzhou bila tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang kuat di bahagian kepala pesawat.


Ufo hunting planes

Sebaik sahaja kedengaran bunyi tersebut, pesawat mula terbang dengan tidak stabil. Untuk keselamatan penumpang serta kakitangan, pesawat terbabit berpatah balik ke Chengdu.

Selepas ia mendarat, bahagian hadapan pesawat didapati telah remuk. Para penyiasat menolak kemungkinan ia disebabkan terlanggar burung. Ini kerana, jika terlanggar burung, biasanya akan ada kesan darah, bulu serta cebisan badan burung. Mereka percaya pesawat ini telah berlanggar dengan sebuah objek yang sedang terbang!


Boeing 757 by China Airlines

Bahagian depan pesawat Boeing 757 China Airlines yang remuk.

Yang biasanya terdapat di udara hanyalah kapal terbang, helikopter, burung, belon dan UFO!

Semua pesawat komersial dan tentera, terbang pada arah dan ketinggian yang telah ditetapkan. Jadi, tidak akan berlaku sebarang perlanggaran. 

Jika altimeter atau meter yang menunjukkan ketinggian pesawat sedang terbang rosak, pusat kawalan trafik udara akan memaklumkan pada juruterbang kerana mereka dapat mengesannya pada radar kawalan udara bila ketinggian pesawat berubah.

Sementara semua pesawat udara mematuhi peraturan penerbangan, UFO pula tidak terikat dengan undang-undang ini, maka risiko akan berlaku perlanggaran adalah tinggi. Akan tetapi jika UFO dibawah kawalan suatu sistem yang canggih, ia dapat mengelak tragedi ini.

Monday, 25 May 2015

Jom Tengok Tempat Tidur Pramugari Dalam Pesawat


Bukan hanya pelancong sahaja yang perlu untuk merehatkan kepala mereka semasa penerbangan jarak jauh. Anak-anak kapal juga perlu mengambil sedikit masa untuk merehatkan diri mereka. Tetapi anda pasti tertanya-tanya di mana mereka pergi pada masa rehat mereka? 

Kawasan rehat crew anak kapal di letakkan di tempat yang terbatas pada dalam pesawat 
Bahagian rehat kakitangan pekerja syarikat penerbangan berbeza-beza. Ada yang menawarkan tawaran yang lebih mewah untuk pekerja penerbangan dan sistem hiburan. 

Bahagian rehat tersembunyi di dalam petak di bahagian atas kapal terbang, atau bahagian yang ditutup di kabin utama yang sama seperti penumpang biasa.

Saturday, 2 May 2015

Memang Pelik Apabila Sebuah Pesawat Yang Terbang Dan Hilang Selama 35 tahun Mendarat Kembali.






Kisah ini berlaku pada 4 september 1945,apabila pesawat yang memuatkan seramai 92 penumpang dan anak kapal di katakan telah hilang di langit Atlantik,berita ini benar-benar menggemparkan seluruh dunia.



Misteri kehilangan pesawat yang di katakan hilang pada tahun 1945 menjadi lebih gempar apabila pesawat tersebut telah mendarat semula pada 12 Oktober 1980 di Porto Alegre,Brazil.yang mana pada masa itu menara kawalan langsung tidak menerima  apa-apa isyarat dan pemberitahuan di menara kawalan Lapangan Terbang tersebut.