Showing posts with label Udara. Show all posts
Showing posts with label Udara. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

Misteri UFO Memburu Pesawat Udara

Pada 4 Jun 2013, sebuah pesawat Boeing 757 milik China Airlines sedang dalam penerbangan dari Chengdu ke Guangzhou bila tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang kuat di bahagian kepala pesawat.


Ufo hunting planes

Sebaik sahaja kedengaran bunyi tersebut, pesawat mula terbang dengan tidak stabil. Untuk keselamatan penumpang serta kakitangan, pesawat terbabit berpatah balik ke Chengdu.

Selepas ia mendarat, bahagian hadapan pesawat didapati telah remuk. Para penyiasat menolak kemungkinan ia disebabkan terlanggar burung. Ini kerana, jika terlanggar burung, biasanya akan ada kesan darah, bulu serta cebisan badan burung. Mereka percaya pesawat ini telah berlanggar dengan sebuah objek yang sedang terbang!


Boeing 757 by China Airlines

Bahagian depan pesawat Boeing 757 China Airlines yang remuk.

Yang biasanya terdapat di udara hanyalah kapal terbang, helikopter, burung, belon dan UFO!

Semua pesawat komersial dan tentera, terbang pada arah dan ketinggian yang telah ditetapkan. Jadi, tidak akan berlaku sebarang perlanggaran. 

Jika altimeter atau meter yang menunjukkan ketinggian pesawat sedang terbang rosak, pusat kawalan trafik udara akan memaklumkan pada juruterbang kerana mereka dapat mengesannya pada radar kawalan udara bila ketinggian pesawat berubah.

Sementara semua pesawat udara mematuhi peraturan penerbangan, UFO pula tidak terikat dengan undang-undang ini, maka risiko akan berlaku perlanggaran adalah tinggi. Akan tetapi jika UFO dibawah kawalan suatu sistem yang canggih, ia dapat mengelak tragedi ini.

Thursday, 30 April 2015

Pelik! Bagaimana Manusia Ini Boleh Terapung Di Udara ??

Jika di Bukit Bintang, sudah pasti anda akan teringat tentang manusia ‘emas’ dan ‘silver’ yang dilihat membuat aksi tersendiri. Aksi mereka turut dirakam oleh pengunjung yang berada di sana. Namun pernahkah anda melihat aksi orang terapung di udara?
Rasanya tiada setakat ini melainkan ia dilakukan dalam persembahan khas di acara pentas. Beberapa orang dilihat membuat pertunjukan terapung di kawasan orang ramai lalu lalang. Ada juga yang memberikan duit sebagai tanda penghargaan. Boleh lihat gambar di bawah ini.

terapung4

terapung5

terapung6


terapung1

terapung7



terapung2

terapung3

Wednesday, 29 April 2015

Rumah Aneh Ini Sangat Menakjubkan...Ianya Seakan Sedang Terapung-Apung Di Udara !!!


Menggunakan helah perspektif dan seni bina moden yang halus, arkitek Australia F2 telah membina rumah terapung mewah yang kelihatan seperti berada terapung di atas lautan Selatan Australia....


Ilusi ini tdari tidak akan menjadi jika kita meliht dari sudut yang lain selain dari jambatan untuk ke pintu masuk, tetapi bangunan ini masih lagi menarik. Dari sudut lain, ia kelihatan seperti bangunan itu dibina di atas tiang yang berada setinggi 40m (atau kira-kira 130 kaki) dari arah bawahnya....

Sebaik sahaja anda menyeberang ke arah jambatan bangunan itu, (dan dengan syarat anda tidak takut ketinggian), anda akan disambut dengan pemandangan yang menakjubkan Pantai Fairhaven dan Great Ocean Road di bawah....

Bangunan ini boleh disewa dengan harga antara 440 hingga 1.220 dollar Australia untuk satu malam. Ia pasti berbaloi untuk mereka yang mencari tempat percutian yang mewah!!!!