Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Sunday, 21 June 2015
7 Biji Kereta Paul Di 'Rembat' Kawan
#Seorang kenalan bintang Fast & Furious, Paul Walker telah mencuri tujuh buah kereta mewah milik mendiang.
#Pihak pengurusan harta peninggalan Paul mengambil tindakan undang-undang terhadap Richard Taylor kerana didakwa mengeluarkan kereta-kereta tersebut dari tempat simpanan secara haram.
#Taylor didakwa melakukan perbuatan tersebut kurang dari 24 jam selepas kematian Paul dalam kemalangan.
Tuesday, 26 May 2015
Misteri Penemuan 6 Rangka Dalam Kereta tenggelam Selama 40 tahun
Enam jasad manusia terbaring di dasar tasik di Oklahoma selama lebih dari 40 tahun. Tak ada menyedarinya sehinggalah seorang pegawai peronda menemui dua kereta tua berkarat yang mengandungi jasad mereka.
Kini misteri ini menanti untuk diselesaikan: bagaimana 3 remaja dan 3 orang lain menghilang lebih dari dekad lalu?
Penemuan itu sama sekali tak terduga. Pada awalnya, pegawai peronda lebuhraya menguji peralatan sonar mereka di Tasik Foss, berhampiran Elk City, Oklahoma, Jumaat lalu. Alat mereka 'mengesan' benda misteri di dasar tasik, yang ditemui sebagai kereta Camaro keluaran 1969 dan Chevrolet pengeluaran 1950-an. Dalam keadaan berkarat.
Yang lebih mengejutkan, di dalam Camaro terdapat 3 jasad yang diduga remaja setempat yang hilang selepas perjalanan menaiki kereta pada 1970. Di dalam Chevrolet lain juga mengandungi 3 jasad - yang diduga sebagai seorang lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang di akhir 1950-an atau 1960-an.
Polis mengatakan, Camaro yang dijumpai sesuai dengan keterangan kenderaan yang dikaitkan dengan kehilangan 3 remaja yang hilang pada 10 November 1970. pegawai juga mengesahkan identiti sekurang-kurangnya satu korban, meski detail lengkap belum diungkap.
Laporan terkini dari stesen televisyen tempatan, KFOR, di petik dari Daily Mail, polis akan mengumumkan kepastian identiti mangsa setelah terlebih dahulu memberitahukannya pada keluarganya.
Hilang Tanpa Jejak
Kini misteri ini menanti untuk diselesaikan: bagaimana 3 remaja dan 3 orang lain menghilang lebih dari dekad lalu?
Penemuan itu sama sekali tak terduga. Pada awalnya, pegawai peronda lebuhraya menguji peralatan sonar mereka di Tasik Foss, berhampiran Elk City, Oklahoma, Jumaat lalu. Alat mereka 'mengesan' benda misteri di dasar tasik, yang ditemui sebagai kereta Camaro keluaran 1969 dan Chevrolet pengeluaran 1950-an. Dalam keadaan berkarat.
Yang lebih mengejutkan, di dalam Camaro terdapat 3 jasad yang diduga remaja setempat yang hilang selepas perjalanan menaiki kereta pada 1970. Di dalam Chevrolet lain juga mengandungi 3 jasad - yang diduga sebagai seorang lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang di akhir 1950-an atau 1960-an.
Polis mengatakan, Camaro yang dijumpai sesuai dengan keterangan kenderaan yang dikaitkan dengan kehilangan 3 remaja yang hilang pada 10 November 1970. pegawai juga mengesahkan identiti sekurang-kurangnya satu korban, meski detail lengkap belum diungkap.
Laporan terkini dari stesen televisyen tempatan, KFOR, di petik dari Daily Mail, polis akan mengumumkan kepastian identiti mangsa setelah terlebih dahulu memberitahukannya pada keluarganya.
Hilang Tanpa Jejak
Sunday, 24 May 2015
Terkejut RM1000 Terselit Di Wiper Kereta Selepas Bantu Seorang Wanita Misteri di RnR Temerloh

Menjadi viral dilaman sosial semalam kisah seorang pelajar IPTA bernama Rashidah yang berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian pelik semasa berada di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) sewaktu dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.
Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala dan lapar.
Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel.
Thursday, 21 May 2015
Pencuri Kaya, Guna Kereta Mewah Semasa Curi Kasut Di Masjid Wilayah
Hari ini terjumpa di laman Facebook apabila ada seorang lelaki bernama Ismail Bukit Mas telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki telah berjaya ditangkap kerana mencuri kasut di sebuah masjid.
Menurut pemilik gambar kejadian tersebut berlaku di Masjid Wilayah Persekutuan dan ternyata mengejutkan orang ramai kerana lelaki yang ditangkap mencuri itu mempunyai sebuah kereta mewah jenis Mercedes.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan masjid menjumpai kasut-kasut yang dicuri di dalam bonet kereta Mercedes bilik lelaki berkenaan.
Suspek dikatakan telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun waktu kejadian tidak dinyatakan.
Tuesday, 19 May 2015
Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Kereta Ambulans Bermula?

Anda sedang memandu kereta, tiba-tiba kedengaran bunyi siren ambulans. Semua kenderaan akan mengelak dan memberikan laluan untuk kenderaan ambulans itu kan?
Ia adalah situasi yang biasa kita lalui. Tetapi tahukah anda bila dan bagaimana asal-usul kereta ambulans?
Semuanya bermula sejak kurun ke 11, ambulans pertama dipercayai diasaskan oleh Raja William I. Namun, ambulans ketika itu bukanlah seperti apa yang ada ketika ini.
Pada ketika itu, ambulans yang dimaksudkan merupakan sebuah tandu yang dipacu oleh kuda. Ambulans digunakan semata-mata untuk membawa askar yang cedera semasa perang untuk mendapatkan rawatan.
Ambulans yang lebih formal muncul sekitar kurun ke 15 apabila Isabella dan Ferdinand dari Sepanyol memperkenalkan ambulans atau hospital bergerak ini. Dalam bahasa Sepanyol ia dikenali dengan nama Ambulancias.
Konsep ambulans kemudian dikembangkan lagi oleh Dominique Jean Larry sekitar kurun ke 17. Dominique yang juga seorang doktor bedah mendapat idea ini sewaktu melihat kesakitan yang ditanggung oleh askar yang tercedera sewaktu peperangan.
Sunday, 10 May 2015
GURU BERTUDUNG MEMAKSA PELAJAR 16 TAHUN HUBUNGAN INTIM DALAM KERETA
GURU BERTUDUNG MEMAKSA PELAJAR 16 TAHUN HUBUNGAN INTIM DALAM KERETA | Sungguh memalukan,seorang guru perempuan bertudung dari Prospek Park, di New Jersey, Amerika Syarikat (AS),ditahan polis kerana memaksa pelajar berusia 16 tahun untuk melakukan hubungan intim dalam kereta.
Daily Mail melaporkan Hardan yang merupakan guru ganti telah melakukan jenayah hubungan intim paksa dengan remaja dari Manchester Region
Pasukan penyiasat berkata, insiden itu berlaku Khamis (20/11/2014), di Wayne, New Jersey. Namun,butiran mengenai insiden dan mangsa itu tidak didedahkan.
BELI KERETA HONDA DAPAT PAYU DARA DI CHINA
BELI KERETA HONDA DAPAT PAYUDARA DI CHINA | Banyak cara dapat dilakukan untuk mencuri perhatian. Bahkan di China, di mana eksploitasi sensual telah dianggap tabu, dapat disisihkan untuk sensasi belaka anda Cari. Hal ini dilakukan dalam sebuah dealer Honda di sebuah bandar di China.
Pada dealer upacara perasmian, rangkaian jualan Honda menunjukkan aktiviti tubuh lukisan di tubuh wanita. Keruan saja, aksi ini mengundang perhatian, terutama kaum lelaki yang menjadi sasaran jualan dealer.
Dibawah ini adalah pakej yang ditawarkan.
Friday, 8 May 2015
Perkuburan Kereta Klasik Zaman Perang Dunia Kedua
Pemandangan luar biasa di hutan daerah Bastnas, sebuah bandar perlombongan di Selatan Sweden. Di tempat ini anda boleh melihat sebuah 'perkuburan' 1000 kereta klasik dari tahun 1950.
Tempat ini didirikan dua bersaudara Sweden untuk menyimpan kereta yang ditinggalkan para askar semasa Perang Dunia Kedua. Mereka kemudian meninggalkan tapak ini pada 1990-an.
Kereta-kereta klasik yang telah berkarat itu berasal dari jenama ternama seperti Opel, Ford, Volvo, Buick, Audi, Saab dan Sunbeam. Model kereta yang ada di sana boleh dikatakan mewah di era tersebut.
Di tempat ini anda juga boleh melihat pokok-pokok yang tumbuh di sekitar badan kereta dan lumut meliputi kerusi dan roda pemandu. Kenderaan-kenderaan vintage dianggarkan bernilai dari 100,000 pound sterling.
"Di sana amat sepi. Ada perasaan aneh ketika anda berada di sana, seolah-olah anda berada di hujung dunia," kata jurugambar Svein Nordrum (54) yang telah berkelana ke hutan itu.
"Hutan ini sangat tebal. Anda hanya dapat melihat beberapa kereta pada satu masa, selebihnya menghilang ke dalam hutan," tambahnya.
Beberapa orang di Sweden dikatakan ingin menghapuskan kereta-kereta ini. Namun, para pencinta alam sekitar tetap mempertahankannya.
Wednesday, 29 April 2015
Ngeri! Akibat Tersilap Melakukan ‘Jump Start’ Kereta
Mungkin ada segelintir daripada kita menganggap melakukan proses jumper adalah satu perkara yang biasa. Namun jika tersilap langkah, berkemungkinan ia boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.
Sekiranya kita mahu melakukan jump start kereta, perkara utama yang perlu dilakukan adalah mendapat kabel jumper. Tetapi kabel tersebut mestilah yang betul-betul diiktiraf dan selamat digunakan.
Boleh lihat gambar di bawah ini, apabila dua buah kereta melakukan proses jump start, secara tiba-tiba kedua-dua kereta mereka meletup dan mengakibatkan kerosakan enjin yang teruk.
Mak oi! sampai hangit terus!
Adakalanya letupan ini berlaku disebabkan kita tersilap meletakkan kabel di terminal yang betul sama ada di +ve atau pun -ve. Sekiranya kita tidak tahu menggunakan kabel tersebut, adalah lebih baik meminta bantuan daripada orang yang lebih pakar. Bimbang andai perkara yang tidak diingini berlaku seperti di atas.
Tuesday, 28 April 2015
Pemilik Anjing Tinggalkan Haiwan Tersebut Di Dalam Kereta Ketika Cuaca Panas Dapat Pengajaran Yang Setimpal
Kerana tindakan meninggalkan anjing peliharaannya tinggal di dalam kereta dalam keadaan cuaca panas, seorang wanita mendapat pengajaran berguna apabila telah ditahan oleh pihak polis Ohio.
Polis yang menahan wanita tersebut sebaliknya tidak membawanya terus ke balai sebaliknya menyuruh beliau masuk ke dalam kereta itu dengan ditutup semua tingkap dan pintu bagi merasai apa yang dirasa oleh anjing tersebut.
Ia adalah sebagai pengajaran kerana meninggalkan anjing tersebut di dalam kereta dalam cuaca panas kerana suhu dalam kereta semasa cuaca panas sama dengan seperti berada di dalam oven.
Walau bagaimanapun, dia dibenarkan keluar dalam keadaan selamat tetapi kelihatan tidak selesa dan berpeluh-peluh. - Siakapkeli.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)




