
Menjadi viral dilaman sosial semalam kisah seorang pelajar IPTA bernama Rashidah yang berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian pelik semasa berada di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) sewaktu dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.
Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala dan lapar.
Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel.