Showing posts with label Hanya. Show all posts
Showing posts with label Hanya. Show all posts
Friday, 19 June 2015
Hanya 6 Jam Sehari Sepanjang Ramadan Waktu Kerja Bagi Kakitangan Kerajaan Brunei !!!
#Istana Nurul Iman telah mengeluarkan satu surat pekeliling di mana kerajaan Brunei di bawah pimpinan Sultan Hasanal Bolkiah memperkenan untuk Rakyat menyelaraskan waktu bekerja kakitangan kerajaannya sepanjang bula Ramadan .
*Waktu bekerja bagi kakitangan kerajaan Brunei sepanjang Ramadan tahun ini diselaraskan kepada enam jam sahaja sehari bagi hari biasa dan cuma tiga jam setengah pada Jumaat.
*Pada hari Isnin hingga khamis waktu kerja mereka adalah dari pukul 8-00 pagi hingg pukul 2-00 petang manakala pada hari jumaat waktu kerja mereka hanya tiga jam iaitu dari pukul 8-00 pagi hingga 11-30 pagi .
*Surat pekeliling baru itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Tetap , Jabatan Perdana Menteri Brunei , Yahya Idris pada Isnin di mana Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap pelaksanaan tersebut.
*Sementara itu bagi pekerja sektor swasta , kerja mereka akan dikurangkan satu jam daripada kebiasaan dan waktu untuk memulakan kerja hanya perlu mengikut budi bicara majikan masing-masing.
Kecewa, Terkilan Dan Sedih... Isteri Yang Hamil 4 Bulan Hanya Tahu Suami Kahwin Lain Selepas Suami Maut Kemalangan
#KOTA TINGGI 17 Jun - Pasangan pengantin yang baru bernikah beberapa hari lalu , Rohayu Abas, 29, dan suaminya, Abdullah Suhaime Abd. Rahman, 30, maut apabila kereta Ford Fiesta mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 42.2, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen Petron, Batu 1 Jalan Mawai di sini hari ini.
#Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah ibu pengantin lelaki, Rokiah Abu Bakar, 52.
#Ketua Polis Daerah Kota Tinggi , Super-intenden Rahmat Othman berkata, nahas berlaku pada pukul 5.05 pagi apabila kereta yang dinaiki mereka dari arah Mersing menuju ke Johor Bahru hilang kawalan lalu bertembung dengan lori berkenaan.
Saturday, 16 May 2015
(VIDEO) 30 Jenis Salam Ini Hanya Boleh Dijumpai di Malaysia! #29 Paling Sempoi
Kita orang Malaysia sememangnya bersifat mesra. Apabila bertemu dan berjumpa, sudah pasti kita sering bersalaman sebagai tanda kemesraan. Namun, sedarkah anda bahawa kita telah mempunyai 30 jenis salam yang berbeza?
Anda tidak percaya? Tonton video dibawah yang telah dicipta oleh
Friday, 15 May 2015
Percayakah Anda Landskap Pemandangan Ini Hanya Di Atas Meja
Wednesday, 13 May 2015
Pelik Tapi Benar Jambatan Hanya Di Perbuat Daripada Rumput
Jambatan gantung paling unik di dunia di perbuat dari rumput .. bukan macam kita selalu lihat seperti yang diperbuat dari kayu .. pastu diikat atau dipaku menggunakan tali .. yang ni sangat pelik dimana hanya menggunakan rumput kering yang diikat dan disambungkan membentuk jambatan ... kalau korang tengok .. memang betul-betul ngeri .. apa-apapun mereka percaya jambatan yang dibuat mereka nih .. sangat kukuh.
Jambatan Qeswachaka di wilayah selatan Canas di Cuzco di Peru adalah sepanjang 120 kaki (36.6m).
Ia dibina daripada rumput khas yang dipanggil Qoya. Ia perlu dibina semula setiap tahun .
Jambatan Qeswachaka di wilayah selatan Canas di Cuzco di Peru adalah sepanjang 120 kaki (36.6m).
Ia dibina daripada rumput khas yang dipanggil Qoya. Ia perlu dibina semula setiap tahun .
Monday, 11 May 2015
Inilah Lebuhraya Paling Extrem Hanya Di Rusia
Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian selatan. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah jalan tanah. Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil hingga yang besar.
Dikatakan bahawa jalan ini akan menjadi permukaan yang berlumpur sedalam 1 meter setiap musim panas untuk 2 3 bulan (biasanya bulan Julai dan Ogos). Pada musim luruh pemukaan jalan ini akan membekukan kembali dan menjadi lebih baik.
Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di bawah, Lebuhraya Lena berada dalam keadaan yang cukup baik pada musim sejuk. Tetapi semasa di musim panas jalan ini bertukar menjadi lebuh raya yang mengerikan dan menakutkan.

Friday, 1 May 2015
Pelik! Mengapa Sekolah Ini Hanya Mempunyai Seorang Murid?
Mungkin ada sesetengah daripada kita menganggap sekolah ini tidak dikira pelik biarpun hanya mempunyai seorang murid. Bagaimanapun ia sangat unik dan menjadi persoalannya mengapa hanya seorang murid sahaja yang bersekolah di situ.
Jika di Malaysia, rasanya ia tidak berlaku di sekolah-sekolah kerajaan mahupun swasta. Jika adapun, ia lebih dari angka yang sepatutnya. Jom lihat gambar di bawah ini.
Hu Yang, 8 tahun, pergi ke sekolah setiap hari, apa yang menyedihkan ialah dia adalah satu-satunya pelajar di sekolah rendah di Provinsi Fujian, China. Pada tahun 2005 sekolah ini mempunyai 80 orang pelajar tetapi mereka meninggalkan sekolah dan mengikut atau membantu ibu bapa mereka dalam mencari pekerjaan akibat kemiskinan hidup. Sekarang, Hu Yang diajar oleh 2 orang guru setiap hari.
Friday, 17 April 2015
Satu-satunya Bank Yang Hanya Memiliki Seorang Pekerja
Seorang lelaki yang menguruskan sebuah bank koperasi telah memastikan pengurusan kewangan penduduk sebuah kampung berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dengan cara yang tersendiri.
Lelaki itu yang berasal dari Jerman, Peter Breiter, 41, merupakan seorang pengurus bank yang luar biasa kerana dia tidak mengharapkan sebarang bonus yang besar, instrumen kewangan yang canggih dan tawaran kewangan berjuta ringgit.
Dia yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu berasa cukup bahagia dengan hanya menulis setiap transaksi keluar masuk kewangan dengan tangannya sendiri untuk 500 orang penyimpan di Gammesfeld, Jerman.
"Mengapa saya perlu menggunakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik?" Mesin wang itu menelan belanja yang tinggi" kata seorang pelanggan, Friedrich Feldman.
Feldman berkata demikian ketika ditemui di sebuah bilik menunggu bersaiz kecil di bank tersebut. Dia hanya datang ke bank itu seminggu sekali untuk mengeluarkan wang.
Bank koperasi Raiffeisen Gammesfeld yang terletak di selatan Jerman itu merupakan salah sebuah daripada 10 buah bank terkecil. Ia merupakan satu-satunya bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)