Showing posts with label Model. Show all posts
Showing posts with label Model. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

Model Seksi Itali Teman Baru Cristiano Ronaldo (Gambar)











Bergelar bintang bola sepak terkenal seperti Cristiano Ronaldo, anda tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pengganti.





Khabar terbaru adalah bintang Real Madrid itu kini sedang berpacaran dengan model dan aktres terkenal di Itali, Alessia Tedeschi. Rahsia mereka terbongkar apabila Alessia terbang ke Sepanyol semata-mata untuk menyaksikan perlawanan antara Real Madrid dan Juventus.



Wednesday, 27 May 2015

Kisah Seorang Pengutip Sampah Jadi Model Iklan

Pengutip Sampah Jadi Model Iklan






Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali inilah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan nasib seorang pengutip sampah yang berubah menjadi model iklan kerana kejujurannya.



Ana dos Santos Cruz, 23, terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah 10 jam setiap hari di Barrestos, dekat Sao Paulo di selatan Brazil untuk menyara diri dan anak lelaki berusia 3 tahun.



Namun nasibnya berubah selepas menemui sampul surat yang mengandungi sekeping cek di dalam sebuah plastik hitam.



Cek yang bernilai ?£52,000 (RM198,000) yang ditemuinya itu adalah untuk didermakan kepada Barrestos Cancer Hospital.



Ana kemudiannya bertindak memulangkan semula cek tersebut kepada pengarah hospital berkenaan pada keesokan harinya.




Monday, 25 May 2015

Jururawat ‘Nakal’ Jadi Model Promosi Kondom



BEIJING – Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang berlangsung pada 12 Mei lalu nampaknya turut dijadikan medan terbaik untuk mempromosikan kondom dengan penampilan imej jururawat seksi di China baru-baru ini.


Iklan diterbitkan firma pengeluar alat sarung zakar lelaki yang terbesar di dunia, Durex yang berpusat di Britain itu bagaimanapun tidak disedari sesiapa walaupun disiarkan menerusi laman web tempatan ternama JD.com.


Ironi, penampilan seorang jururawat berpakaian agak ‘nakal’ dengan gaya ghairah itu menerima kritikan ramai netizen dari seluruh China sejurus ia dimuat naik secara tidak sengaja melalui laman media sosial popular Weibo.

Tuesday, 12 May 2015

7 SEBAB LELAKI TAK HANDSOME DI MALAYSIA SELALU DAPAT AWEK PERSIS MODEL




7 SEBAB LELAKI TAK HANDSOME DI MALAYSIA SELALU DAPAT AWEK PERSIS MODEL | Perasan atau tidak, bila jalan-jalan di shopping mall, mesti tengok ramai couple yang macam langit dan bumi bezanya kan?



Awek punyalah lawa, putih melepak. Kalau yang pakai tudung tu memang hijabista habis. Tapi, bila tengok boyfriend dia, errrmm.. malaslah nak cakap.



Mesti korang tertanya-tanya kenapa situasi pelik ini berlaku kan? Nah, baca dan terimalah kenyataan bahawa dunia ini memang tidak adil. Dah memang perempuan tu suka apa boleh buat hehe.


Thursday, 7 May 2015

Wajah Model Cantik Bertukar Mengerikan Selepas Dua Tahun

Pengalaman model China Li Ying Zhi sekurang-kurangnya boleh menjadi pengajaran berharga buat kita semua. Apa yang berlaku amat mengejutkan pada acara Beijing Motor Show 2012, rupa Ying Zhi berubah menyeluruh kerana pembedahan plastiknya seolah-olah telah tamat tempoh. 

Dua tahun selepas pembedahan plastik, model ini muncul kembali di khalayak ramai. Malangnya, harapan peminatnya melihat kembali kecantikan Ying Zhi pupus sama sekali. 

Kemunculan Ying Zhi di pameran automotif tersebut memang mengejutkan jutaan fans dan folower-nya. Para peminatnya menggambarkan pandangan terkini Ying Zhi sangat mengerikan.

Gambar terbarunya menunjukkan Ying Zhi telah berubah mempunyai dagu condong dan garis yang kelihatan di sisi wajahnya.

Sebuah laman web gaya hidup China menilai keadaan mengerikan Ying Zhi ini kerana pembedahan plastik yang pernah dilakukan telah memasuki tarikh tamat tempoh. 

Walaupun prosedur pembedahan plastik kelihatan baik untuk sementara waktu, tetapi ia tidak memerlukan waktu yang lama untuk berubah dalam kisaran beberapa tahun kemudian. 

Laporan tersebut menyebut pembedahan plastik dilakukan pada hidung, dagu dan kelopak mata telah memasuki tarikh tamat tempoh.



SEBELUM DAN SELEPAS MENJADI MODEL TERKENAL (16 GAMBAR)




SEBELUM DAN SELEPAS MENJADI MODEL TERKENAL (16 GAMBAR) | Angelababy or Yeung Wing adalah seorang model yang famous di Hong Kong. Model yang berusia 20 kini mula menceburi pada umur 14 tahun. Dia kini adalah model yang meraih untuk berjuta-juta.

Dari menjadi model yang meraih HK$1,000 satu photoshoot kini dia meraih HK$30,000 untuk satu photoshoot. Cuba tengok betapa berubahnya muka dia dari seorang pelajar sehingga menjadi model.

Sewaktu dia masih seorang pelajar. Macam tak ada harapan je ni. Jom kita tengok macam mana rupa dia selepas bergelar model.