Showing posts with label Dihina. Show all posts
Showing posts with label Dihina. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Kisah Insan Yang Dihina Seekor Anjing

Suatu hari, Abu Yazid sedang berjalan di suatu lorong, maka datanglah seekor anjing. Beliau menarik sedikit pakaiannya agar tidak tersinggung oleh anjing itu.



Gambar hiasan

Anjing itu pun berkata-kata dalam bahasa manusia: "Jika aku kering, sia-sia menyinggung aku. Jika aku basah, tuan boleh cuci pakaian itu dengan air. Tapi benci yang ada dalam hatimu terhadapku tidak dapat dibasuh dengan tujuh batang sungai. Dosa batin itu payah hendak dibasuh!".

Abu Yazid berkata kepada anjing itu: "Engkau sangat bijak, marilah tinggal bersamaku!".

Sunday, 10 May 2015

(5 Gambar) Seorang Gadis Bertukar Sungguh Cantik Selepas Berjaya Turunkan Berat Badan Berikutan Dihina??!!




Seorang gadis telah menjadi bahan jenakan oleh orang sekelilingnya sehingga dia berazam untuk berubah menjadi kurus. Berikutan menjadi cacian pelbagai pihak, gadis ini yang dikenali sebagai Amy Gordon telah membuat perubahan yang mengejutkan orang ramai sehingga ada yang tidak mengenalinya.



Wednesday, 29 April 2015

Anak Dihina: Black Rancang Buat Laporan Polis



Penyanyi Black akan membuat laporan polis terhadap individu yang merupakan seorang pelajar di universiti tempatan atas dakwaan menghina  anak beliau di laman sosial Instagram.





Black mahu mengambil tindakan tersebut kerana tidak mahu peminat dengan suka hati tanpa rasa bersalah mengutuk artis mahupun keluarga mereka di laman sosial. Perkara tersebut juga bakal diketengahkan ke mahkamah atas nasihat peguam.





Saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Selepas menghina anak saya, individu berkenaan juga mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.



Jadi, saya tidak mahu lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen.



Individu tersebut telah menyamakan anaknya Khaleef Dayyan dengan beruk sebaik sahaja penyanyi tersebut berkongsi foto bayi sulung beliau di Instagram.



Macam-macam la, sebenarnya mereka yang menghina itu tidak berani di dunia nyata. Mereka  agak pengecut kerana berselindung disebalik komputer riba ataupun telefon. Anda mungkin punya hak untuk memberikan komen tetapi jangan dihina ciptaan Allah SWT.



Sumber Berita: Berita Harian