Showing posts with label Kembar. Show all posts
Showing posts with label Kembar. Show all posts

Friday, 22 May 2015

Ibu Terkejut Anak Kembar Punyai Bapa Yang Berlainan, Mengaku Tiduri 2 Lelaki
























Misteri sains dan alam adalah sesuatu yang sering kali membuat kita terfikir betapa hebat dan besarnya kuasa Tuhan.



Mungkin itu gambaran yang paling tepat untuk kisah yang dipaparkan ini. Seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat, terkejut besar apabila diberitahu anak kembarnya mempunyai bapa yang berlainan.



Kejanggalan biologi itu dipanggil superfecundation, dan dilaporkan hanya berlaku satu dalam 13,000 kes kelahiran kembar. Statistik tepat bagaimanapun tidak diketahui.


Monday, 11 May 2015

(5 Gambar) LAWAK!!! Kembar Seiras Artis Terkenal Malaysia

Jangan terkejut,,sebenarnya mereka ini ada pertalian darah, mungkin depa x taw..=P






Inilah Jadinya Apabila Seorang Ibu Sukar Membezakan Anak Kembar 4



Di China, terdapat seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun memiliki empat orang anak kembar. Dirinya telah mencetuskan idea unik apabila bertindak mencukur rambut bagi membentuk angka di setiap kepala anaknya.

Jika kita mempunyai anak kembar, sudah pastinya orang yang melihat akan keliru yang mana satu abangnya, yang mana satu pula adiknya. Tambah lagi, yang mana keluar dulu, yang mana keluar kemudian. Melihat masalah ini, seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun mencetuskan sebuah solusi yang dianggapnya paling efektif. Ia mencukur keempat rambut anaknya berbentuk angka, sesuai dengan urutan usia, dari angka 1 sampai 4.

Daripada yang tua sampai termuda, Jiang Yunlong (1), Jiang Yunxiao (2), Jiang Yunhan (3) dan Jiang Yunlin (4)

Keadaan ini tentu saja menjadi buah mulut di internet. Foto kelucuan empat bersaudara ini mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Meski banyak yang mentertawakan kerana di luar kelaziman, namun keempat anak itu tidak peduli. Sama dengan keinginan orang tua mereka, hal terpenting bagi Yunlong, Yunxiao, Yunhan dan Yunlin adalah bersekolah dan mendapat pendidikan yang baik.

Tan Chaoyun, memutuskan memberi nombor di kepala anak-anaknya agar mudah membezakan mereka.


Sunday, 10 May 2015

(16 Gambar) Adik Beradik Kembar Yang Paling Cantik Dan Viral Dari Indonesia




Pasangan kembar yang berasal dari Indonesia ini telah menjadi viral di Indonesia. Elissa dan adiknya Jessica sangat popular dengan cara fesyen yang sangat menarik. Gambar adik beradik tersebut sangat popular dan telah tersebar di seluruh dunia







Sunday, 3 May 2015

PETUA HAMIL ANAK KEMBAR




Mesti ramai yang teringin anak kembar yang comel kan. Ni admin kongsi petua nya. 


1. Genetik

Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

Thursday, 30 April 2015

Pelik! Bagaimana Bayi Kembar Ini Dilahirkan Dalam Dua Negara Berbeza

Bayi kembar merupakan satu angerah dan rezeki daripada Allah SWT. Bercakap tentang kelahiran bayi kembar ini, ada seorang ibu mengalami satu persitiwa yang dianggap unik dalam dunia ini. Bayi yang dilahirkan adalah kembar. Bagaimanapun, proses bersalin itu berlaku di dalam dua negara yang berbeza. Bagaimana ya boleh terjadi sedemikian rupa? Difahamkan, terdapat masalah untuk proses kelahiran kembar yang kedua. Oleh itu, doktor meminta ibu bayi kembar tersebut mendapatkan rawatan di hospital lain.

bayi Sepasang bayi kembar dilahirkan di dua negara yang berbeza. Seorang ibu melahirkan bayi laki-lakinya di Inggeris dan bayi perempuannya di Scotland.

Saat ini sepasang bayi kembar unik tersebut merayakan ulang tahun pertamanya. Walaupun bayi kembar yang bernama Dylan Joseph dan Hannah Rose lahir kurang dari dua jam, tapi mereka mempunyai kewarganegaraan yang berbeza.

Sang ibu, Donna Keenan, sedang mempersiapkan untuk ulang tahun pertama mereka dengan memakaikan pakaian khusus yang dibuat untuk memberikan penghormatan kepada tempat kelahiran masing-masing si kembar.

Wanita berusia 28 tahun tersebut mengatakan bahawa dia membelikan Hannah gaun tartan dan membelikan baju bergambar Singa Inggeris untuk Dylan.

“Saya membelinya beberapa pakaian lucu untuk mereka dan akan dipakai di hari ulangtahun mereka,” ujar Donna, seperti dikutip Daily Mail.

Awalnya Donna menonton final Euro antara Itali dan Sepanyol pada 2012 silam. Saat itu mereka tidak punya masa untuk pergi kerumah sakit, sehingga paramedik yang datang ke rumah mereka di Inggeris untuk membantu persalinan Dylan.

Namun, kerana dia akan melahirkan bayi kembar, maka doktor berkeras meminta Donna untuk pergi ke rumah sakit untuk kelahiran bayi kedua itu. Kemudian mereka harus menempuh perjalanan panjang melintasi sempadan Scotland, untuk menuju ke Hospital Umum Borders di Melrose, Scotland.

Sang ayah, Joe Fox, berkata bahawa bayi kembarnya ini akan sering bersaing seperti permainan bola sepak.

“Saya seorang peminat bola sepak jadi saya yakin akan ada beberapa persaingan ketika mereka tumbuh dewasa,” ungkap lelaki berusia 25 tahun ini.

Pasangan kekasih itu juga mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun, bernama Jessica.