Showing posts with label Terkena. Show all posts
Showing posts with label Terkena. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

CARA-CARA SAMAK TERKENA NAJIS ANJING DAN KHINZIR


Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Mughallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak), bau dan rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut;

Huraian ;

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda; 


“Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim). 

Caranya ialah;


Pertama ; Buang najis terlebih dahulu


Kedua ; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).


Ketiga ; Bilas dengan air biasa yang suci sebanyak enam kali.

Monday, 25 May 2015

Dua Maut, Seorang Parah Apabila Kren Yang Digunakan Semasa Bekerja Terkena Wayar Elektrik Bervoltan Tinggi


BIDOR: Gara-gara kren yang digunakan untuk kerja memindahkan paip air tersentuh wayar elektirik bervoltan tinggi, dua orang lelaki warga tempatan maut makanakala seorang lelaki warga Bangladesh cedera parah.
Kejadian tersebut berlaku di Kampung Tanah Mas, Bidor, Perak, pada pukul 11.41 pagi semalan di mana kedua mangsa maut di tempat kejadian bersebelahan kenderaan mereka.

Semasa kejadian, kerja-kerja pemindahan paip milik Lembaga Air Perak sedang dijalankan betul-betul di bawah wayar bervoltan tinggi tersebut.

Tuesday, 5 May 2015

10 TANDA BILA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR




10 TANDA BILA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR | Dalam kehidupan rumahtangga, pastinya ada pancaroba. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Namun begitu, ada juga masalah rumahtangga ini datang dari luar seperti perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya. Antaranya dengan menggunakan sihir.



– Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.



10 TANDA BILA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR



Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Friday, 17 April 2015

Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih



Ilmu guna-guna (At-Tiwalah) atau disebut juga ilmu pengasih (Mahabbah) adalah salah satu bentuk sihir yang berasal dari jin.  Perbuatan tersebut adalah musyrik kerana meyakini bahawa guna-guna itulah yang dapat mempengaruhi hati seseorang sedangkan ianya adalah perbuatan syaitan.  Guna-guna yang mendatangkan kemusyrikan adalah disertai dengan jampi2 meminta bantuan jin.


Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih

--->Asmara dan cinta yang berlebihan
--->Tidak dapat menahan rasa cintanya
--->Selalu teringat kepadanya
--->Mentaati segala kemahuannya
--->Keinginan yang sangat besar untuk selalu melakukan hubungan seks

Pengubatan Sihir Guna-Guna

Biasanya orang yang terkena imu guna2 tidak akan dirasuk, hanya berasa ngilu hujung jari kakinya, kepala pusing, dada sesak atau sakit dilambung, bahkan kadangkala muntah jika telah meminum air sihir.

Jika  merasakan sakit dilambung atau ingin muntah, maka bacalah ayat dibawah pada secawan air dan minumlah sebahagian air tersebut.   Jika memuntahkan sesuatu yang berwarna kuning, merah atau hitam, bererti hilanglah sihirnya.  Jika tidak, maka bacalah ayat tersebut pada secawan air dan minum selama tiga minggu atau lebih sehingga hilang sihirnya.   Ayat tersebut adalah :

Surah Al-Baqarah ayat 102
Surah At-Taghabun ayat 14 hingga 16
Surah Yunus ayat 18 dan 28
Surah Al-A'raf ayat 117 hingga 122
Surah Thaha ayat 69

Insyaallah.

Perkongsian Ilmu Buku "Kisah-Kisah Benar Jin" susunan Abu Hikmah Al-Husni