Showing posts with label Jenazah. Show all posts
Showing posts with label Jenazah. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Cerita Sedih Seorang Isteri Semasa Mandikan Jenazah Suaminya

Ia merupakan kisah sedih dan menyayat hati seorang isteri ketika memandikan jenazah suami. Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suaminya, satu perkara yang jarang berlaku. Bagaimanapun ketika itu, bapa mertuanya dan pihak polis forensik tak benarkan.

Wanita berkenaan berkata sambil menangis-nangis…

“Ini janji kami berdua.Jika abang meninggal dulu, kamu (isteri) akan mandikan jenazah abang. Kalau kamu meninggal dulu,abang akan mandikan jenazah kamu.”

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apa yang berlaku. Ustaz jawab tak pe kalau isteri nak mandikan jenazah suaminya. Ustaz tadi dan beberapa orang temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.

Friday, 1 May 2015

Kisah Ular Terkam Jenazah Pelacur

Seksaan dalam kubur itu benar. Tetapi masih ramai lagi yang alpa dengan perintah Allah SWT. Banyak kejadian pelik yang Allah tunjukkan kepada kita tentang balasan orang yang tidak mengikut perintahNya.
Antaranya yang telah berlaku di Makkah. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang berada di sana dan menyaksikannya di depan matanya tentang seekor ular yang tiba-tiba berada dalam lubang kubur. Ular tersebut sangat besar dan mampu menelan jenazah dalam sekelip mata. Semoga kisah ini menjadi iktibar kita bersama.

ULAR