Showing posts with label Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Mengandung. Show all posts

Wednesday, 13 May 2015

Luahan Pilu Seorang Guru Mengandung 8 Bulan Dicerai Kerana Tinggal Berjauhan!





Assalamualaikum, disini saya ingin ceritakan kisah pahit yang saya lalui sebagai guru. Saya berkahwin pada akhir Nov 2013 selepas itu saya bertugas pada Feb 2014. Dalam tempoh tersebut saya tidak dapat tinggal berasingan bersama suami, tambah pula masalah ayah mertua yang mengalami sakit ‘stroke’. Impian saya tidak kesampaian. 



Suami bekerja sebagai penjawat awam mengambil keputusan bekerja ulang alik dari kuala lumpur ke ipoh dan dari ipoh ke kuala lumpur setiap hari atas sebab menjaga ayah mertua yang sakit, perjalanan dengan menaiki bas. Dia bangun pada jam awal jam 3 pagi dan pulang pada lewat jam 10 malam. Saya sanggup mengantar dan mengambil suami dari hentian bas kerana ingin luang sedikit masa tersisa dengan suami walau keadaan saya sedang mengandung.


Sunday, 3 May 2015

Surah-surah Pilihan untuk Ibu Mengandung


Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah  S.W.T yang cukup berharga kepada Ibu bapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan  sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat.



Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.


Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.


Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya :  “  Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.