Showing posts with label Bermula. Show all posts
Showing posts with label Bermula. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Kereta Ambulans Bermula?






Anda sedang memandu kereta, tiba-tiba kedengaran bunyi siren ambulans. Semua kenderaan akan mengelak dan memberikan laluan untuk kenderaan ambulans itu kan?

Ia adalah situasi yang biasa kita lalui. Tetapi tahukah anda bila dan bagaimana asal-usul kereta ambulans?

Semuanya bermula sejak kurun ke 11, ambulans pertama dipercayai diasaskan oleh Raja William I. Namun, ambulans ketika itu bukanlah seperti apa yang ada ketika ini.

Pada ketika itu, ambulans yang dimaksudkan merupakan sebuah tandu yang dipacu oleh kuda. Ambulans digunakan semata-mata untuk membawa askar yang cedera semasa perang untuk mendapatkan rawatan.

Ambulans yang lebih formal muncul sekitar kurun ke 15 apabila Isabella dan Ferdinand dari Sepanyol memperkenalkan ambulans atau hospital bergerak ini. Dalam bahasa Sepanyol ia dikenali dengan nama Ambulancias.

Konsep ambulans kemudian dikembangkan lagi oleh Dominique Jean Larry sekitar kurun ke 17. Dominique yang juga seorang doktor bedah mendapat idea ini sewaktu melihat kesakitan yang ditanggung oleh askar yang tercedera sewaktu peperangan.

Monday, 18 May 2015

Operasi Gempur Aurat di Kelantan Bermula


Operasi Gempur Aurat di Kelantan Bermula



Operasi Gempur Aurat Bermula di Tumpat, Kelantan | Majlis Daerah Tumpat (MDT) akan mengerakkan Operasi Gempur Aurat Rabu ini bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita tanggungjawab menutup aurat.





Sebelum itu pelancaran Kempen Menutup Aurat disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi di pekarangan Pasar Wakaf Bharu.





Melalui operasi tersebut, premis perniagaan di sekitar Dun Wakaf Bharu, Dun Pasir Pekan, Kelaboran dan Pengkalan Kubor akan diperiksa agar pekerja premis mematuhi etika berpakaian.





Che Abdullah berkata, ini satu usaha berterusan kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan dan juga pimpinan setempat melaksanakan peraturan menutup aurat tersebut.





Menurutnya, selain operasi itu, kempen kesedaran mengenai tanggungjawab menutup aurat dalam kalangan wanita turut dipergiatkan.