Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Thursday, 21 May 2015

Pencuri Kaya, Guna Kereta Mewah Semasa Curi Kasut Di Masjid Wilayah




















Hari ini terjumpa di laman Facebook apabila ada seorang lelaki bernama Ismail Bukit Mas telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki telah berjaya ditangkap kerana mencuri kasut di sebuah masjid.



Menurut pemilik gambar kejadian tersebut berlaku di Masjid Wilayah Persekutuan dan ternyata mengejutkan orang ramai kerana lelaki yang ditangkap mencuri itu mempunyai sebuah kereta mewah jenis Mercedes.



Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan masjid menjumpai kasut-kasut yang dicuri di dalam bonet kereta Mercedes bilik lelaki berkenaan.



Suspek dikatakan telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun waktu kejadian tidak dinyatakan. 

Wednesday, 20 May 2015

Rahsia sebenar Masjid Nabawi yang telah disembunyikan oLeh Kerajaan Arab Saudi !!




Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.





Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu ???

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama diMekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.







Saturday, 9 May 2015

Keindahan masjid kedua terbesar di dunia ini, sujud boleh melihat terus ke dalam laut


Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi.



Masjid Hassan II merupakan masjid kedua terbesar di dunia. Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.



Masjid dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.



Ini merupakan permintaan khas dari Raja Hassan kerana di dalam Al-Quran, kitab suci umat Islam, disebutkan bahawa singgahsana Tuhan terletak di atas laut. Istimewanya, sebahagian lantai masjid diperbuat daripada kaca dan oleh itu umat Islam yang beribadah atau sujud boleh melihat terus ke dalam laut.

Monday, 4 May 2015

Keunikan Masjid Nasir al-Mulk Yang Penuh Dengan Warna

Ini adalah masjid Nasir al-Mulk di Shiraz, sebuah bandar di selatan Iran. Masjid ini telah berusia hampir 150 tahun dan ianya masih kekal digunakan sehingga hari ini.

Pembinaan masjid ini sungguh mengagumkan dengan hasil seni bina Islam yang kemas dan bermacam-macam warna.





Saturday, 18 April 2015

Lelaki Melayu Sibuk Ke Gym, Mat Bangla Pergi Masjid

                                                                                             









Terasa kerdil diri ini apabila mendengar luahan seorang imam yang dikenali sebagai Hafiz Suratman.




Ceritanya mengenai sifat istiqamah warga asing dari Bangladesh dalam menjalankan ibadah menimbulkan keinsafan pada diri.

Meskipun diuji dengan kepayahan hidup dan perlu merantau meninggalkan keluarga tercinta dalam mencari rezeki di negara orang, mereka tidak pernah lalai dalam menunaikan kewajiban sebagai penganut Islam.

Lebih memalukan, apabila melihat bangsa sendiri sibuk dengan urusan duniawi hingga langsung tiada masa menjejakkan kaki ke rumah Allah.

“Saudara-saudara Bangladesh saya inilah makmum paling istiqomah semenjak jadi imam disini, yang kawasan surau dikelilingi Islam Melayu. Moga Allah beri hidayah.

“Subuh mereka paling awal sampai, mereka yang azan, mereka yang tunggu jemaah.

“Kita kena fikir risau, apa bala yang dah jadi Allah beri sampai hilang semua pemuda pemudi kita nak solat jemaah. Jangan kita dipersoalkan Allah kemudian hari atas kelemahan dakwah ini. Allah Allah.

“Orang badan sado gym depan ini bila azan depa masih angkat besi, moga Allah beri hidayah.

“Bangladesh-Bangladesh baju pink nampak lembut pula solat lima waktu jemaahnya. Subhanallah inilah orang-orang kuat Islamnya.”

Dalam pada ramai yang memandang rendah terhadap golongan warga asing ini, tak mustahil insan yang kekurangan dari segi material mungkin lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding kita sendiri.

Moga diambil iktibar daripada kisah ini.