Showing posts with label Anjing. Show all posts
Showing posts with label Anjing. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Kisah Insan Yang Dihina Seekor Anjing

Suatu hari, Abu Yazid sedang berjalan di suatu lorong, maka datanglah seekor anjing. Beliau menarik sedikit pakaiannya agar tidak tersinggung oleh anjing itu.



Gambar hiasan

Anjing itu pun berkata-kata dalam bahasa manusia: "Jika aku kering, sia-sia menyinggung aku. Jika aku basah, tuan boleh cuci pakaian itu dengan air. Tapi benci yang ada dalam hatimu terhadapku tidak dapat dibasuh dengan tujuh batang sungai. Dosa batin itu payah hendak dibasuh!".

Abu Yazid berkata kepada anjing itu: "Engkau sangat bijak, marilah tinggal bersamaku!".

Tuesday, 26 May 2015

CARA-CARA SAMAK TERKENA NAJIS ANJING DAN KHINZIR


Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Mughallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak), bau dan rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut;

Huraian ;

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda; 


“Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim). 

Caranya ialah;


Pertama ; Buang najis terlebih dahulu


Kedua ; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).


Ketiga ; Bilas dengan air biasa yang suci sebanyak enam kali.

Thursday, 7 May 2015

Mungkin Ini Anak Anjing Laut Yang Paling Comel Pernah Anda Lihat

Kebiasaanya bagi seekor anjing laut, kita sering terbayang-bayang haiwan yang berwarna coklat kehitam-hitaman.



Tapi berbeda pula dengan anak anjing laut. Ia dilihat lebih comel berbanding anjing laut dewasa, dimana keseluruhan badannya memiliki bulu putih yang gebu.



Anak anjing laut ini dijumpai di Baikal, Rusia oleh seorang fotoblogger, Alexphotograph.





Tuesday, 28 April 2015

Pemilik Anjing Tinggalkan Haiwan Tersebut Di Dalam Kereta Ketika Cuaca Panas Dapat Pengajaran Yang Setimpal




Kerana tindakan meninggalkan anjing peliharaannya tinggal di dalam kereta dalam keadaan cuaca panas, seorang wanita mendapat pengajaran berguna apabila telah ditahan oleh pihak polis Ohio.

Polis yang menahan wanita tersebut sebaliknya tidak membawanya terus ke balai sebaliknya menyuruh beliau masuk ke dalam kereta itu dengan ditutup semua tingkap dan pintu bagi merasai apa yang dirasa oleh anjing tersebut.



Ia adalah sebagai pengajaran kerana meninggalkan anjing tersebut di dalam kereta dalam cuaca panas kerana suhu dalam kereta semasa cuaca panas sama dengan seperti berada di dalam oven.

Walau bagaimanapun, dia dibenarkan keluar dalam keadaan selamat tetapi kelihatan tidak selesa dan berpeluh-peluh. - Siakapkeli.com.my