Showing posts with label Bagaimana. Show all posts
Showing posts with label Bagaimana. Show all posts

Friday, 22 May 2015

Pernahkah Anda Tahu Bagaimana Zirafah Tidur?

Sila lihat gambar dibawah ini dengan teliti, mungkin ini merupakan peluang pertama anda untuk melihat bagaimana seekor haiwan bernama zirafah menghabiskan masa tidurnya.



Untuk pengetahuan anda semua, zirafah boleh dikategorikan sebagai haiwan yang paling sedikit memerlukan tidur, kerana sepanjang kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan ini, rekod tidur paling lama bagi seekor zirafah hanyalah sekitar 30 minit sahaja.



Pelik bukan? Ya, memang pelik. Tapi ia fakta yang benar.





Wednesday, 20 May 2015

Jom Lihat Bagaimana Perkhidmatan Pos Di Lakukan Di China


Kebanyakkan orang ramai yang suka membeli secara online mengetahui bahawa, laman web china adalah tempat yang termurah yang dapat anda membeli belah secara onilne. Kebanyakkan kos penghantarannya adalah rendah bebrbanding anda membeli belah secara online di laman web lain.



Tuesday, 19 May 2015

Tahukah Anda Bagaimana Hot Dog (Sosej) Mendapat Nama?

Rasanya hampir semua orang pernah memakan hot dog. Tapi tahukah anda bagaimana makanan ini mendapat namanya?

Hot-Dog


Pada tahun 1852, sebuah syarikat sosej di Frankfurt, Jerman, telah mencipta sosej jenis baru yang dinamakan frankfurter.

Bentuknya panjang dan langsing, tidak besar dan gemuk seperti biasa. Sarungnya nipis sebelum diisi dengan daging cincang.

Apa yang menarik, salah seorang pembuat sosej ini memiliki seekor anjing jenis dachshund (anjing tekel), yang berkaki pendek dan berbadan panjang.

Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Kereta Ambulans Bermula?






Anda sedang memandu kereta, tiba-tiba kedengaran bunyi siren ambulans. Semua kenderaan akan mengelak dan memberikan laluan untuk kenderaan ambulans itu kan?

Ia adalah situasi yang biasa kita lalui. Tetapi tahukah anda bila dan bagaimana asal-usul kereta ambulans?

Semuanya bermula sejak kurun ke 11, ambulans pertama dipercayai diasaskan oleh Raja William I. Namun, ambulans ketika itu bukanlah seperti apa yang ada ketika ini.

Pada ketika itu, ambulans yang dimaksudkan merupakan sebuah tandu yang dipacu oleh kuda. Ambulans digunakan semata-mata untuk membawa askar yang cedera semasa perang untuk mendapatkan rawatan.

Ambulans yang lebih formal muncul sekitar kurun ke 15 apabila Isabella dan Ferdinand dari Sepanyol memperkenalkan ambulans atau hospital bergerak ini. Dalam bahasa Sepanyol ia dikenali dengan nama Ambulancias.

Konsep ambulans kemudian dikembangkan lagi oleh Dominique Jean Larry sekitar kurun ke 17. Dominique yang juga seorang doktor bedah mendapat idea ini sewaktu melihat kesakitan yang ditanggung oleh askar yang tercedera sewaktu peperangan.

Friday, 15 May 2015

Jom Lihat Bagaimana Pasar Cari Jodoh Di China


Setiap hari Sabtu dan Ahad, dari tengah hari hingga di sebelah petang, tanpa mengira cuaca, Taman Rakyat di Shanghai di China penuh sesak dengan ibu bapa remaja yang belum berkahwin, yang datang untuk mengambil bahagian dalam pasaran perkahwinan itu.

Di tepi jalanan, beratus-ratus resume dan mesej yang digantung oleh ibu bapa mereka, tanpa pengetahuan anak-anak mereka. Pada resume ditulis atau dicetak statistik penting keturunan mereka, perkara-perkara yang penting dalam mencari bakal pengantin atau untuk anak-anak mereka - ketinggian, umur, pendapatan, pendidikan, tanda zodiak Cina, dan sama ada mereka memiliki kereta atau sebuah apartmen.

Ibu bapa berjalan sambil berbual dengan ibu bapa lain untuk melihat jika terdapat seorang yang layak dan sesuai untuk anak-anak mereka. Shanghai marriage market (Pasar perkahwinan di shanghai) adalah seperti sebuah temu janji dalam talian dalam suasana yang bukan maya, tetapi beberapa menggambarkannya sebagai "match.com yang memenuhi pasaran petani".

Walaupun hak untuk memilih pasangan sendiri telah lama ditubuhkan di China, ibu bapa masih merasakan keperluan untuk mencuba dan menetapkan jodoh anak-anak mereka , kerana mereka merasakan bahawa anak-anak mereka adalah sama ada terlalu sibuk atau tidak aktif mencari .

Secara tradisinya , ibu bapa yang mengatur perkahwinan anak-anak mereka . Langkah pertama adalah untuk mewujudkan hubungan antara ibu bapa kedua-dua pihak , dan jika ibu bapa bersetuju untuk berhubungang, maka mereka akan membenarkan anak-anak mereka untuk pergi lebih jauh. Ramai orang muda mencari idea yang memalukan , tetapi untuk ibu bapa, ia adalah pilihan terakhir dan satu-satunya cara untuk menegakkan gaya dating tradisional untuk anak-anak mereka di China moden.

Thursday, 7 May 2015

Pelik! Bagaimana Bulu Pelepah Ini Keluar Dari Leher Bayi ??

Ibu bapa mana yang tidak risau apabila mendapati anaknya menerima simptom yang pelik. Ini yang berlaku terhadap sebuah keluarga apabila beranggapan bengkak yang dialami anaknya di bahagian pipi hanya jangkitan kuman.
Bagaimanapun setelah dibuat pemeriksaan, doktor mendapati terdapat bulu pelepah yang keluar dari leher anak pasangan tersebut. Boleh lihat gambar di bawah ini. Pelik bukan?


Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bulu pelepah keluar daripada leher bayi mereka, Mya Whittington yang berusia tujuh bulan. Bukan sahaja pasangan itu, malah doktor yang merawat Mya juga terperanjat dengan kejadian berkenaan.

Bulu pelepah sepanjang dua inci itu bagaimanapun berjaya ditarik keluar daripada leher bayi tersebut selepas ibu bapanya membawa Mya ke hospital apabila lehernya membengkak.

Menurut bapanya, Aaron Whittington, 27, Mya mula berasa sakit dan tidak selesa sejak Sabtu lalu, namun mereka tidak mengetahui apa puncanya.

“Isteri saya menghubungi saya di pejabat dan memberitahu bahagian kiri leher anak saya mula bengkak. Dia bertanya kepada saya sama ada kami perlu membawa bayi itu ke bilik kecemasan,’’ katanya.

Aaron dan isterinya kemudian memutuskan untuk menunggu hingga keesokan harinya dengan harapan bengkak itu akan surut.

Namun selepas melihat bengkak itu semakin besar, mereka terus membawanya ke hospital.

Wednesday, 6 May 2015

Lihat Bagaimana Pengemis Ini Berpura-Pura Lumpuh Untuk Menarik Simpati

Seorang lelaki kurang upaya, memakai pakaian lusuh yang koyak, di sebatang jalan Wenling City, wilayah Zhejiang, China. Beliau yang "mengemis" menggunakan papan 4-roda menarik perhatian dan kemurahan hati orang ramai di jalan-jalan.


Walau bagaimanapun, beliau hanya menunggu masa dan jarak kawasan yang terpencil, ia akan beraksi seperti orang biasa setelah mendapat keuntungan dari mengemis dengan cara berpura-pura lumpuh.



Thursday, 30 April 2015

Pelik! Bagaimana Bayi Kembar Ini Dilahirkan Dalam Dua Negara Berbeza

Bayi kembar merupakan satu angerah dan rezeki daripada Allah SWT. Bercakap tentang kelahiran bayi kembar ini, ada seorang ibu mengalami satu persitiwa yang dianggap unik dalam dunia ini. Bayi yang dilahirkan adalah kembar. Bagaimanapun, proses bersalin itu berlaku di dalam dua negara yang berbeza. Bagaimana ya boleh terjadi sedemikian rupa? Difahamkan, terdapat masalah untuk proses kelahiran kembar yang kedua. Oleh itu, doktor meminta ibu bayi kembar tersebut mendapatkan rawatan di hospital lain.

bayi Sepasang bayi kembar dilahirkan di dua negara yang berbeza. Seorang ibu melahirkan bayi laki-lakinya di Inggeris dan bayi perempuannya di Scotland.

Saat ini sepasang bayi kembar unik tersebut merayakan ulang tahun pertamanya. Walaupun bayi kembar yang bernama Dylan Joseph dan Hannah Rose lahir kurang dari dua jam, tapi mereka mempunyai kewarganegaraan yang berbeza.

Sang ibu, Donna Keenan, sedang mempersiapkan untuk ulang tahun pertama mereka dengan memakaikan pakaian khusus yang dibuat untuk memberikan penghormatan kepada tempat kelahiran masing-masing si kembar.

Wanita berusia 28 tahun tersebut mengatakan bahawa dia membelikan Hannah gaun tartan dan membelikan baju bergambar Singa Inggeris untuk Dylan.

“Saya membelinya beberapa pakaian lucu untuk mereka dan akan dipakai di hari ulangtahun mereka,” ujar Donna, seperti dikutip Daily Mail.

Awalnya Donna menonton final Euro antara Itali dan Sepanyol pada 2012 silam. Saat itu mereka tidak punya masa untuk pergi kerumah sakit, sehingga paramedik yang datang ke rumah mereka di Inggeris untuk membantu persalinan Dylan.

Namun, kerana dia akan melahirkan bayi kembar, maka doktor berkeras meminta Donna untuk pergi ke rumah sakit untuk kelahiran bayi kedua itu. Kemudian mereka harus menempuh perjalanan panjang melintasi sempadan Scotland, untuk menuju ke Hospital Umum Borders di Melrose, Scotland.

Sang ayah, Joe Fox, berkata bahawa bayi kembarnya ini akan sering bersaing seperti permainan bola sepak.

“Saya seorang peminat bola sepak jadi saya yakin akan ada beberapa persaingan ketika mereka tumbuh dewasa,” ungkap lelaki berusia 25 tahun ini.

Pasangan kekasih itu juga mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun, bernama Jessica.

Pelik! Bagaimana Manusia Ini Boleh Terapung Di Udara ??

Jika di Bukit Bintang, sudah pasti anda akan teringat tentang manusia ‘emas’ dan ‘silver’ yang dilihat membuat aksi tersendiri. Aksi mereka turut dirakam oleh pengunjung yang berada di sana. Namun pernahkah anda melihat aksi orang terapung di udara?
Rasanya tiada setakat ini melainkan ia dilakukan dalam persembahan khas di acara pentas. Beberapa orang dilihat membuat pertunjukan terapung di kawasan orang ramai lalu lalang. Ada juga yang memberikan duit sebagai tanda penghargaan. Boleh lihat gambar di bawah ini.

terapung4

terapung5

terapung6


terapung1

terapung7



terapung2

terapung3