
Anda sedang memandu kereta, tiba-tiba kedengaran bunyi siren ambulans. Semua kenderaan akan mengelak dan memberikan laluan untuk kenderaan ambulans itu kan?
Ia adalah situasi yang biasa kita lalui. Tetapi tahukah anda bila dan bagaimana asal-usul kereta ambulans?
Semuanya bermula sejak kurun ke 11, ambulans pertama dipercayai diasaskan oleh Raja William I. Namun, ambulans ketika itu bukanlah seperti apa yang ada ketika ini.
Pada ketika itu, ambulans yang dimaksudkan merupakan sebuah tandu yang dipacu oleh kuda. Ambulans digunakan semata-mata untuk membawa askar yang cedera semasa perang untuk mendapatkan rawatan.
Ambulans yang lebih formal muncul sekitar kurun ke 15 apabila Isabella dan Ferdinand dari Sepanyol memperkenalkan ambulans atau hospital bergerak ini. Dalam bahasa Sepanyol ia dikenali dengan nama Ambulancias.
Konsep ambulans kemudian dikembangkan lagi oleh Dominique Jean Larry sekitar kurun ke 17. Dominique yang juga seorang doktor bedah mendapat idea ini sewaktu melihat kesakitan yang ditanggung oleh askar yang tercedera sewaktu peperangan.