Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi.
Masjid Hassan II merupakan masjid kedua terbesar di dunia. Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.
Masjid dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.
Ini merupakan permintaan khas dari Raja Hassan kerana di dalam Al-Quran, kitab suci umat Islam, disebutkan bahawa singgahsana Tuhan terletak di atas laut. Istimewanya, sebahagian lantai masjid diperbuat daripada kaca dan oleh itu umat Islam yang beribadah atau sujud boleh melihat terus ke dalam laut.


