Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

Isteri Tak Mau Kunjungi Rumah Mertua, Ini Hukumnya






Gambar Hiasan







KETIKA seorang wanita telah sah untuk bersanding dengan seorang laki-laki, maka statusnya berubah menjadi seorang isteri. Dan kewajiban sebagai seorang isteri ialah mentaati suaminya. Termasuk untuk tinggal dan mengikuti segala aturannya, segala itu masih berada dalam tuntunan syariat Islam. Bukan hanya berlaku baik terhadap suami, sang isteri pun harus berperilaku baik pula pada keluarga suami, termasuk kedua orang tuanya, yang menjadi mertua bagi isteri.





Terkadang ada isteri yang tidak begitu menyukai mertuanya sendiri. Hal ini terjadi akibat beberapa faktor yang berbeza. Namun yang pasti, hal inilah yang menjadi penghambat hubungan silaturahmi untuk berjalan baik. Lalu, bagaimana hukumnya isteri yang tidak mau mengunjungi rumah mertuanya? Dan apa hak mertua atas isteri?



Monday, 25 May 2015

Perempuan Ini Berhenti Kerja Untuk Bina Rumah Buluh

Elora Hardy mempunyai kerjaya yang stabil didalam arena fesyen di New York. Tetapi dia telah mengambil langkah yang drastik apabila beliau nekad untuk meninggalkan kerjayanya itu untuk menetap di Bali dan membina sebuah rumah yang berasaskan buluh.



Diinspirasikan oleh ayahnya, beliau memilih buluh kerana ia merupakan satu bahan yang boleh diperbaharui dan senang diperoleh. Buluh mempunyai kekuatan seperti konkrit yang dimampatkan, dikatakan mempunyai nisbah kekuatan yang sama seperti keluli.



Kelemahan utamanya hanya kepada serangga dan kelembapan, tetapi sekiranya dirawat dan dijaga dengan elok, ia mampu bertahan seumur hidup.




Thursday, 21 May 2015

(20 Gambar) WOW! Rumah Banglo Linda Onn Bernilai RM7 Juta Yang Sungguh Mewah!!!




Siapa tidak kenal dengan penyampai radio Linda Onn yang pernah terkenal suatu ketika dahulu, beliau yang selesa menguruskan perniagaannya.


Linda Onn merupakan selebriti yang berjaya di dalam bidang pengacaraan dan juga deejay radio. Di samping itu, Linda Onn juga berjaya di dalam bidang perniagaannya dalam bidang restoren.


Linda Onn mempunyai restoren kedai makan nasi ayam dan asam pedas. Nama kedai makannya ialah My Mom’s Chicken Rice (Citarasa Linda Onn).


Kejayaan Linda Onn dalam bidang perniagaan membolehkannya memiliki aset rumah banglo yang amat mewah dan tersergam indah.


Ketika membeli rumah banglo ini pada tahun 2009, harganya hampir RM 3 juta dan kini harga semakin melambung tinggi , mungkin menceceh RM4-7 juta.


Jom intai beberapa sudut rumah mewah kepunyaan Linda Onn yang tidak pernah dilihat oleh peminatnya.





Sunday, 17 May 2015

Mesti Tahu!! Hiasan Dalam Rumah Yang Dilarang Dalam Islam


sekadar gambar hiasan


Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat. Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah.

Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa (Ibnu Hibban)

Manakala Allah SWT berfirman:
Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan (Surah an-Nahl : 80)

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung.

Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.

Rasulullah SAW bersabda:

1)Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung (Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.
Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.

Rumah Celah Batu Antara Banggunan Paling Pelik Di Dunia



Terletak di pergunungan Fafe utara Portugal, terdapat banyak bongkah batu-batu besar. Antaranya, terdapat rumah sebenar Flintstones berdiri di lereng bukit. Diilhamkan oleh kartun popular tahun 1960-an, rumah ini dibina pada tahun 1974 di antara empat batu besar dan dinamakan "Casa do Penedo," atau Rumah Batu. 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Casa do Penedo telah menjadi tarikan pelancong yang popular untuk eko-mesra reka bentuk muktamad. Ia juga telah diundi oleh orang ramai sebagai salah satu bangunan pelik di dunia. 






Tuesday, 12 May 2015

BILA RIZALMAN MAKEOVER RUMAH KAMPUNG JADI SETARAF RESORT #MENARIK




BILA RIZALMAN MAKEOVER RUMAH KAMPUNG JADI SETARAF RESORT #MENARIK | Artikel yang dikongsikan daripada Fabulousity by Rizalman ini adalah tentang projek terbaru beliau bersama celcom. Iaitu menukar rumah kampung dan rumah lama kepada hiasan dalaman yang bertaraf resort ( house makeover ). Mungkin kita boleh dapat idea dari sini.

Parit Jayus, Batu Pahat



Sebelum






Sunday, 10 May 2015

(10 GAMBAR) Anda Akan Terkejut Dengan Dekorasi Dalaman Rumah Yang Kelihatan Biasa Dari Luar Tapi Apabila Memasukinya??!!



Sebuah rumah yang telah dijual di sebuah Negara sweeden dimana dari luaran rumah tersebut kelihatan biasa. Namun apabila memasukinya, anda pasti akan terkejut dengan dekorasi dalaman rumah ini. Rumah ini lebih sesuai bagi mereka yang peminat tegar filem Alien vs Predator kerana dekorasi dalaman rumah ini seperti kubu yang khas dibina didalam sebuah rumah





Thursday, 7 May 2015

RUMAH PERLINDUNGAN BAYI YANG DI BUANG YANG PASTI BUAT ANDA SEDIH




RUMAH PERLINDUNGAN BAYI YANG DI BUANG YANG PASTI BUAT ANDA SEDIH | Henan, China. Sejak tahun 1986, Yuan Lihai telah menerima lebih 100 [bayi yang ditinggalkan ].Sebahagian dari mereka yang dah membesar telah berkahwin dan kerja dan telah meninggalkannya, dan masih terdapat 39 berada bersama beliau hingga hari ini, sebahagian dari kanak-kanak itu ada yang menderita sakit mental dan cacat. Yuan Lihai hanya menjual makanan ringan di jalanan untuk menyara hidup untuk dirinya kanak-kanak dan bayi, manakala suaminya yang menentang pengambilan pembuangan bayi telah berpisah dengan beliau.



Bermula pada tahun 1987, Yuan Lihai telah mengambil kanak-kanak cacat atau berpenyakit, setelah menerima lebih 100 kanak-kanak dalam tempoh 25 tahun yang lalu, dengan beberapa orang kanak-kanak telah meninggal dunia akibat penyakit yang teruk dan rawatan perubatan yang tidak mencukupi.



Yuan Lihai agak terkenal di sana, dengan orang-orang biasa, hospital, dan juga polis, perkhidmatan kecemasan, ramai di antara kanak-kanak tersebut telah dihantar kepadanya.


Wednesday, 6 May 2015

ANDA PASTI TERKEJUT MELIHAT KEADAAN RUMAH INI??




ANDA PASTI TERKEJUT MELIHAT KEADAAN RUMAH INI?? | Rumah ataupun tempat tinggal adalah tempat untuk berteduh, berlindung dan merupakan tempat yang paling selesa bagi semua benda hidup di dunia ini..



Burung, arnab, harimau dan serangga pun mempunyai rumah..



Rumah bagi manusia umumnya menjadi tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti beribadat, mengulang kaji pelajaran, bersantai bersama keluarga dan terlalu banyak lagi untuk saya muatkan..



Tidak hairanlah mengapa rumah harus sentiasa bersih dan teratur..



Mengikut kajian, haiwan juga lebih suka habitat/tempat tinggal yang bersih dan teratur..



Mungkin bagi kita habitat mereka kurang bersih..



Tapi, bagi mereka, rumah mereka dah tak tumpah macam mahligai istana yang sangat cantik..

Monday, 4 May 2015

9 GAMBAR Rumah Banglo Mewah Berharga RM7 Juta Milik Linda Onn Yang Pasti Buat Anda Kata WOW !!!


“SAYA sendiri masih tidak percaya ini semua suatu kenyataan,” tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman barunya di Setiahills yang terletak di Bukit Indah, Ampang. 
1

Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang mencecah 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir kawasan metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah banglo berkonsep resort atau vila spa Bali.

Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan kawalan keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka bentuk. Harga setiap banglo tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga RM3.6 juta (tetapi kini boleh mencapai harga RM7 juta!!!).

Sunday, 3 May 2015

Rumah Flat Ini Biasa Sahaja Tetapi Ada Sesuatu Yang Pasti Mengejutkan Anda


Terletak di Zhuji City, Zhejiang, kelihatan sebuah pembinaan haram yang mengejutkan. Pemilik rumah flat ini dikatakan membina sebuah "lif persendirian," hanya untuk ke tingkat 5, semata-mata untuk sebuah unit rumah ini sahaja, dan ia dibina dari awal pembinaan bangunan itu dan aduan telah di buat oleh pemilik rumah di bahagian bawah.


Menurut penduduk sekitar "lif persendirian," pembinaan lif ini menyekat pemandangan beberapa tingkap, dan memberi kesan kepada pemilik lain, Ianya telah menjadi sangat menyusahkan. Sesetengah kejiranan seperti dihukum: Jangan begitu mementingkan diri sendiri! jelas mereka.

Terdapat ramai berkata, mereka tidak faham, ini bukan villa, pembinaan lif persendirian terlalu merugikan! Dan jelas menunjukkan bahawa ini adalah pembinaan haram, tidak ada akal. Dan beliau juga seperti mencari musuh di tingkat bawah, dengan apa yang dilakukannya!

Saturday, 2 May 2015

PERHATIAN KAUM ADAM :Hukum Isteri Menanggung Belanja Rumah




Soalan; 
Assalamualaikum.
Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan,
sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan;

Inilah Rumah 1 Bilik Yang Termahal Di Britain , Agak-Agak Macamana Keadaan Di Dalamnya Yer ???








Sebuah rumah yang hanya memiliki sebuah bilik tidur di Britain diiklan untuk dijual pada harga £1.8 juta (RM9.8 juta) sekali gus menjadi kediaman sebuah bilik tidur termahal di negara berkenaan...

Seram! Misteri Wanita Dalam Tandas Rumah

Melepaskan ‘hajat’ pada lewat malam antara yang agak menyeramkan terutamanya orang-orang pada zaman dahulu. Ini kerana kebiasaannya, tandas yang dibina terletak berjauhan dari rumah mereka. Kini tandas sudah lengkap dibina dalam rumah. Namun begitu, ada juga yang masih takut untuk pergi ke tandas pada lewat malam terutamanya kanak-kanak. Ada sebuah kisah di mana seorang lelaki ini mahu pergi ke tandas, akan tetapi sejurus daun pintu dibuka, ia terlihat seorang wanita berambut panjang duduk di atas jamban tersebut. Siapakah wanita itu?







 Nama saya Budi. Kisah ini berlaku kira-kira 23 tahun yang lalu  ketika itu umur saya baru 14 tahun. Saya sering ke rumah jiran yang tinggal di atas. Mereka merupakan keluarga Melayu, suami, isteri dan kedua-dua anak lelaki mereka yang sebaya dengan saya. Saya selalu ke rumah beliau lagi-lagi kalau ada perlawanan bolasepak di televisyen.

Thursday, 30 April 2015

Rumah Ini Kecil Sahaja Tapi Apa Yang Anda Idamkan Semuanya Ada




Rumah ini mungkin kelihatan kecil dari dalamannya. Namun, ianya mempunyai kelengkapan asas seperti ruang dapur, ruang bilik tidur, ruang bilik mandi dan juga ruang istirehat. Ia mungkin tidaklah begitu besar ruangnya tetapi semua kelengkapan yang anda perlukan ada didalam satu rumah ini..




Pelik! Benarkah Kucing Ini Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran?

Jika kita mendengar kucing mencuri ikan jiran, itu tidak mustahil berlaku. Tetapi jika ada yang melaporkan kucing mencuri kunci rumah jiran, itu seakan pelik sebenarnya.
Namun kita tidak boleh menuduh tanpa usul periksa biarpun ia hanya seekor haiwan. Setelah disiasat, memang benar seekor kucing yang diberi nama Moggy Milo mempunyai banyak kunci milik jirannya. Bagaimanapun kunci-kunci tersebut melekat di lehernya adalah disebabkan kucing tersebut memakai kolar magnetik.

kucing-curi-kunci

LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya.

Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.

Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya.

Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.”

Wednesday, 29 April 2015

Rumah Aneh Ini Sangat Menakjubkan...Ianya Seakan Sedang Terapung-Apung Di Udara !!!


Menggunakan helah perspektif dan seni bina moden yang halus, arkitek Australia F2 telah membina rumah terapung mewah yang kelihatan seperti berada terapung di atas lautan Selatan Australia....


Ilusi ini tdari tidak akan menjadi jika kita meliht dari sudut yang lain selain dari jambatan untuk ke pintu masuk, tetapi bangunan ini masih lagi menarik. Dari sudut lain, ia kelihatan seperti bangunan itu dibina di atas tiang yang berada setinggi 40m (atau kira-kira 130 kaki) dari arah bawahnya....

Sebaik sahaja anda menyeberang ke arah jambatan bangunan itu, (dan dengan syarat anda tidak takut ketinggian), anda akan disambut dengan pemandangan yang menakjubkan Pantai Fairhaven dan Great Ocean Road di bawah....

Bangunan ini boleh disewa dengan harga antara 440 hingga 1.220 dollar Australia untuk satu malam. Ia pasti berbaloi untuk mereka yang mencari tempat percutian yang mewah!!!!













Tuesday, 28 April 2015

Hantar Dron radioaktif ke rumah PM tanda protes nuklear

 



TOKYO: Polis menahan seorang lelaki kerana menerbangkan sebuah dron yang dikesan mengandungi radioaktif di bumbung kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun.

Yasuo Yamamoto, 40, menyerah diri kepada polis di wilayah Fukui, kira-kira 350 kilometer (220 batu) di barat Tokyo, lewat malam semalam bersama alat kawalan dronnya, sambil memaklumkan dia melakukan itu bagi menyatakan pendiriannya berhubung gerakan antikuasa nuklear, lapor media tempatan.



Jurucakap polis Tokyo memaklumkan lelaki itu yang juga seorang blogger dan tidak bekerja telah dibawa ke Tokyo untuk disoal siasat. "Suspek merancang untuk mengganggu operasi di kediaman rasmi Perdana Menteri," kata jurucakap itu.

Dron berkenaan menghantar satu botol yang tertera tanda radiasi antara 22 Mac dan 22 April, iaitu ketika ia ditemui, tanpa menjelaskan lebih lanjut. Kakitangan di kediaman rasmi yang dikenali sebagai 'Kantei' menemui dron yang dianggarkan bersaiz 50 sentimeter (20 inci) di atas bangunan lima tingkat di pusat bandar Tokyo itu, Rabu lalu.


Kesan radiasi telah dikesan tetapi dilaporkan terlalu rendah untuk memberi risiko kepada kesihatan manusia. -AFP