Showing posts with label Antara. Show all posts
Showing posts with label Antara. Show all posts

Sunday, 21 June 2015

"Soal Pakai Tudung Atau Tidak, Biarlah Antara Saya Dan Tuhan" - Diana Johor


*Pelakon Diana Johor sebelum ini pernah dikecam di laman sosial kerana kembali membuka hijab namun bagi Diana yang sebelum ini kelihatan seperti sudah lama menghilang daripada industri seni tanah air, dia mempunyai pendirian tersendiri mengenai perkara tersebut.

“Apabila difikirkan semula, saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya dan kerana itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Memang ia mengejutkan ahli keluarga, tetapi saya nekad dengan keputusan ini”

Sunday, 17 May 2015

Rumah Celah Batu Antara Banggunan Paling Pelik Di Dunia



Terletak di pergunungan Fafe utara Portugal, terdapat banyak bongkah batu-batu besar. Antaranya, terdapat rumah sebenar Flintstones berdiri di lereng bukit. Diilhamkan oleh kartun popular tahun 1960-an, rumah ini dibina pada tahun 1974 di antara empat batu besar dan dinamakan "Casa do Penedo," atau Rumah Batu. 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Casa do Penedo telah menjadi tarikan pelancong yang popular untuk eko-mesra reka bentuk muktamad. Ia juga telah diundi oleh orang ramai sebagai salah satu bangunan pelik di dunia. 






Saturday, 9 May 2015

Inilah Antara 7 Jalan Paling Bahaya Di Dunia Dan Paling Unik

Guoliang Tunnel adalah nama sebatang jalan di Gunung Taihang, China. Jalan ini berada tepat di pinggir tebing dengan panorama landskap hutan yang indah.

Guoliang Tunnel di senaraikan sebagai salah satu daripada tujuh jalan paling berbahaya di dunia. Bahkan, laman media China, turut mengatakan ianya sebagai jalan yang mengerikan.

Guoliang Tunnel yang berada di Wilayah Henan. Hampir betul-betul berada di pinggir tebing, dengan panjang kira-kira 1.3 km, lebar 4 meter dan beberapa bahagian dilindungi bumbung batu dengan tinggi 5 meter.

Jalan tersebut dibina sejak tahun 1977 yang mengambil masa selama 5 tahun. Sejarah, Guoliang Tunnel ini dibina oleh masyarakat dari 13 desa yang ada di sekitar Gunung Taihang.

Pada masa itu, mereka mengalami kesukaran untuk melawat ke kampung lain, kerana terpaksa mendaki tebing. Akhirnya dengan menggunakan skop dan bahan letupan, mereka bergotong royong membina Guoliang Tunnel. Kerajaan tempatan pada awalnya turut membantu, namun memaksa mereka menghentikannya kerana jalan itu terlalu berisiko.

Tetapi, masyarakat dari 13 kampung tersebut meneruskan pembinaan Guoliang Tunnel dan akhirnya berjaya di siapkan. Kini masyarakat desa tersebut mendapat faedah dari apa yang mereka kerjakan dan mudah untuk melawati setiap desa. Sejak tahun 2000-an, semakin ramai pelancong yang melawat Guoliang tunnel kerana di anggap unik serta memaparkan lanskap hutan yang hijau bak permaidani raksasa.

Namun di sebalik keindahan itu, Guoliang Tunnel adalah sangat berbahaya. Menurut masyarakat tempatan, ramai yang terbunuh semasa pembinaan jalan tersebut. Kononnya terdapat banyak tengkorak yang bertaburan di bawah jurang yang kedalamannya puluhan meter.

Kerajaan tempatan dengan tegas menasihatkan pelancong yang memandu kereta ke sana. Jangan terlalu memandu laju dan waspada di kala hujan, kerana jalan-jalan disni akan menjadi licin. Selain menaiki kereta, pelancong boleh melewati pemandangan Guoliang dengan berjalan kaki. 


Thursday, 7 May 2015

ANTARA KELAKUAN BURUK AWEK KETIKA BERADA DI TEMPAT AWAM

ANTARA KELAKUAN BURUK AWEK KETIKA BERADA DI TEMPAT AWAM | Kebiasaan Buruk Awek di Tempat Umum, bagi anda lelaki wajib tahu. Tahu tak apa yang menjadi kebiasaan buruk wanita itu?? well,



Wanita sering melakukan kebiasaan-kebiasaan buruk di depan umum, baik dilakukan secara sengaja maupun tanpa mereka sedari. Mahu lihat kebiasaan buruk mereka? Jom saksikan Cekidot ...



Menggaru Punggung Di tempat Umum




Memberi ganjaran setelah mendapatkan sesuatu




Saturday, 25 April 2015

[INFO] Antara Khasiat Memakan Kaki Ayam!

                                                           

Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.

Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik.

**New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan.