Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Budak Ini Berkebolehan Melihat Dalam Gelap Seperti Kucing

                         

Manusia biasanya memerlukan cahaya untuk dapat melihat sesuatu dengan jelas, terutamanya di malam hari. Namun tidak bagi Nong Yousui. Budak yang berasal dari Dahua, China, ini dilahirkan dengan mata biru cerah dan boleh melihat jelas di dalam gelap sekalipun, seperti mata kucing.
Mata biru cerah Nong tak hanya membuatnya kelihatan unik, gurunya juga mendakwa bahawa mata Nong berubah menjadi bersinar dan berwarna hijau neon ketika disuluh dengan lampu.

Seorang wartawan tempatan dari China menyiapkan satu set untuk menguji kemampuan Nong. Ia diminta untuk duduk di dalam bilik gelap gelita. Nong menyelesaikan seluruh ujiannya dan membuktikan bahawa penglihatannya di malam hari sama dengan penglihatan di hari siang pada kebanyakan orang.

Para saintis mendedahkan bahawa hal ini sukar dipercayai. Penglihatan malam atau night vision ini biasanya dimiliki oleh haiwan tertentu, seperti kucing dan harimau. Keadaan ini dimungkinkan oleh adanya lapisan tipis sel yang dikenali sebagai tapetum lucidum. Masih belum diketahui secara pasti bagaimana boleh lapisan ini boleh dimiliki oleh manusia.

Sunday, 24 May 2015

Tahukah Anda Kenapa Kucing Menggeselkan Badan?

Tahukah anda kucing adalah haiwan peliharaan yang popular sejak zaman dahulu lagi. Pasti ada yang perasan satu tingkah laku yang sering dilakukan oleh haiwan yang comel ini.

Kucing Manja

Kelazimannya, kucing sering kali menggeselkan kepala dan juga badan apabila berjumpa dengan tuannya. Selain itu, haiwan comel ini juga suka menggesel tidak mengira tempat seperti di kaki kerusi, meja, pintu dan pelbagai tempat lain lagi.

Pelbagai andaian dibuat mengenai tabiat kucing yang suka menggesel. Pasti ramai yang ingin tahu, kenapa kucing suka buat begitu? Apakah mesej sebenar yang hendak disampaikan apabila kucing berbuat demikian?

Friday, 22 May 2015

Kucing Cedera Ini Diabaikan Begitu Sahaja

Seorang pengguna Reddit, HoneyFlowers telah menyaksikan satu kejadian tragis dimana kelihatan seekor kucing yang telah cedera teruk terbaring dihadapannya. Beliau berhenti mengambil gambar beberapa meter sebelum memberanikan diri untuk mendekati mangsa dengan niat untuk membantu walaubagaimanapun terkejut dengan apa yang berlaku seterusnya..






Kucing ini dilihat cedera parah dengan kesan darah yang memercik dimerata tempat..


Tuesday, 12 May 2015

KUCING MILIK KARL LAGERFELD, MILIKI PENDAPATAN SEBANYAK RM15.56 JUTA TAHUN LALU!!




KUCING MILIK KARL LAGERFELD, MILIKI PENDAPATAN SEBANYAK RM15.56 JUTA TAHUN LALU!! | Kucing ini hidup serba mewah, lengkap dengan perkhidmatan dua orang gaji sepenuh masa.



Mewah sangat dah tu kalau sampai ada dua orang gaji untuk seekor kucing!



Bukan itu sahaja, kucing ini juga mengaut pendapatan jutaan ringgit setahun dengan kontrak peragaan sahaja.



Kucing yang diberi nama Choupette ini, sebenarnya milik jutawan terkenal Karl Lagerfeld yang merupakan pemilik Chanel dan Pengarah Kreatif Fendi.


Friday, 8 May 2015

Wajah Comel Tetapi Kucing Ini Mempunyai Bakat Mencuri



Wajahnya comel, tapi mempunyai bakat jadi pencuri. Kucing ini kelihatan biasa seperti kucing pada umumnya, tapi dia mempunyai kebiasaan aneh. Jika kucing lain suka main bola benang, kucing yang satu ini suka mencuri. Mulai dari makanan hingga pakaian dalam wanita.

Nama kucing ini adalah Norris, dia adalah kucing jantan peliharaan Richard dan Sophie Windsor. Dari kecil, pasangan ini sudah memelihara Norris. Tingkah laku si kucing terlihat normal sampai usianya satu tahun, barulah pemiliknya tahu bahawa Norris punya bakat mencuri.

Mencuri makanan, lap, hingga pakaian dalam wanita

"Awalnya dia diam-diam mengambil lap debu dan kain tuala pinggan mangkuk, tetapi sekarang dia mula mengambil pakaian, termasuk bra, seluar, " ujar Richard, dipetik dari laman Dailymail.co.uk.

Thursday, 30 April 2015

Pelik! Benarkah Kucing Ini Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran?

Jika kita mendengar kucing mencuri ikan jiran, itu tidak mustahil berlaku. Tetapi jika ada yang melaporkan kucing mencuri kunci rumah jiran, itu seakan pelik sebenarnya.
Namun kita tidak boleh menuduh tanpa usul periksa biarpun ia hanya seekor haiwan. Setelah disiasat, memang benar seekor kucing yang diberi nama Moggy Milo mempunyai banyak kunci milik jirannya. Bagaimanapun kunci-kunci tersebut melekat di lehernya adalah disebabkan kucing tersebut memakai kolar magnetik.

kucing-curi-kunci

LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya.

Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.

Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya.

Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.”

Wednesday, 29 April 2015

Pelik! Wanita Ini Gemar Makan Bulu Kucing

Seperti yang kita tahu, bulu kucing sebenarnya mengandungi kuman kerana kucing terdedah kepada keadaan sekeliling yang kotor. Memang pelik, bagaimana wanita ini amat gemar akan bulu kucing. Seperti tiada benda lain yang mahu dimakannya. Difahamkan juga tabiat pelik wanita ini sudah mencecah hampir 15 tahun.

bulu

Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.

Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari. Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.

“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.”

Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.

Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.

Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.

“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya.