Showing posts with label Mencuri. Show all posts
Showing posts with label Mencuri. Show all posts

Friday, 8 May 2015

Wajah Comel Tetapi Kucing Ini Mempunyai Bakat Mencuri



Wajahnya comel, tapi mempunyai bakat jadi pencuri. Kucing ini kelihatan biasa seperti kucing pada umumnya, tapi dia mempunyai kebiasaan aneh. Jika kucing lain suka main bola benang, kucing yang satu ini suka mencuri. Mulai dari makanan hingga pakaian dalam wanita.

Nama kucing ini adalah Norris, dia adalah kucing jantan peliharaan Richard dan Sophie Windsor. Dari kecil, pasangan ini sudah memelihara Norris. Tingkah laku si kucing terlihat normal sampai usianya satu tahun, barulah pemiliknya tahu bahawa Norris punya bakat mencuri.

Mencuri makanan, lap, hingga pakaian dalam wanita

"Awalnya dia diam-diam mengambil lap debu dan kain tuala pinggan mangkuk, tetapi sekarang dia mula mengambil pakaian, termasuk bra, seluar, " ujar Richard, dipetik dari laman Dailymail.co.uk.

Tuesday, 5 May 2015

GEMPAR! Penduduk Tangkap Kelawar Jadian Yang Disyaki Mencuri Duit Orang Kampung





Penduduk di sebuah kampung yang terletak di Situbono, Indonesia gempar apabila seorang penduduk di situ dikatakan telah berjaya menangkap seekor kelawar yang didakwa sebagai kelawar jadian. Berita gempar tersebut dengan pantas tersebar ke kampung-kampung berdekatan.


Muhlis, penduduk kampung yang berjaya menangkap kelawar tersebut memberitahu bahawa dia melihat haiwan jadian tersebut di dalam rumahnya sedang berkeliaran di kawasan tempat dia menyimpan duit. Dia menceritakan lagi bahawa agak sukar baginya untuk menangkap haiwan tersebut yang terbang begitu pantas liar.



Orang Muhlis mula dibanjiri orang ramai yang ingin menyaksikan kelawar jadian tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan ilmu hitam. Sememangnya sebelum ini agak kerap berlaku kes kecurian duit orang kampung di kawasan tersebut sebelum penangkapan kelawar itu.

Thursday, 30 April 2015

Pelik! Benarkah Kucing Ini Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran?

Jika kita mendengar kucing mencuri ikan jiran, itu tidak mustahil berlaku. Tetapi jika ada yang melaporkan kucing mencuri kunci rumah jiran, itu seakan pelik sebenarnya.
Namun kita tidak boleh menuduh tanpa usul periksa biarpun ia hanya seekor haiwan. Setelah disiasat, memang benar seekor kucing yang diberi nama Moggy Milo mempunyai banyak kunci milik jirannya. Bagaimanapun kunci-kunci tersebut melekat di lehernya adalah disebabkan kucing tersebut memakai kolar magnetik.

kucing-curi-kunci

LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya.

Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.

Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya.

Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.”

Wednesday, 29 April 2015

Terus Mencuri Ke Selepas Menunaikan Solat ?








AKSI seorang wanita yang elok bertudung mencuri beg tangan di sebuah surau di pusat beli-belah di Shah Alam ‘kantoi’ apabila gerak-gerinya itu berjaya di rakam kamera litar tertutup (CCTV).


Wanita yang mengenakan tudung hitam dirakam keluar dari surau di Plaza Alam Sentral, kira-kira jam 7.17 malam, selepas didakwa mencuri beg tangan milik seorang pengunjung pusat beli belah itu pada Ahad.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika pemilik beg tangan sedang mengambil wuduk.

Wajah wanita itu berjaya dirakam dengan jelas oleh CCTV ketika suspek menggunakan eskalator dengan membawa beg yang lebih besar dipercayai untuk menyembunyikan beg tangan yang dicuri itu.

Adik kepada pemilik beg tangan yang dicuri itu, Alif Adnan, telah memuat naik gambar-gambar yang dirakam CCTV di laman sosial Facebook dan meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti dan mengesan suspek.

Persoalan yang timbul dari kami ialah apa sudah jadi dengan nilai akhlak masyarakat kita, lebih-lebih lagi kepada perempuan Muslim yang elok luarannya menutup aurat.