.
Showing posts with label sesuatu. Show all posts
Showing posts with label sesuatu. Show all posts
Saturday, 20 June 2015
Thursday, 21 May 2015
Wednesday, 20 May 2015
Pekerja KFC Ini Lakukan Sesuatu Yang Sangat Mengejutkan!
KFC makanan yang tidak asing lagi untuk kita semua, namun apa yang lelaki ini buat dan lakukan semamang nya tiada di KFC...
Ini sungguh mengejutkan dan menjadi Viral di media sosial, yang pasti apa yang di lakukan Pekerja lelaki KFC ini membuat orang ramai yang melihat nya tidak boleh tahan...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sunday, 3 May 2015
Rumah Flat Ini Biasa Sahaja Tetapi Ada Sesuatu Yang Pasti Mengejutkan Anda

Terletak di Zhuji City, Zhejiang, kelihatan sebuah pembinaan haram yang mengejutkan. Pemilik rumah flat ini dikatakan membina sebuah "lif persendirian," hanya untuk ke tingkat 5, semata-mata untuk sebuah unit rumah ini sahaja, dan ia dibina dari awal pembinaan bangunan itu dan aduan telah di buat oleh pemilik rumah di bahagian bawah.
Menurut penduduk sekitar "lif persendirian," pembinaan lif ini menyekat pemandangan beberapa tingkap, dan memberi kesan kepada pemilik lain, Ianya telah menjadi sangat menyusahkan. Sesetengah kejiranan seperti dihukum: Jangan begitu mementingkan diri sendiri! jelas mereka.
Terdapat ramai berkata, mereka tidak faham, ini bukan villa, pembinaan lif persendirian terlalu merugikan! Dan jelas menunjukkan bahawa ini adalah pembinaan haram, tidak ada akal. Dan beliau juga seperti mencari musuh di tingkat bawah, dengan apa yang dilakukannya!
GEMPAR....Tukang Sapu Menemui Sesuatu Yang Sangat Mengejutkan !!!
Seorang tukang sapu yang bimbang mayat yang ditemuinya mangsa pembunuhan sebenarnya mumia yang berusia menjangkau 900 tahun.
Mumia itu yang dipercayai wujud sejak tahun 1,100, ditemui tukang sapu berkenaan di barat laut Peru dalam keadaan terikat dan diletakkan dalam kotak di depan di bandar Trujillo...
Pihak berkuasa percaya mumia terbabit dicuri dari kawasan arkeologi di Chan Chan yang pernah menjadi ibu negara Empayar Chimu. Empayar itu wujud di kawasan pantai Peru sekitar 1100.... Tukang sapu, Otilio Padilla Miramontes, 54, berkata: “Ia kelihatan seperti kotak biasa yang dibuang di jalan raya,,,. Saya menemuinya awal pagi ketika menyapu jalan raya di Trujillo....
Saturday, 18 April 2015
Tahukah perempuan bahawa kamu itu sesuatu yang bernilai?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?
Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Saya, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.
Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Barrack Obama juga lahir dari perut seorang perempuan.
Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?
Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.
Perempuan sayap kiriku
Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan mereka, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.
Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.
Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.
“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah
Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah.
Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?
MasyaAllah.
Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.
Maka amat menyedihkan saya jika…
Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.
Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.
Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.
Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?
Penutup:
Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…
Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.
Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)




