Monday 25 May 2015

Perempuan Ini Berhenti Kerja Untuk Bina Rumah Buluh

Elora Hardy mempunyai kerjaya yang stabil didalam arena fesyen di New York. Tetapi dia telah mengambil langkah yang drastik apabila beliau nekad untuk meninggalkan kerjayanya itu untuk menetap di Bali dan membina sebuah rumah yang berasaskan buluh.



Diinspirasikan oleh ayahnya, beliau memilih buluh kerana ia merupakan satu bahan yang boleh diperbaharui dan senang diperoleh. Buluh mempunyai kekuatan seperti konkrit yang dimampatkan, dikatakan mempunyai nisbah kekuatan yang sama seperti keluli.



Kelemahan utamanya hanya kepada serangga dan kelembapan, tetapi sekiranya dirawat dan dijaga dengan elok, ia mampu bertahan seumur hidup.





























Penyampaian Elora Hardy berkenaan dengan rumah buluhnya di TED Talk.




Sumber: ibuku.com

No comments:

Post a Comment