Showing posts with label Manusia. Show all posts
Showing posts with label Manusia. Show all posts

Friday, 22 May 2015

PENZiNAAN Di Tempat Terbuka Di Negara Islam Malaysia Umpama Tabiat Manusia Spesis Haiwan



MENYINGKAP GEJALA "PROJEK TERBUKA" - TABIAT HAIWAN PADA SPESIS MANUSIA

Berita di akhbar mengenai pasangan yang ‘buat projek seks’ di balkoni apartmen siang-siang hari mengejutkan pembaca. Terkini beredar pula gambar pasangan remaja bertudung yang ditemui sedang berzina siang-siang hari di taman. Lebih malu bagi kami apabila gambar ini dikirim oleh pembaca bukan Islam. Sebenarnya tidak terkira banyaknya video dan gambar perzinaan terbuka seperti ini di internet dan group tertutup media sosial.

Hari ini berita seperti ini sudah terlampau biasa, sudah lali di pandangan, sudah tidak 'rare' lagi bagi masyarakat hari ini. Ucapan 'umat akhir zaman' itu menjadi alasan bagi setiap perlakuan begini yang seolah-olah dipersetujui. Peringatan yang diberikan segera disalah ertikan persepsinya kepada tujuan 'mengaibkan'. Alangkah malangnya kita.

Wednesday, 20 May 2015

Inilah Jadinya Apabila Manusia Semakin Malas

Memang sifat malas adalah menjadi perkara lumrah bagi manusia, tapi kadang-kadang sifat malas itu justru merugikan kerana akan membuat seseorang tak minat melakukan sesuatu dan mudah mengeluh. Ada banyak gambar memaparkan betapa orang-orang malas ini hanya ingin cara yang paling mudah dan paling cepat. Apakah anda pernah seperti mereka?


Friday, 15 May 2015

Inilah Jadinya Bila Manusia Lebih Suka Jadi Hodoh


Jenya adalah seorang designer dari Rusia berusia 26 tahun yang menghabiskan masa selama tujuh tahun yang lalu untuk regangan cuping telinganya, lubang hidung, bibir supaya beliau menyerupai platipus. Beliau berkata, dia amat suka  rupa hidung dan mulut dan bibir bahagian bawah beliau yang kini telah diregangkan dengan saiz 58mm dan bibir atas beliau adalah 33mm.



Kepala Patung Di Bentuk Dari Darah Manusia...



 Seorang lelaki India yang dikenali dengan nama Hussaini ini, mempamerkan sebuah karya seni yang dibuat dari darah manusia.

Seni patung kepala J. Jayalalitha, Ketua Menteri negeri Tamil Nadu, itu dibuat dari 11 liter darah manusia yang telah dibekukan. Darah tersebut dikumpulkan dari darahnya sendiri "Hussaini" dan 32 orang muridnya.

Hussaini adalah seorang tukang patung dan guru memanah dari Chennai yang mempunyai idea untuk merayakan ulang tahun J. Jayalalitha yang ke-65.


Hussaini rupanya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli politik tersebut kerana telah menyokong perkembangan sukan memanah di India. Oleh itu,dalam masa 3 bulan, Hussaini menyedut darahnya secara berperingkat.

Kemudian darah itu disimpan,sambil menunggu peluang untuk menggunakannya sebagai media untuk patung. Malangnya, ketika itu Hussaini hanya mempunyai 6,5 liter darah, sedangkan projeknya memerlukan 11 liter.

Thursday, 14 May 2015

Ikan Pelik Mempunyai Struktur Gigi Seperti Manusia

Ikan Pacu, adalah sejenis ikan air tawar yang berasal dari Amerika Selatan. Ikan ini ditemui di sebahagian besar sungai Amazon dan Orinoco Amazonia di dataran rendah. Ikan Pacu juga telah berenang hingga Papua New Guinea. 

Ikan Pacu merupakan spesies keluarga ikan Piranha. Bezanya adalah, piranha adalah spesies karnivor atau pemakan daging, ikan pacu adalah spesies pemakan tumbuhan. 

Namun walaupun vegetarian, rahang ikan ini juga sangat berbahaya. Seorang kanak-kanak kecil terpaksa menjalani operasi setelah ikan pacu menggigit jarinya. Selain itu, ikan pacu juga kerap 'mangsa' tertis lelaki yang berenang telanjang di sungai. Mereka menganggap testis ini adalah kacang.


Wednesday, 13 May 2015

Penyelidik Temui Kulit Manusia Yang Dikatakan Tertua dan Berusia 2 Juta Tahun.







Para penyelidik telah menjumpai kulit manusia yang dikatakan tertua dan berusia 2 juta tahun di antara enam kerangka kuno di wilayah Johanessbug, Afrika Selatan. Mereka meramalkan kulit manusia tertua tersebut merupakan milik spesies Australopithecus Sediba.

Kulit manusia tertua ini disebut-sebut akan mendedahkan butiran penting mengenai kehidupan manusia purba. Rupanya, selain kulit, mereka juga mendapati sisa makanan terakhir yang terselit di kerangka gigi manusia purba.


Friday, 8 May 2015

Percayakah Anda Wujudnya Zoo Manusia Pada Awal Abad Ke-19

Percayakah anda jika kami katakan zoo juga pernah menempatkan manusia sekitar abad ke-19 dan 20-an?


Memang agak aneh bunyinya, namun itulah yang berlaku apabila ia dijadikan pusat untuk mempamerkan manusia ‘pelik’ seperti orang kerdil, golongan albino dan bongkok, khususnya di Eropah.

Selain itu, golongan asli kulit hitam juga turut menjadi ‘mangsa’ terutama oleh orang kulit putih yang gemar berbangga dengan perbezaan warna kulit mereka.

Pendek kata, ia simbolik kepada ‘kemuliaan’ yang dimiliki oleh bangsa kulit putih berbanding bangsa lain.

Era ‘zoo manusia’ ini sebenarnya sudah bermula sejak Zaman Pembaharuan Eropah atau Renaissance lagi terutama di kalangan golongan atasan sekitar kurun ke-16.

Mereka dikatakan gemar mengumpul manusia yang berbeza bangsa termasuklah dari Turki, Afrika, India kerana dianggap unik.

Menjelang tahun 1870, pameran ‘zoo manusia’ menjadi popular dan menular ke Paris, Hamburg, Antwerp, Barcelona, London, Milan, New York, dan Warsaw.

Jumlah pengunjung juga cukup besar iaitu mencecah antara 200,000 hingga 300,000 orang untuk setiap pameran.


Tuesday, 5 May 2015

10 KALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH SWT. #2 DAN #7 TU RAMAI YANG BUAT!!




10 KALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH SWT. #2 DAN #7 TU RAMAI YANG BUAT!! | Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:



Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul Mahaarim)



Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:



10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t,

Tahukah kenapa Allah memilih burung gagak sebagai guru pertama Umat Manusia?




Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk-Nya yang lain? 


Sebagai mana kita ketahui, peristiwa pembunuhan manusia pertama kali berlaku adalah di antara dua anak Adam as, Qabil dan Habil. Qabil membunuh Habil kerana tipu muslihat Iblis la'natullah yang menyusupkan rasa iri hati dan dengki kepada Adam dan seluruh keturunannya. 

Kemudian Allah swt menghantar burung gagak untuk mengajar anak cucu Adam bagaimana menimbus mayat sesama mereka. 

Mengapa demikian? 

Kerana burung gagak adalah burung paling pintar dan cerdik dibandingkan dengan burung-burung lain. Allah swt telah memberikan naluri tentang keahliannya ini. 

Melalui penelitian, ternyata burung gagak mempunyai saiz otak yang lebih besar berbanding otak burung-burung yang lain. Burung gagak sentiasa hidup bersama kelompoknya sebagaimana manusia yang sentiasa bersosial dengan masyarakat. 

Mereka mempunyai pemimpin atau hakim yang akan menghukum yang melakukan kesalahan di antara mereka . Inilah fitrah yang sentiasa diberikan Allah kepada burung gagak. 

Setiap kesalahan di antara burung gagak mempunyai hukuman masing-masing contohnya : 

1. Ketika salah seekor di antara mereka mengambil makanan anak burung gagak, maka hukumannya adalah sekumpulan gagak lain akan mematuknya sehingga bulu gagak tadi habis sehingga gagak tersebut gundul dan tidak boleh berbuat apa-apa seperti anak gagak sebelum dewasa. 

2. Ketika seekor gagak menyakiti gagak betina yang lain, sekumpulan gagak akan menyerangnya dengan paruh hingga mati. 

Adapun pelaksanaan hukuman dilakukan di tanah padang atau di kawasan yang luas sehingga proses mahkamah disaksikan oleh kumpulan mereka dan gagak tertuduh akan dibawa dengan penjagaan ketat oleh sekumpulan gagak lain yang mengelilinginya.

Kemudian gagak tersebut ditundukan kepalanya, diturunkan sayapnya dan ditahan untuk berkoak sebagai bentuk pengakuan atas kesalahannya. 

Sunday, 3 May 2015

Manusia Bertuankan Teknologi

Ini merupakan contoh terbaik bagi situasi sebenar zaman sekarang dimana teknologi menjadi tuan kepada seluruh umat manusia.

Sampai bilakah agaknya ia akan terus berlaku? Adakah akan ada penyelamat kepada generasi-generasi seterusnya daripada hanyut dengan era permodenan ini?







Thursday, 30 April 2015

Pelik! Bagaimana Manusia Ini Boleh Terapung Di Udara ??

Jika di Bukit Bintang, sudah pasti anda akan teringat tentang manusia ‘emas’ dan ‘silver’ yang dilihat membuat aksi tersendiri. Aksi mereka turut dirakam oleh pengunjung yang berada di sana. Namun pernahkah anda melihat aksi orang terapung di udara?
Rasanya tiada setakat ini melainkan ia dilakukan dalam persembahan khas di acara pentas. Beberapa orang dilihat membuat pertunjukan terapung di kawasan orang ramai lalu lalang. Ada juga yang memberikan duit sebagai tanda penghargaan. Boleh lihat gambar di bawah ini.

terapung4

terapung5

terapung6


terapung1

terapung7



terapung2

terapung3