Showing posts with label Pelepah. Show all posts
Showing posts with label Pelepah. Show all posts

Thursday, 7 May 2015

Pelik! Bagaimana Bulu Pelepah Ini Keluar Dari Leher Bayi ??

Ibu bapa mana yang tidak risau apabila mendapati anaknya menerima simptom yang pelik. Ini yang berlaku terhadap sebuah keluarga apabila beranggapan bengkak yang dialami anaknya di bahagian pipi hanya jangkitan kuman.
Bagaimanapun setelah dibuat pemeriksaan, doktor mendapati terdapat bulu pelepah yang keluar dari leher anak pasangan tersebut. Boleh lihat gambar di bawah ini. Pelik bukan?


Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bulu pelepah keluar daripada leher bayi mereka, Mya Whittington yang berusia tujuh bulan. Bukan sahaja pasangan itu, malah doktor yang merawat Mya juga terperanjat dengan kejadian berkenaan.

Bulu pelepah sepanjang dua inci itu bagaimanapun berjaya ditarik keluar daripada leher bayi tersebut selepas ibu bapanya membawa Mya ke hospital apabila lehernya membengkak.

Menurut bapanya, Aaron Whittington, 27, Mya mula berasa sakit dan tidak selesa sejak Sabtu lalu, namun mereka tidak mengetahui apa puncanya.

“Isteri saya menghubungi saya di pejabat dan memberitahu bahagian kiri leher anak saya mula bengkak. Dia bertanya kepada saya sama ada kami perlu membawa bayi itu ke bilik kecemasan,’’ katanya.

Aaron dan isterinya kemudian memutuskan untuk menunggu hingga keesokan harinya dengan harapan bengkak itu akan surut.

Namun selepas melihat bengkak itu semakin besar, mereka terus membawanya ke hospital.