Showing posts with label Pernahkah. Show all posts
Showing posts with label Pernahkah. Show all posts

Friday, 22 May 2015

Pernahkah Anda Tahu Bagaimana Zirafah Tidur?

Sila lihat gambar dibawah ini dengan teliti, mungkin ini merupakan peluang pertama anda untuk melihat bagaimana seekor haiwan bernama zirafah menghabiskan masa tidurnya.



Untuk pengetahuan anda semua, zirafah boleh dikategorikan sebagai haiwan yang paling sedikit memerlukan tidur, kerana sepanjang kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan ini, rekod tidur paling lama bagi seekor zirafah hanyalah sekitar 30 minit sahaja.



Pelik bukan? Ya, memang pelik. Tapi ia fakta yang benar.





Tuesday, 19 May 2015

Pernahkah Anda Terfikir, Kenapa Adanya Cincin Perkahwinan?

Tahukah anda kenapa kita memakai cincin semasa bertunang dan selepas berkahwin? Cincin ini kemudiannya akan disarung pada jari manis?

Cincin Perkahwinan


Dan kenapa bukan disarung pada jari telunjuk, jari hantu atau jari kelengking?

Sebenarnya, sejarah cincin perkahwinan itu sendiri tidak begitu jelas. Terdapat dua versi yang sering diperkatakan iaitu sejarah Mesir Kuno dan Rom Kuno.

Namun, bagi sejarawan mereka lebih mempercayai versi Mesir Kuno yang memulakan tradisi cincin pernikahan ini.

Tiga ribu tahun lalu, orang Mesir menggunakan cincin yang dibuat daripada tulang, gading, akar atau kulit.

Wednesday, 29 April 2015

Pernahkah Anda Terfikir Penyebab Garis Putih Pada Kuku Anda?

     

2

Kebanyakkan dari kita mesti pernah mengalami atau ada garis putih pada kuku seperti gambar di atas ini bukan? Pernah tak anda terfikir apa penyebab garisan itu muncul?


Tahukah anda, salah satu cara untuk melihat tahap kesihatan seseorang adalah dengan melihat perubahan pada kuku seseorang itu.

Garisan putih pada kuku merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail (Sumber Wikipedia). Secara jelasnya tidak diketahui sebab pembenetukan garisan putih ini. Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan.

Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein.

Pernahkah Anda Terfikir, Kenapa Adanya Cincin Perkahwinan?

Tahukah anda kenapa kita memakai cincin semasa bertunang dan selepas berkahwin? Cincin ini kemudiannya akan disarung pada jari manis?

Cincin Perkahwinan

Dan kenapa bukan disarung pada jari telunjuk, jari hantu atau jari kelengking?

Sebenarnya, sejarah cincin perkahwinan itu sendiri tidak begitu jelas. Terdapat dua versi yang sering diperkatakan iaitu sejarah Mesir Kuno dan Rom Kuno.

Namun, bagi sejarawan mereka lebih mempercayai versi Mesir Kuno yang memulakan tradisi cincin pernikahan ini.

Tiga ribu tahun lalu, orang Mesir menggunakan cincin yang dibuat daripada tulang, gading, akar atau kulit.

Cincin perkahwinan diibaratkan sebagai simbol cinta abadi antara lelaki dan wanita.

Bentuk lingkaran bulat cincin juga mempunyai alasan tersendiri. Bentuk bulat yang tidak putus melambangkan cinta, keabadian, tanpa awal dan tanpa akhir, walaupun selepas mati.

Manakala lubang ditengah lingkaran cincin pula melambangkan sebuah pintu yang mengarah kepada kejadian yang diketahui mahupun tidak diketahui.

Memberi cincin pada wanita yang dikahwini bermaksud tanda cinta abadi yang tiada pengakhiran.

Persoalannya, kenapa cincin disarung pada jari manis tangan kiri sahaja? Sebenarnya ditangan manapun cincin disarung, ianya bergantung kepada adat dan budaya sesebuah masyarakat.

Bagi kepercayaan Mesir Kuno, menyarung cincin pada jari manis tangan kiri kerana jari ini memiliki saluran pembuluh darah khusus yang berhubung dengan jantung.

Konsep ini kemudiannya diikuti sampai sekarang dan diberi istilah vena amoris atau vein of love, yang bererti 'pembuluh darah cinta'.

Bagi orang Islam, memakai cincin di jari manis merupakan salah satu sunnah Nabi.

Anas bin Malik r.a. pernah meriwayatkan, "Bahawasanya Nabi SAW memakai cincin pada jari ini - sambil mengisyaratkan pada jari manis tangan kirinya". (Muslim)