Terdapat nas yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak di bawah umur sama ada daripada al-Quran, hadith dan ijma’.
Pertama: Daripada al-Quran
1. (Surah al-Talaq: 4)
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa iddah perempuan yang dicerai apabila dia masih kecil atau belum haid.
Al-Baghawi berkata: “Perkataan (????????? ???? ????????), iaitu mereka yang kecil belum lagi haid. Maka iddah mereka, juga tiga bulan.” (Tafsir al-Baghawi: 8/152)



