HATI-HATI Bila Jumpa MAKCIK Ni Di KL SENTRAL Waktu Malam… Anda Bakal SERAM !!! | Kejadian seumpama ini bukan pertama kali kita dengar malah tidak pernah habis sejak dahulu. Manusia memang ada pelbagai sifat terutamanya yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang ramai untuk kepentingan diri sendiri. Dan KL Sentral bukanlah tempat yang asing lagi menjadi lubuk kes-kes sebegini memandangkan ianya tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.
Berikut adalah aduan/perkongsian yang kami terima;
Salam admin Oh Media boleh tolong sharekan cerita ni? Terima kasih banyak2. Saya minta tolong biar kes ni tak berulang. Kes tipu duit di KL Sentral.
Berlaku malam 5 april isnin lepas. Kami berlima perempuan baru sampai di kl sentral lebih kurang pukul 10 mlm. Sampai je, saya nak keluarkan duit dan yg lain pergi beli tiket ktm sebab nak balik kolej. Lepas siap, saya terus ke kaunter tiket untuk dapatkan kawan saya. Otw, ada sorang makcik datang tegur saya. Dia tanya dari mana. Lepastu, dia cakap nak minta tolong dari saya. Nak pinjam duit. Nampak dia macam susah hati. Dia cakap dia sanggup bagi hp dan jam tangan sebagai cagaran. Kiranya kalau tak bayar balik, saya boleh ambil barang dia. Dia nak pinjam duit sebab kad atm kena telan. Dah tak ada duit nak tidur hotel. Dia dari Johor. Asal Penang. Nama Fazilah. Lecturer muet kat UTM. Dia nak g PPUM esoknya.