Showing posts with label Darah. Show all posts
Showing posts with label Darah. Show all posts

Friday, 15 May 2015

Kepala Patung Di Bentuk Dari Darah Manusia...



 Seorang lelaki India yang dikenali dengan nama Hussaini ini, mempamerkan sebuah karya seni yang dibuat dari darah manusia.

Seni patung kepala J. Jayalalitha, Ketua Menteri negeri Tamil Nadu, itu dibuat dari 11 liter darah manusia yang telah dibekukan. Darah tersebut dikumpulkan dari darahnya sendiri "Hussaini" dan 32 orang muridnya.

Hussaini adalah seorang tukang patung dan guru memanah dari Chennai yang mempunyai idea untuk merayakan ulang tahun J. Jayalalitha yang ke-65.


Hussaini rupanya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli politik tersebut kerana telah menyokong perkembangan sukan memanah di India. Oleh itu,dalam masa 3 bulan, Hussaini menyedut darahnya secara berperingkat.

Kemudian darah itu disimpan,sambil menunggu peluang untuk menggunakannya sebagai media untuk patung. Malangnya, ketika itu Hussaini hanya mempunyai 6,5 liter darah, sedangkan projeknya memerlukan 11 liter.

Saturday, 2 May 2015

Seram! Nenek Mimpi Arwah Minta Bersihkan Darah Bawah Tikar

Jika kita mendengar kisah roh pulang ke rumah, hakikat sebenarnya ia adalah satu perkara yang bertentangan dengan Islam. Apabila matinya anak adam, maka terputuslah segala hubungan si mati dengan dunia ini. Ini kerana roh tersebut sudah berpindah ke alam yang lain. Maka, sebagai manusia yang lemah, kita perlu tahu bahawa segala rahsia di alam ini hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Di bawah ini terdapat satu kisah di mana seorang nenek telah bermimpikan arwah yang mana memohon supaya membersihkan darahnya di bawah tikar. Persoalannya, darah apakah itu?


tikar
Sekadar gambar hiasan