Masa muda mungkin mereka ini kelihatan cantik.....tapi dah tua..kesan dari pembedahan plastik tu, menyebabkan muka mereka......huhuhu..Ngeri ooooo!! jom tengok....
Showing posts with label Pembedahan. Show all posts
Showing posts with label Pembedahan. Show all posts
Tuesday, 19 May 2015
(9 Gambar) Hasil Pembedahan Plastik Peminat Justin Bieber Membelanjakan Lebih Rm200,000 Untuk Wajahnya!!
%2BHasil%2BPembedahan%2BPlastik%2BPeminat%2BJustin%2BBieber%2BMembelanjakan%2BLebih%2BRm200%2C000%2BUntuk%2BWajahnya.jpg)
Akibat terlalu fanatic terhadap Justin bieber, seorang pemuda yang berumur 33 tahun telah memebelanjakan lebih RM200,000 untuk keliahanatan seperti Justin bieber. Adakah rupanya sama dengan rupa Justin bieber selepas pembedahan tersebut?
Pemuda tersebut dikenali sebagai Toby Sheldon berumur 33 tahun.
Labels:
Bieber,
Gambar,
Hasil,
Justin,
Lebih,
Membelanjakan,
Pembedahan,
PEMINAT,
Plastik,
Rm200000,
Untuk,
Wajahnya
Wednesday, 13 May 2015
Wednesday, 6 May 2015
Rahsia Mancungkan Hidung Tanpa Pembedahan Plastik
Pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan bentuk dan saiz hidung, tetapi tidak yakin atau berani melakukan pembedahan, kini muncul cara lebih mudah dan tidak menyakitkan yang mungkin anda harus mempertimbangkan dengan "Nose Secret".
Ciptaan Korea terdiri daripada "sepasang splin melengkung dan selesa yang anda ahanya perlu meletakkannya di tepi bahagian dalam setiap lubang hidung untuk membuatkan hidung anda kelihatan lebih sempit dan lurus, serta-merta. Splin ini mewujudkan tekanan yang lembut, mengangkat bahagian atas hidung dan merapatkan hidung. Ini menghasilkan "penampilan lebih halus pada bahagian hidung" dan " lebih baik daripada ciri-ciri wajah."
Splin tidak dapat dilihat setelah dimasukkan ke dalam lubang hidung, dan ia juga tidak akan belaku perubahan dramatik kepada bentuk dan saiz hidung anda. Nose Secret seolah-olah direka bagi mereka yang ingin, hidung yang lebih tinggi lebih tajam, yang sangat didambakan oleh orang Asia. Ia juga mampu 'meluruskan hidung bengkok', dan 'meningkatkan keindahan hidung etnik (Asia, Afrika Amerika, Hispanik, dan lain-lain) '.
Ciptaan Korea terdiri daripada "sepasang splin melengkung dan selesa yang anda ahanya perlu meletakkannya di tepi bahagian dalam setiap lubang hidung untuk membuatkan hidung anda kelihatan lebih sempit dan lurus, serta-merta. Splin ini mewujudkan tekanan yang lembut, mengangkat bahagian atas hidung dan merapatkan hidung. Ini menghasilkan "penampilan lebih halus pada bahagian hidung" dan " lebih baik daripada ciri-ciri wajah."
Splin tidak dapat dilihat setelah dimasukkan ke dalam lubang hidung, dan ia juga tidak akan belaku perubahan dramatik kepada bentuk dan saiz hidung anda. Nose Secret seolah-olah direka bagi mereka yang ingin, hidung yang lebih tinggi lebih tajam, yang sangat didambakan oleh orang Asia. Ia juga mampu 'meluruskan hidung bengkok', dan 'meningkatkan keindahan hidung etnik (Asia, Afrika Amerika, Hispanik, dan lain-lain) '.
Labels:
Hidung,
Mancungkan,
Pembedahan,
Plastik,
Rahsia,
tanpa
Tuesday, 28 April 2015
Lelaki Tawar Diri Jalani Pembedahan Pindah Kepala
Valery Spiridonov, Lelaki Hidap Penyakit Pelik Tawar Jalani Pembedahan Pindah Kepala | Seorang lelaki yang menghidap penyakit yang membawa maut menawarkan diri untuk menjadi individu pertama di dunia menjalani pemindahan kepala.
Valery Spiridonov, 30, disahkan menghidap penyakit otot ganjil yang dikenali sebagai Werdnig Hoffman dan dijangka hidup selama beberapa tahun lagi.
Spiridonov menawarkan diri untuk menjalani prosedur berkenaan selepas seorang pakar bedah, Dr Sergio Canavero mendakwa dia mempunyai kebolehan memotong kepala seseorang dan menyambungnya semula ke tubuh yang sihat.
Saintis komputer dari Vladimir yang terletak 120 kilometer dari Moscow itu berkata, keputusannya adalah muktamad dan dia tidak merancang untuk mengubahnya.
“Adakah saya berasa takut? Sudah tentu. Ia bukan sahaja amat menyeramkan, malah sangat menarik lapor Harian Metro.
Friday, 17 April 2015
Parut Pembedahan Dapat Lebih Sejuta 'Like'
SEORANG bapa yang penyayang mengeluarkan kenyataan mengenai ‘parut pembedahan anaknya cantik’ di Facebook demi mendapatkan semangat kepada anaknya yang menjalani banyak pembedahan, sehingga ia menarik perhatian ramai dan menjadi viral dengan lebih sejuta ‘like’, hanya dalam masa tiga hari.
Anaknya, Carter Gentle menderita penyakit jantung kongenital yang sehingga kini memerlukannya menjalani lima pembedahan jantung terbuka.
Portal berita Miror melaporkan akibat daripada beberapa pembedahan besar bagi mengubati masalah jantungnya, Carter mempunyai banyak parut di badan.
Keadaan itu membuatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menangis selama 45 minit selepas melihat dirinya dengan badan berparut di hadapan cermin.
Bapa Carter, Mark, seorang pemuzik dari Maine, Amerika Syarikat (AS) memuat naik sekeping gambar anaknya dengan badan berparut, yang berhasrat untuk mendapatkan sokongan orang ramai bagi memulihkan semangat anaknya.
Dia menulis satu kenyataan di Facebook pada Sabtu lalu: “Kami sedikit bimbang untuk menyiarkannya (gambar) tetapi saya merasakan ia adalah penting.
“Carter menanggalkan balutan di kawasan pembedahan di badannya, pagi ini.
“Dia menangis selama 45 minit selepas melihat beberapa parut di badannya.
“Dia kata dia bimbang sekiranya orang akan fikir dia hodoh.
“Sebagai ibu bapanya, amat sukar untuk mendengar perkara itu.
“Kami beritahu dia bahawa parut di badannya cantik dan membuatkan dia kelihatan seperti superhero.
“Berapa banyak ‘like’ untuk Carter memperoleh keberaniannya?
“Dialu-alukan untuk berkongsi. #CartersSong #HeartHeroes #CHD.”
Dua hari selepas mengeluarkan kenyataan tersebut di Facebook, Mark meluahkan rasa terharu apabila dia memperoleh lebih sejuta ‘like’ dan ia dikongsi hampir 100,000 kali oleh orang ramai di seluruh dunia.
Beliau pada Isnin lalu menulis: “Lebih sejuta like dan jumlah itu terus meningkat!
“Saya amat terharu sehingga menitiskan air mata.
“Saya menyiarkan gambar itu dengan tujuan bahawa adalah baik buat Carder bagi membangkitkan keyakinannya dan inilah yang berlaku.
“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi.
“Saya mohon maaf kepada mana-mana komen yang tidak berkesempatan untuk dibalas kerana saya mempunyai 50,000 komen dan 3,000 mesej.
“Percayalah, setiap komen anda dibaca dan amat dihargai. Semoga anda semua diberkati.
Seorang penyokong, Jackie Winstel menulis di Facebook: “Parut adalah ‘survivor’. Banggalah.
“Anda cantik di dalam dan di luar.”
Seorang lagi penyokong, Christina Weinberger berkata: “Carter, anda sememangnya rupawan.
“Anda adalah kanak-kanak yang paling kuat dan berani di dunia.”
Subscribe to:
Posts (Atom)



%2BHasil%2BPembedahan%2BPlastik%2BPeminat%2BJustin%2BBieber%2BMembelanjakan%2BLebih%2BRm200%2C000%2BUntuk%2BWajahnya%2B1.jpg)






