Showing posts with label Percayakah. Show all posts
Showing posts with label Percayakah. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Percayakah Anda Kawasan Pelupusan Tayar Di Kuwait Boleh Di Lihat Dari Angkasa

Sebuah tayar kereta, purata boleh melakukan perjalanan di sekitar 30,000 kilometer sebelum ianya perlu diganti. Tayar yang telah mencapai akhir hayat mereka biasanya dikitar semula, tetapi di Kuwait, tayar dibuang di tempat salah satu daripada tempat pembuangan sampah terbesar di muka bumi di kawasan Sulaibiya berhampiran Kuwait City.

Setiap tahun lubang gergasi yang digali di padang pasir akan dipenuhi dengan tayar lama. lebih daripada tujuh juta tayar ada di sana. Keluasan kawasan tepat buangan tayar sangat begitu luas sehingga boleh dilihat dari angkasa lepas.



Percayakah Anda Wanita Ini Telah Berkahwin Sebanyak 23 Kali

Seorang wanita berusia 68 tahun menjadi wanita pertama pecah rekod
melakukan paling banyak perkahwinan sepanjang sejarah.

Wanita bernam Linda Wolfe ini telah berkahwinan sebanyak 23 kali, dan pernikahan pertama yang dia lakukan, iaitu pada ketika berumur 16 tahun.

Tujuh perkahwinan pertamanya berjalan agak lama, iaitu setiap perkahwinannya bertahan selama tujuh tahun. Namun dia juga pernah berkahwin dalam masa yang sangat singkat iaitu hanya selama 36 jam sahaja.

Nama Linda ketika ini telah disenaraikan di Guiness Book of world Records sebagai wanita yang melakukan paling banyak perkahwinan.



Friday, 15 May 2015

Percayakah Anda Landskap Pemandangan Ini Hanya Di Atas Meja


Mungkin apa yang ada dibenak anda ini adalah hasil dari fotografi alam yang nyata, yang boleh saja diambil disuatu tempat yang luar biasa. Tapi, tunggu dulu kerana mungkin anda salah. Lihat Jawapannya dibawah ini. . . .




Wednesday, 13 May 2015

Percayakah Anda Mentol Ini Telah Bernyala Lebih Dari 100 Tahun


                                

Mentol tertua di dunia telah menyala hingga 110 tahun. Tidak hairan muncul fans club yang dianggotai beribu-ribu orang dan bahkan mentol tersebut mempunyai websitenya sendiri.

Seperti dipetik dari Time.com, mentol yang tergantung di area balai pemadam kebakaran di Livermore, California ini, meraih rekod Guiness World Record. Walaupun tidak diketahui dengan jelas bagaimana mentol itu mampu bernyala sejak dipasang pada 1901.

"Ini adalah lampu mentol 60 watt dan hanya dinyalakan dengan daya sekitar 4 watt. Tetapi, tidak seorangpun tahu mengapa lampu tersebut dapat terus menyala, "kata Lynn Owens, salah seorang yang terlibat dalam penganjur perayaan nyalaan mentol ke-110 tahun.

Friday, 8 May 2015

Percayakah Anda Wujudnya Zoo Manusia Pada Awal Abad Ke-19

Percayakah anda jika kami katakan zoo juga pernah menempatkan manusia sekitar abad ke-19 dan 20-an?


Memang agak aneh bunyinya, namun itulah yang berlaku apabila ia dijadikan pusat untuk mempamerkan manusia ‘pelik’ seperti orang kerdil, golongan albino dan bongkok, khususnya di Eropah.

Selain itu, golongan asli kulit hitam juga turut menjadi ‘mangsa’ terutama oleh orang kulit putih yang gemar berbangga dengan perbezaan warna kulit mereka.

Pendek kata, ia simbolik kepada ‘kemuliaan’ yang dimiliki oleh bangsa kulit putih berbanding bangsa lain.

Era ‘zoo manusia’ ini sebenarnya sudah bermula sejak Zaman Pembaharuan Eropah atau Renaissance lagi terutama di kalangan golongan atasan sekitar kurun ke-16.

Mereka dikatakan gemar mengumpul manusia yang berbeza bangsa termasuklah dari Turki, Afrika, India kerana dianggap unik.

Menjelang tahun 1870, pameran ‘zoo manusia’ menjadi popular dan menular ke Paris, Hamburg, Antwerp, Barcelona, London, Milan, New York, dan Warsaw.

Jumlah pengunjung juga cukup besar iaitu mencecah antara 200,000 hingga 300,000 orang untuk setiap pameran.