Showing posts with label Temui. Show all posts
Showing posts with label Temui. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

TEMUI 'TIKUS GORENG' DALAM KFC





CALIFORNIA - Seorang pelanggan restoran makanan segera popular, Kentucky Fried Chicken (KFC) terkejut menemui makanan yang dipesannya itu merupakan seekor tikus goreng.







Devorise Dixon, memuat naik video dan gambar penemuan yang mengejut itu di laman Facebook dan kini telah tersebar di seluruh dunia sehingga menimbulkan perasaan panik terhadap pelanggan restoran itu.



Sunday, 17 May 2015

Lukisan Mahkluk Asing Berusia 10ribu Tahun Di Temui Di India

Jabatan negeri arkeologi dan budaya merancang untuk mendapatkan bantuan dari Nasa dan ISRO untuk penyelidikan pada lukisan batu yang berusia 10,000 tahun menggambarkan makhluk asing dan UFO di rantau Charama di daerah Barah di rantau puak Bastar, India. 

Menurut ahli arkeologi JR Bhagat, lukisan ini telah menggambarkan seperti makhluk asing yang terdapat dalam filem2 Hollywood. Terletak kira-kira 130km dari Raipur, gua di kampung Chandeli dan Gotitola. 

"Hasil kajian menunjukkan bahawa manusia di zaman prasejarah mungkin telah melihat atau terjumpa makhluk dari planet lain yang masih mewujudkan rasa ingin tahu di kalangan orang ramai dan penyelidik. Kajian menyeluruh diperlukan untuk kajian selanjutnya. Chhattisgarh masa ini tidak mempunyai mana-mana pakar itu yang boleh memberi penjelasan mengenai gambaran tersebut.



Wednesday, 13 May 2015

Penyelidik Temui Kulit Manusia Yang Dikatakan Tertua dan Berusia 2 Juta Tahun.







Para penyelidik telah menjumpai kulit manusia yang dikatakan tertua dan berusia 2 juta tahun di antara enam kerangka kuno di wilayah Johanessbug, Afrika Selatan. Mereka meramalkan kulit manusia tertua tersebut merupakan milik spesies Australopithecus Sediba.

Kulit manusia tertua ini disebut-sebut akan mendedahkan butiran penting mengenai kehidupan manusia purba. Rupanya, selain kulit, mereka juga mendapati sisa makanan terakhir yang terselit di kerangka gigi manusia purba.


Monday, 11 May 2015

Motor Hilang Selama 46 Tahun Di Temui Kembali

Apa perasaan anda jika barang yang telah berpuluh tahun hilang ditemui semula ?
Hal yang sangat membahagiakan itu dialami seorang lelaki berasal dari Omaha, Nebraska .

Pihak Keselamatan Trafik California berjaya menemui sebuah motor jenama Triumph Tiger 100 buatan tahun 1953 di pelabuhan Los Angeles. Motor tersebut hendak dihantar ke Jepun dengan harga USD 9 ribu. Ternyata motor berwarna biru dan hitam itu dilaporkan hilang pada Februari 1967.

Motor yang ketika itu bernilai US $ 300 tersebut dicuri ketika diletakkan di halaman belakang rumah. Kini pemilik empunya motor bertemu kembali barang berharganya itu di usianya yang telah mencapai 70 tahun. Ya , lelaki yang tidak diketahui identitinya tersebut mendapatkan kembali motosikalnya yang telah hilang selama 46 tahun.

Kisah ini pun mendapat perhatian ramai orang. Sebahagian besar mengucapkan tahniah kerana pemiliki motor boleh mendapatkan barangnya kembali meskipun harus menunggu puluhan tahun.

" Aku senang kerana motor itu kembali kepada pemiliknya. Tapi jika dia sudah terlalu tua untuk itu, aku senang boleh menggunakan motor itu," ujar seorang jirannya. " Menakjubkan! " .