Sesekali kita perlu merenung, baikkah solat yang kita kerjakan? Suatu waktu kita perlu berfikir,apakah solat kita diterima di sisi -Nya ? Dan seperti apa tanda -tanda orang yang diterima solatnya. Dalam hadis Qudsi disebut ada 5 tanda orang yang solatnya diterima.
Pertama
Dia yang merendahkan diri dengan solatnya kerana kebesaran ALLAH. Solat yang diterima adalah solat yang penuh dengan kerendahan diri terhadap kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT. Orang yang merendahkan diri akan mampu merasa khusyuk dalam hatinya.Jiwanya sedar dan mengerti dengan siapa ia saat ini menghadap.
Kerana itu,sebelum solat,yang harus ditata terlebih dahulu adalah hati. Hati itu seperti pohon. Bila dahan ye rindang,burung-burung pun senang hinggap diatasnya. Bila hati kita bercabang fikiran-fikiran dan nafsu pun senang bermain didalamnya.

