Sunday, 24 May 2015
Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an
Lelaki ini terlalu taksub dengan matematik, dan sebab itulah dia lebih berpandukan kepada akal logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca Al-Qur'an untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh ambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian.
Beliau menyangka Al-Qur'an adalah sebuah buku lama yang ditulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercerita tentang padang pasir dan sebagainya.
Apa yang ditemuinya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum. Dia mendapati Al-Qur'an mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini.
Wednesday, 20 May 2015
Inilah akibatnya menghina Al-Quran, vagina wanita ini membengkak dan bernanah
Lindsay Lohan masuk Islam, sedang pelajari & dalami Al-Quran?
Friday, 15 May 2015
Lindsay Lohan kembali pada Islam? Kelihatan Lindsay membawa Al-Quran.
Tuesday, 12 May 2015
GADIS TERIMA AZAB NGERI SELEPAS PERSENDAKAN AL-QURAN?
Thursday, 30 April 2015
Ketahui Proses Penentuan Jantina Bayi Mengikut Al-Quran (Menarik!)
Keindahan Gunung Pelangi Di China Membuktikan Kebenaran Al-Qur'an

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. “(QS. Fathir: 27)
Ketika menjelaskan ayat ini di dalam tafsirnya, Ibnu Kathir berkata: “Dia menciptakan gunung-gunung yang beraneka ragam warnanya sebagaimana yang dapat kita saksikan, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Pada sebahagiannya ada yang bergaris-garis. “
Tafsir yang datang dari ulama muta’akhirin lebih terperinci dalam menjelaskan “gunung aneka warna”. Misalnya tafsir Fi Zhilalil Qur’an yang ditulis Sayyid Qutb. Bahawa warna-warna batu disebutkan setelah warna-warna buah-buahan mengisyaratkan adanya gunung pelbagai warna.
![Keindahan Gunung Pelangi Di China Membuktikan Kebenaran Al-Qur'an Rainbow Mountain China [2]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCFXd6qI8KGP0puIF5iQeoNcsvMz57ut9N5G17wQSN3LKN9MqPXWUgZ-qH4TvYlevIRHikFTF7J5ZIbGtTp3TVa2LHbSkgcq6zuViDy9ms_Qy_X3f0zaQKsqM05MXEhfSe8RIg00RzmXIh/s1600/Rainbow+Mountain+China+%5B2%5D.jpg)
Di China, tepatnya di wilayah Gansu, terdapat gunung yang mempunyai batu-batu beraneka warna. Gunung seluas 300 kilometer persegi tersebut kelihatan berwarna merah, biru, hijau, coklat dan kuning. Dan warnanya juga tersusun bergaris-garis.
Oleh itu, gunung yang merupakan sebahagian dari Zhangye Danxia Landform Geological Park tersebut disebut sebagai Rainbow Mountains (Gunung Pelangi).
Jika benar yang dimaksudkan “judadun biidlun” dalam ayat tersebut adalah gunung yang mempunyai beraneka ragam warna, maka Gunung Pelangi China ini adalah bukti kebenaran firman Allah.
![Keindahan Gunung Pelangi Di China Membuktikan Kebenaran Al-Qur'an Rainbow Mountain China [3]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD40NBpVdq7D6-4pR3SXYKf6qayLcm4Ik5tHEMY5YlBp4HMCF59-F7IfeLSR0PjCMhg_rjKXm4v0UHbq0EoiJU9JV_wBdXaW7XANxecPqLply50leaBlxhW_O6HJR0u-LMJ5hL8L0nwque/s1600/Rainbow+Mountain+China+%5B3%5D.jpg)
Surat Fathir ayat 27 ini diturunkan lebih dari 14 abad yang lalu dan masa itu orang-orang Arab tidak tahu ada Gunung Pelangi di China.
Jadi, dari mana Muhammad tahu jika tidak dari Allah, Tuhan seluruh alam? Maha benar Allah dengan segala firman-Nya.
Tuesday, 28 April 2015
JAHEIK Terima Relau Lupus Al-Quran Rosak
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh melihat sejumlah Al-Quran yang rosak akibat banjir Disember tahun lepas dilupuskan dengan menggunakan Mesin Relau Lupus Naskhah Al-Quran selepas sidang media di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) hari ini menerima Relau Lupus Naskhah Al-Quran yang rosak.
Pengarahnya Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata relau bernilai RM15,000 itu dibiayai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
“Biasanya JAHEIK menggunakan khidmat syarikat tertentu yang diperakui Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk proses pelupusan naskhah Al-Quran yang rosak dengan kadar bayaran antara RM6 dan RM8 bagi setiap sekilogram nashkah.
“Dengan adanya relau ini, kita mampu menjimatkan kos melebihi setengah juta ringgit bagi melupuskan 80 tan Al-Quran yang masih ada di sini yang kebanyakannya rosak akibat banjir besar Disember lepas,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata JAHEIK menerima lebih 100 tan naskhah Al-Quran yang rosak dari seluruh Kelantan sejak Disember tahun lepas untuk dilupuskan.
Che Mohd Rahim berkata Kelantan turut menerima naskah Al-Quran dari negeri-negeri lain untuk dilupuskan.
Beliau berkata relau pelupusan tersebut mampu melupuskan 200 hingga 300 kilogram Al-Quran sehari dan dijangka baki 80 tan naskhah yang masih berbaki di relau itu akan dilupuskan sepenuhnya dalam tempoh setahun.
Katanya sebuah bangunan bernilai RM20,000 akan dibina dalam masa terdekat di sekitar Kompleks Balai Islam Lundang di sini untuk menempatkan relau tersebut.
Beliau berkata debu hasil pelupusan akan dibuang dengan jarak 11 batu nautika ke Laut China Selatan dengan kerjasama Jabatan Laut. – BERNAMA




