Showing posts with label Membuktikan. Show all posts
Showing posts with label Membuktikan. Show all posts

Wednesday, 13 May 2015

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut

Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. 





Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. A






Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?



Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ 





Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: 






Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)



Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.








LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.



Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.



Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.



Friday, 1 May 2015

14 SELEBRITI HOLLYWOOD MEMBUKTIKAN PENDAKAP GIGI, MAMPU MENGGUBAH WAJAH SEPENUHNYA!!




14 SELEBRITI HOLLYWOOD MEMBUKTIKAN PENDAKAP GIGI, MAMPU MENGGUBAH WAJAH SEPENUHNYA!! | Anda percaya tak bahawa pendakap gigi mampu mengubah wajah seseorang?



Jom lihat 14 selebriti Hollywood ini, yang mengalami perubahan besar pada wajah mereka kesan daripada pendakap gigi.



1. Estelle







2. Faye Dunaway





'TANGAN SELFIE' INI MEMBUKTIKAN ANDA SENDIRIAN SELAMANYA!!




'TANGAN SELFIE' INI MEMBUKTIKAN ANDA SENDIRIAN SELAMANYA!! | Jika anda dan pasangan anda ke tempat cantik dan indah seperti pantai ataupun pulau, pasti kalian tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar sedemikian.



Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai pasangan? Pasti mereka juga mengimpikan perkara yang sama.

Thursday, 30 April 2015

Keindahan Gunung Pelangi Di China Membuktikan Kebenaran Al-Qur'an

Gunung tercantik di dunia seperti pelangi berwarna warni antara bukti mukjizat Allah yang disebut di dalam Al Quran. Mengenal Allah melalui ayat Al Quran dan indera penglihatan – ‘Rainbow Mountain China’


Rainbow Mountain China

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. “(QS. Fathir: 27)

Ketika menjelaskan ayat ini di dalam tafsirnya, Ibnu Kathir berkata: “Dia menciptakan gunung-gunung yang beraneka ragam warnanya sebagaimana yang dapat kita saksikan, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Pada sebahagiannya ada yang bergaris-garis. “

Tafsir yang datang dari ulama muta’akhirin lebih terperinci dalam menjelaskan “gunung aneka warna”. Misalnya tafsir Fi Zhilalil Qur’an yang ditulis Sayyid Qutb. Bahawa warna-warna batu disebutkan setelah warna-warna buah-buahan mengisyaratkan adanya gunung pelbagai warna.

Rainbow Mountain China [2]

Di China, tepatnya di wilayah Gansu, terdapat gunung yang mempunyai batu-batu beraneka warna. Gunung seluas 300 kilometer persegi tersebut kelihatan berwarna merah, biru, hijau, coklat dan kuning. Dan warnanya juga tersusun bergaris-garis. 

Oleh itu, gunung yang merupakan sebahagian dari Zhangye Danxia Landform Geological Park tersebut disebut sebagai Rainbow Mountains (Gunung Pelangi).

Jika benar yang dimaksudkan “judadun biidlun” dalam ayat tersebut adalah gunung yang mempunyai beraneka ragam warna, maka Gunung Pelangi China ini adalah bukti kebenaran firman Allah. 

Rainbow Mountain China [3]

Surat Fathir ayat 27 ini diturunkan lebih dari 14 abad yang lalu dan masa itu orang-orang Arab tidak tahu ada Gunung Pelangi di China. 

Jadi, dari mana Muhammad tahu jika tidak dari Allah, Tuhan seluruh alam? Maha benar Allah dengan segala firman-Nya.