Selebriti bermasalah dan kontroversi Lindsay Lohan baru-baru ini telah dilihat mengilik senaskhah Al-Quran selepas dilaporkan pulang dari menjalani hukuman di pusat khidmat komuniti di Brooklyn, New York.
Bintang sensasi yang diketahui dibesarkan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Katolik itu membawa bersamanya kitab suci orang Islam tersebut selepas habis menjalankan kerja khidmat komuniti itu di sebuah rumah kanak-kanak.