Showing posts with label Jantina. Show all posts
Showing posts with label Jantina. Show all posts

Wednesday, 20 May 2015

Apabila Superhero Bertukar Jantina

Watak superhero kebiasaanya adalah seorang lelaki yang kacak dan tampan.



Bagaimanakah pula rupa jika watak-watak hero tersebut ditukarkan kepada jantina yang berlainan?



Amber Heard, Captain America




Mila Kunis, Bruce Banner (Hulk)



Thursday, 30 April 2015

Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan

Menjadi ibu bapa untuk kali yang pertama adalah saat yang paling manis dan menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin. Lebih-lebih lagi jika zuriat itu sudah lama dinantikan. Apabila sebut sahaja keterujaan menjadi ‘first time parents’, sudah pasti aspek keselamatan, pemakanan sehingga ke soal persiapan perlu diambil kira.

Ketahui Proses Penentuan Jantina Bayi Mengikut Al-Quran (Menarik!)

bayi-dalam-rahim


Di dalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu?


Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”

Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma.

Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma.

Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.

Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani.

Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara terperinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.