Tuesday, 12 May 2015
GADIS TERIMA AZAB NGERI SELEPAS PERSENDAKAN AL-QURAN?
Thursday, 7 May 2015
TRADISI PELIK MAHASISWA KOREA TELANJANG BULAT SETELAH TERIMA IJAZAH
Tuesday, 5 May 2015
KISAH BENAR ANAK DERHAKA TERIMA PEMBALASAN DI ATAS PERBUATAN MENYEPAK IBU KANDUNGNYA
Anak Derhaka Melampau!itu yang boleh di gelarkan buat seorang wanita apabila memperlakukan ibu kandungnya sendiri dengan perbuatan kejam!
Cukuplah kisah ini di jadikan pengajaran dan tauladan -pesan Abang Ady(bukan Nama Sebenar)
Halijah,merupakan anak tunggal pasangan pak majid dan mak esah,mereka ini adalah jiran kami di kampung yang terletak di sebuah kampung bersempadan dengan thailand,ujar abang Ady memulakan Cerita.
Tuesday, 28 April 2015
JAHEIK Terima Relau Lupus Al-Quran Rosak
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh melihat sejumlah Al-Quran yang rosak akibat banjir Disember tahun lepas dilupuskan dengan menggunakan Mesin Relau Lupus Naskhah Al-Quran selepas sidang media di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) hari ini menerima Relau Lupus Naskhah Al-Quran yang rosak.
Pengarahnya Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata relau bernilai RM15,000 itu dibiayai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
“Biasanya JAHEIK menggunakan khidmat syarikat tertentu yang diperakui Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk proses pelupusan naskhah Al-Quran yang rosak dengan kadar bayaran antara RM6 dan RM8 bagi setiap sekilogram nashkah.
“Dengan adanya relau ini, kita mampu menjimatkan kos melebihi setengah juta ringgit bagi melupuskan 80 tan Al-Quran yang masih ada di sini yang kebanyakannya rosak akibat banjir besar Disember lepas,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata JAHEIK menerima lebih 100 tan naskhah Al-Quran yang rosak dari seluruh Kelantan sejak Disember tahun lepas untuk dilupuskan.
Che Mohd Rahim berkata Kelantan turut menerima naskah Al-Quran dari negeri-negeri lain untuk dilupuskan.
Beliau berkata relau pelupusan tersebut mampu melupuskan 200 hingga 300 kilogram Al-Quran sehari dan dijangka baki 80 tan naskhah yang masih berbaki di relau itu akan dilupuskan sepenuhnya dalam tempoh setahun.
Katanya sebuah bangunan bernilai RM20,000 akan dibina dalam masa terdekat di sekitar Kompleks Balai Islam Lundang di sini untuk menempatkan relau tersebut.
Beliau berkata debu hasil pelupusan akan dibuang dengan jarak 11 batu nautika ke Laut China Selatan dengan kerjasama Jabatan Laut. – BERNAMA



