Showing posts with label Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Rakyat. Show all posts
Thursday, 18 June 2015
Panyanyi "KUN ANTA" Diaibkan Oleh Rakyat Malaysia, Ini Fakta Yang Buat Ramai Pembaca Tercengang!
[HUMOOD 'DIGUNAKAN']
#Baru-baru ni heboh tentang penasyid Humood Al-Khudher yang telah menghadiri majlis perkahwinan#SyawalFiqa untuk mengalunkan nasyid #kunAntadisertakan dengan tarian-tarian yang bercampur lelaki dan perempuan... Perkara ini seolah-olah telah memburukkan namanya yang baik..
#Kenapa?
-Humood ini merupakan menantu kepada ulama yang termasyhur iaitu, Dr Tareq As-Sweidan..
Saturday, 16 May 2015
PRANK KEJAM HARI IBU BUAT RAKYAT KEMBOJA MARAH
PRANK KEJAM HARI IBU BUAT RAKYAT KEMBOJA MARAH | Sebuah rancangan TV di Kemboja telah mengeluarkan surat permohonan maaf secara terbuka selepas melakukan ‘prank’ kejam terhadap seorang gadis berusia 13 tahun sempena Hari Ibu.
Gadis yang dikenali sebagai Autumn Allen itu telah ditipu seolah-olah dia akan bertemu kembali ibunya yang hilang sejak tujuh tahun lalu dalam rancangan berkenaan. Autumn seorang penyanyi dan penulis lirik terkenal telah dijemput sebagai tetamu istimewa untuk rancangan khas Hari Ibu Penh Chet Ort (Like It Or Not).
Apabila pengacara itu pengacara itu berkata Autumn akan bertemu ibunya kembali penyanyi itu berkata ia seperti mimpi menjadi kenyataan sambil menitiskan air mata. Namun sebaliknya menampilkan seorang pelawak tempatan, Chuop Rolin yang berlakon sebagai ibunya.
Wednesday, 13 May 2015
Rakyat Miskin Dan Mayat Terpaksa Berkongsi Tempat Tinggal
Yang miskin atau yang telah mati tidak mempunyai pilihan ,duduk dan tinggal bersama-sama di tanah perkuburan di utara Manila port daerah Navotas, salah satu kawasan di dunia yang paling padat dengan penduduk.
Penduduk tidur dikawasan perkuburan, masak, makan, mandi, dan mencuci pakaian di atas kubur, keadaan kehidupan yang mengerikan . tiada tandas atau air yang mengalir, timbunan sampah antara perkuburan dan kawasan ini dipenuhi dengan lipas.
Disebabkan kekurangan ruang di tanah perkuburan,akhirnya mayat lama perlu dikeluarkan dari makam, tulang-tulang bertaburan di seluruh tanah perkuburan atau ke dalam karung yang telah dibuang batu nisan.
Jerry Doringo, jurucakap untuk kerajaan bandar Novotas, menjelaskan bahawa penduduk tempatan mendapat pengkebumian percuma apabila mereka mati, tetapi mayat mereka hanya boleh berada di dalam perkuburan hanya selama lima tahun.
Penduduk tidur dikawasan perkuburan, masak, makan, mandi, dan mencuci pakaian di atas kubur, keadaan kehidupan yang mengerikan . tiada tandas atau air yang mengalir, timbunan sampah antara perkuburan dan kawasan ini dipenuhi dengan lipas.
Disebabkan kekurangan ruang di tanah perkuburan,akhirnya mayat lama perlu dikeluarkan dari makam, tulang-tulang bertaburan di seluruh tanah perkuburan atau ke dalam karung yang telah dibuang batu nisan.
Jerry Doringo, jurucakap untuk kerajaan bandar Novotas, menjelaskan bahawa penduduk tempatan mendapat pengkebumian percuma apabila mereka mati, tetapi mayat mereka hanya boleh berada di dalam perkuburan hanya selama lima tahun.
Sunday, 3 May 2015
(5 Gambar) Rakyat Malaysia Terbukti Kreatif, Cipta Myvi Dua Alam
Rakyat Malaysia sememangnya kreatif. Ada sahaja yang dicipta dan diubah suai untuk mencipta kelainan dan keunikan tersendiri.
Lihat sahaja tiga gambar sampan dan dicipta dengan replika kereta produa Myvi ni. Cantik dan unik.
Saturday, 18 April 2015
10 Tabiat Buruk Rakyat Malaysia
Untuk info, Rakyat Malaysia menduduki tempat ke 34 dari 36 negara yang mempunyai perangai buruk di dunia melalui kajian oleh Reader Digest.
Berikut dapat kami senaraikan antara sikap dan perangai negatif rakyat Malaysia yang seringkali terjadi dikalangan masayarakat negara ini.
1. Memandu secara melulu & membahaya seperti menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat kanan/kiri dan membunyikan hon dengan sewenang-wenangnya hanya kerana ini cepat sampai ke destinasi.
2. Tidak mematuhi papan tanda – Makan di dalam LRT, merokok di kawasan larangan merokok, membuang sampah di merata-rata, serta meletakkkan kereta di zon larangan letak kereta.
3. Merampas tempat letak kereta yang telah ditunggu oleh pemandu kereta yang lain dan parkir di tempat khas untuk golongan OKU.
4. Tidak memberikan tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan seperti wanita mengandung dan orang tua dalam pengangkutan awam.
5. Tidak membenarkan atau memberi laluan keluar kepada penumpang pengangkutan awam sebelum masuk.
6. Bercakap dengan suara yang kuat di telefon bimbit di tempat awam seperti di pawagam.
7. Tidak menahan pintu terbuka atau pintu lif untuk orang yang masuk selepas mereka.
8. Tidak mengucapkan ‘Terima Kasih’ apabila seseorang melakukan sesuatu yang baik untuk anda.
9. Tabiat buruk seperti meninggalkan troli pasaraya di tempat letak kereta, mencangkung di tandas duduk / mengotorkan tandas awam.
10. Kerap lewat
Fakta Kenapa Rakyat Terengganu Dan Kelantan Sangat Bijak
Menapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?
Satu kajian tidak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.
Hidangan nasi dagang bersama ikan tongkol (foto dari: resepinannie.blogspot.com)
Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.
Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.
Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi.
Sebenarnya pemakanan juga adalah salah satu medium untuk merangsang minda, tetapi jika dilihat dari sudut lain pula ia berbalik kepada diri sendiri, jika di dalam diri sudah tertanam azam dan keinginan untuk berjaya pasti apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan.
Selain itu faktor persekitaran juga mempengaruhi perkembangan minda, keadaan sekeliling yang sederhana dan penerapan dalam ilmu agama sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran seseorang itu menjadi lebih kreatif dan ingin berusaha.
Paling utama sekali perlulah diterapkan kesedaran dikalangan anak-anak betapa pentingnya ilmu, bagi kami pemakanan adalah faktor kedua, asalkan anak-anak itu diberi makanan yang halal dan berkhasiat itu pun sudah memadai.
Apa pendapat anda?
Subscribe to:
Posts (Atom)






