Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Panyanyi "KUN ANTA" Diaibkan Oleh Rakyat Malaysia, Ini Fakta Yang Buat Ramai Pembaca Tercengang!


[HUMOOD 'DIGUNAKAN']

#Baru-baru ni heboh tentang penasyid Humood Al-Khudher yang telah menghadiri majlis perkahwinan#SyawalFiqa untuk mengalunkan nasyid #kunAntadisertakan dengan tarian-tarian yang bercampur lelaki dan perempuan... Perkara ini seolah-olah telah memburukkan namanya yang baik..

#Kenapa?

-Humood ini merupakan menantu kepada ulama yang termasyhur iaitu, Dr Tareq As-Sweidan..

Saturday, 16 May 2015

FAKTA - 6 BAJU "BUSTER" IRON MAN YANG LEBIH BERKUASA DARIPADA HULKBUSTER

Baju besi tambahan Hulkbuster yang dipakai oleh Tony Stark ialah baju besi gergasi yang awesome dari filem Age of Ultron. Di bawah ialah 5 lagi baju zirah "Buster" yang pernah dicipta oleh Tony Stark di dalam komik. Galacktus Buster is just insane!











Sumber:

Tuesday, 12 May 2015

8 FAKTA PEMBUNUHAN PALING KEJAM DALAM SEJARAH MALAYSIA - MUNGKIN ANDA JUGA TAHU SALAH SATU DARI 8 KISAH INI





8 FAKTA PEMBUNUHAN PALING KEJAM DALAM SEJARAH MALAYSIA - MUNGKIN ANDA JUGA TAHU SALAH SATU DARI 8 KISAH INI | Boleh dikatakan selalu sahaja kes pembunuhan berlaku di negara kita. Kes pembunuhan melibatkan nyawa tidak kiralah sama ada ia berlaku ke atas lelaki mahupun wanita. Di bawah ini terdapat lapan kes pembunuhan paling kejam yang dianggap misteri berlaku di Malaysia. Rata-rata daripadanya meninggalkan banyak persoalan terutama siapakah pembunuh sebenar, mengapakah ia membunuh dan lain-lain lagi.



1. Mona Fendy – 23 Julai 1993








MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU!! 15 FAKTA DUNIA FILEM DEWASA YANG PERIT UNTUK DITELAN!!



Jenna Jameson - Pelakon Porn0 wanita popular.



MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU!! 15 FAKTA DUNIA FILEM DEWASA YANG PERIT UNTUK DITELAN!! | Porn0grafi merupakan satu industri yang sangat meluas di negara barat. Malah ia juga ada di negara-negara Asia. 



Mereka yang pernah menonton p0rno atau tidak pasti tidak tahu realiti sebenar mengenai para pelakon porn0 ini. 



Jadi, hari ni jom kita selongkar 15 realiti sebenar mengenai para pelakon industri porn0 dunia.




Entri ini untuk bacaan dewasa sahaja. Harap maklum.



Bagi lelaki hidung belang atau peminat filem lucah, apa yang penting adalah kepuasan maksima menonton.



Video p0rno kegemaran mereka. mereka tidak nampak kepayahan dan kesusahan di sebalik pembikinan filem p0rno itu.



1. Bukan sekadar lelaki kerana wanita juga merupakan antara kelompok yang agak besar meminati filem lucah kerana sebanyak 28 peratus daripada pengunjung ke laman web porno adalah wanita.



2. Ramai yang pastinya terfikir bahawa industri pornografi (porno) adalah satu industri yang menyeronokkan. 



Mungkin ya kepada lelaki yang berkerja dalam industri itu. Namun, bagi sebahagian pelakon wanita, industri porno bukanlah sesuatu yang terbaik. Sebenarnya, di sebalik penggambaran, ramai dari mereka yang terdedah kepada penderaan fizikal dan mental dalam industri yang didominasi sepenuhnya oleh lelaki. Kegagalan mematuhi syarat lakonan menyebabkan ada di kalangan pelakon wanita yang dipukul atau dicerca dengan teruk.


Monday, 4 May 2015

13 Fakta Menarik Tentang Mata Yang Anda Tidak Tahu

Mata merupakan salah satu anggota badan yang digunakan untuk melihat dunia ini. Ia adalah suatu anugerah yang bernilai yang dikurnikan untuk kita supaya dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna.

 jom kita ikuti apakah rahsia dan fakta yang selama ini tidak pernah diketahui.

1. Mata sentiasa membuat pergerakan dari tepi ke tepi  untuk memastikan imej yang dilihat tidak hilang dari pandangan mata.

2

2. Purata manusia berkelip mata adalah 17 kali seminit.

3. Mata tidak akan berubah saiz semenjak lahir sehingga dewasa. Tetapi mata cuma boleh melihat sedekat 15 inci ketika kita lahir.

2

Saturday, 25 April 2015

Fakta Menarik!!! Tahukah Anda Apa Wanita Bincangkan Ketika Berada Ditandas!




goipSurvey oleh Georgia-Pacific (pembuat tisu Quilted Northern) ini melibatkan hampir 1,300 lelaki dan wanita berusia 18-64 tahun. Dari survey tersebut, disimpulkan bahawa toilet bukan lagi sekadar tempat untuk BUANG, tapi sebuah tempat sosial.


Sebanyak 86% responden mengatakan selalu bercakap hal peribadi, namun 73% responden sepakat toilet awam sebaiknya tidak digunakann sebagai tempat sosial. Berikut enam hal yang biasanya dilakukan perempuan ketika sedang berada di dalam tandas.


Mengumpat tentang hal orang lain


Seramai 86% orang yang disurvey mengakui mereka bercakap apa saja dari kisah asmara di pejabat hingga hal rakan sekerja yang jadi anak emas bos. Mungkin bilik yang tertutup di toilet itu membuat rahsia-rahsia yang dibualkan menjadi lebih selamat.


Tips: Jika ingin mengumpat orang lain, lakukan di tempat yang lebih baik. Mungkin orang yang anda katakan ada di dalam salah satu bilik itu atau terbaik: berhentilah mengata tentang orang lain!


Mendengar orang yang sedang bergosip


Masih ada hubungannya dengan hal pertama, sebanyak 57% dari hal mendengarkan orang yang sedang mengatakan hal-hal buruk tentang rakan kerjanya. Menunggu di dalam bilik air kerana ingin menjadi saksi percakapan tadi.


Tips: Jika Anda sedang di dalam bilik dan mendengar orang lain mengumpat, segeralah keluar sebelum mereka selesai berbual.


Mencari bilik yang berada kawasan di tengah


Ini penemuan yg cukup menarik. Nicholas Christenfeld, PhD, psikologi dari University of California, San Diego, menemui 60% gulungan tisu toilet paling banyak tercicir di bilik bahagian tengah. Hal ini menunjukkan bahawa lokasi kesukaan perempuan di toilet adalah yang berada di tengah.


Kenapa? Kerana hal itu tidak perlu menggunakan otak kita dalam membuat keputusan serius, masuk ke bilik kiri atau kanan.


Tips: Bilik mana-mana pun yang anda pilih, pastikan tidak ada tisu, bungkus pembalut, tuala atau apapun tercicir di lantai. Buang dengan cermat di dalam tong sampah.


Kadang-kadang, tidak membasuh setelah buang air kecil


Puncanya kerana petugas cleaning service tidak menyediakan tisu yang baru, dan malu untuk meminta tisu pada orang di bilik sebelah. Sebanyak 56% perempuan yang disurvei mengatakan bahawa mereka tidak suka meminta-minta tisu seperti itu.


Tips: Bawalah tisu sendiri bila masuk ke mana-mana toilet untuk kesejahteraan masa depan.


Berkhayal, mengelamun dan merokok


Sesetengah tempat membuat larangan merokok di tempat kerja seperti sekarang, banyak orang mencuri-curi tempat untuk merokok. Mereka melakukannya mengaku terpaksa, selain itu mereka juga menggunakan waktu untuk mengelamun, melupakan hal pekerjaan untuk sebentar, atau menenangkan hati. Dan banyak juga perempuan yang masuk ke toilet untuk menangis!


Tips: Merokoklah luar kawasan kerja, dan anda tidak mengganggu orang lain.


Membetulkan rambut dan solekan


Dimana tempat perempuan kembali menyapu bedak, maskara, dan lipstik yang sudah luntur, tanpa perhatian orang lain, kecuali di toilet? Mereka juga menukar pakaian dan membetulkan kembali rambut yang sudah kusut. Di sesetengah toilet di kafe atau hotel, biasanya disediakan perfume. Inilah sebabnya, perempuan suka sekali berlama-lama di toilet.


View the original article here

Saturday, 18 April 2015

9 Fakta Yang Membuatkan Anda Kagum Dan Berfikir Sejenak

Jika bercakap mengenai fakta, pasti ramai yang akan terfikir tentang bahan bacaan ilmiah dan buku tebal yang kurang memberangsangkan.

Tetapi fakta ilmiah juga boleh menjadi menarik jika diterangkan dengan cara yang menarik dan mudah difahami.


Disini kami bawakan 9 fakta yang akan membuatkan anda kagum dan menyebabkan otak anda berfikir sejenak.

1 – Satu sudu madu bersamaan dengan hasil kerja seumur hidup 12 ekor lebah.

2

Secara purata, seekor lebah pekerja akan menghasilkan lebih kurang 1/12 daripada satu sudu besar madu sepanjang hayatnya.

2 – Terdapat sejenis obor-obor yang tidak akan mati.

2

Obor-obor jenis Turritopsis Nutricula adalah satu-satunya haiwan yang dikenalpasti boleh menukarkan dirinya menjadi muda kembali setelah selesai mengawan. Kerana itulah jumlah obor-obor semakin meningkat dan merunsingkan para saintis.

3 – ‘Mammoth’ masih wujud ketika Piramid Giza sedang dibina

2

Mammoth terakhir pupus sekitar tahun 2000BC manakala pembinaan piramid Giza telah siap pada 2540 BC. Ini menunjukkan Mammoth masih wujud ketika piramid Giza dibina. Malah ada yang menyatakan Mammoth pernah dibawa ke mesir pada zaman dahulu.





4 – Jika kereta boleh dipandu keatas, ia akan mengambil masa sejam untuk sampai ke angkasa

2

Jika kereta dipandu pada kelajuan 95km sejam kearah langit, ia akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke angkasa.

5 – Syarikat Nintendo ditubuhkan sebelum kejatuhan empayar Uthmaniyyah.

2

Syarikat Nintendo telah ditubuhkan sebagai syarikat kad pada akhir 1889 yang mana pada asalnya diberi nama Nintendo Koppai. Syarikat ini pada mulanya menjual satu permainan kad yang dipanggil Hanfuda. Empayar Uthmaniyyah pula dibubarkan pada tahun 1922.

6 – Anda tidak pernah melihat wajah anda dengan mata sendiri. Hanya gambar dan refleksi sahaja.

2

Percayalah, anda tidak pernah melihat bagaimana wajah anda. Apa yang anda nampak dicermin hanyalah sekadar refleksi yang telah diproses oleh otak anda(dengan pelbagai tokok tambah). Perkara yang paling hampir dengan wajah anda adalah gambar dan video anda sahaja.

7 – Planet Pluto tidak pernah melengkapkan putaran orbitnya mengelilingi matahari semenjak ia digelar sebuah planet.

2

Pluto telah ditemui pada 18 Februari 1930. Ia memerlukan 248.09 tahun bumi untuk melengkapkan satu orbit mengelilingi matahari. Jika dikira, Pluto akan melengkapkan putarannya mengelilingi matahari pada tahun 2178.

8 – 25,000,000 sel anda mati ketika membaca fakta ini.

2

Tetapi jangan risau kerana tubuh anda membuat lebih 300 billion sel untuk menggantikannya setiap hari.

9 – Mata anda selalu melihat hidung, tetapi otak anda mengabaikannya.

2

Walaupun hidung anda berada betul-betul di depan mata anda, otak anda akan mengabaikannya dan tidak memprosesnya maklumat mengenainya(bentuk, warna dan lain-lain). Ini kerana otak anda sudah mengetahui bagaimana rupa hidung anda dan tidak ada maklumat lain yang boleh diambil dari hidung anda.

Jika anda pernah mempunyai jerawat diatas hidung, anda pasti pernah mengalami situasi dimana pada mulanya, anda akan selalu ternampak jerawat tersebut merasa tertekan dengan jerawat tersebut.

Ini kerana ia adalah benda baru yang perlu diproses oleh otak anda. Tapi lama-kelamaan otak anda akan terbiasa dengan jerawat tersebut dan mengabaikannya. Ini akan membuatkan anda ‘lupa’ tentang jerawat itu, kecualilah jika jerawat itu semakin membesar atau berubah warna.

Fakta Kenapa Rakyat Terengganu Dan Kelantan Sangat Bijak

Menapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?


2

Satu kajian tidak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.





2

Hidangan nasi dagang bersama ikan tongkol (foto dari: resepinannie.blogspot.com)

Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi.

Sebenarnya pemakanan juga adalah salah satu medium untuk merangsang minda, tetapi jika dilihat dari sudut lain pula ia berbalik kepada diri sendiri, jika di dalam diri sudah tertanam azam dan keinginan untuk berjaya pasti apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan.

Selain itu faktor persekitaran juga mempengaruhi perkembangan minda, keadaan sekeliling yang sederhana dan penerapan dalam ilmu agama sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran seseorang itu menjadi lebih kreatif dan ingin berusaha.

Paling utama sekali perlulah diterapkan kesedaran dikalangan anak-anak betapa pentingnya ilmu, bagi kami pemakanan adalah faktor kedua, asalkan anak-anak itu diberi makanan yang halal dan berkhasiat itu pun sudah memadai.

Apa pendapat anda?